February 08, 2010

i benci teksi. tapi tak semua.


arghhhhhhhh! ok. mood geram. sekarang i dekat CC dengan farahin. kawan lama dekat sekolah teknik dulu (SMTTP). i baru balik dari Jusco. ni lagi ketidak puasan hati i pada pemandu teksi. sebelum ni pun i ada rasa tak puas hati dengan pemandu teksi, tai belum habis story. masih berada dalam draft.

tapi i bukan jenis yang menuduh semua pemandu teksi sama. tadi masa i nak pergi Jusco, i naik teksi cina. dia speaking cina dengan i. i terpinga-pinga tapi iyakan je apa yang apek tu cakap sebab ada ayat JUSCO TEBRAU.

" u bukan cina ea?"
" bukan uncle" senyum
" aiyoo~ i pigi kasi cakap cina pulak sama u"

tarak hal. i tak kesah. kita 1 malaysia. bahasa apa-apa nak cakap pun ok. i boleh belajar sikit-sikit. :)
dah sampai Jusco.

"berapa uncle?"
"aiyoo~ saya tak di jual lol amoi" <----- saja i buat dialog sendiri. hehe.

uncle tu kata, RM5. bagai ada rama-rama je dalam perut. jimat duit. sebab adik i cakap, biasa tambang rm7.
dah settle. i jalan macam dalam filem Titanic dengan angin yang kuat dari arah depan. fuhhh~ rambut i terbang. aiceh ! rambut i dah panjang la babe !! tahun ni i tak nak potong rambut. azam nak simpan rambut parat punggung. lepas tu nak buat tajuk entri, rambut ku di punggung ku. LOL.

ok. sambung perjalanan hidup hari nie. i juma fara depan bread talk. roti memang power sebab boleh bercakap. haha ! jumpa. peluk peluk tengah mall sebab dah lebih kurang 4 tahun tak jumpa. jalan jalan jalan, selipar wedges fara putus. haha ! memang cara la u selipar. tepat pada masanya nak putus sebab dekat JJ tengah sale gong xi fa coi. hahaha !

window shopping. tengok wayang. ternampak 2 orang budak kolej kerja dekat JJ. rajin korang kan. i tak boleh nak kerja sebab i ada banyak kerja amal nak di uruskan masa cuti nie. jadi supir hantar & ambil adik i pergi kerja, bagi nafkah dekat adik i yang pergi sekolah, ambil adik balik sekolah agama tapi alih-alih dia dah sampai rumah. penat i tercongok depan sekolah agama. maklum la, adik i tak berapa nak tinggi, sebab tu susah nak nampak kelibat dia. hahaha ! sila panggil adham ABE a.k.a Abu Bakar Ela.

balik tu, plan nak naik teksi balik EJ & pergi CC kejap dengan fara. fikir nak naik teksi melayu. bukan perkauman ye. tapi sebab kat situ memang tak ada pilihan lain. sebelum naik, abang nie bagitau dulu harganya.


"RM12 boleh dik?"
"hahhh??! mahalnya"
"kenapa?"
"tadi saya datang sini RM5 je"
"eh?! tak boleh dik. sampai desa jaya pun dah rm10"
"huh! tak pe la kalau macam tu. saya suruh adik saya ambil"

*$$%^*!**&^*^$$* . hah! i dah mencarut. dasar manusia nak menjahanamkan kewangan i. melayu nak merugikan melayu. dah la you all tu semua teksi tak bermeter. suka hati nak cas harga tinggi ! i tau kerajaan cuma tetapkan teksi bermeter dekat KL. tapi rasanya sekarang ni better selaraskan. kalau ye pun nak kaya cepat tak payah la buat macam tu. ingat you all pick up i dekat KLIA or Senai airport ke??

adik i sampai terus park depan all pakcik's teksi. hahhh! hingat i cuma bergantung pada teksi you all tu ke? minyak tak turun 1 bar pun lah gerak pergi rumah i. pigi lahhhhh~ bukan pada semua pemandu teksi ye. tapi pada sesetengah pemandu teksi yang kurang berhemah, cekik darah, dan sewaktu dengannya.

tapi tak bermakna, disebabkan nila setitik, rosak teksi sebelanga.
maghrib sudah. masa untuk balik sebelum IBU memulakan khutbah maghribnya.

5 comments:

Putri Ramlan said...

akak tak baca smpi habis but wuteva it is akak dah tak minat nak naik teksi n cuba elak unless dh takde options.

E'in said...

ahahaha.. siot ko wie g cite sal selipar aq putos.. malu i tau.. =))

Afeeqa said...

kak putri: its ok kak. nie entri pasal sbb tu pjg. :)

farra: haha ! td ak pergi jusco. ak pegi check tong sampah yg ko buang selipar ko tuh. :P

cEro said...

kalo ko tak suka teksi sbb hal tuh,
aku tak suka teksi sbb diorg suka celah2 pastu bawak laju2 pastu suka pikir jalan mcam anak dia yg punye..
aku slaku penunggang moto slalu kena himpit dgn teksi..

Afeeqa said...

mak aih. kesian ko kan. dorg nie mmg xberhemah langsung!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...