Showing posts with label aku tak suka. Show all posts
Showing posts with label aku tak suka. Show all posts

February 08, 2010

i benci teksi. tapi tak semua.


arghhhhhhhh! ok. mood geram. sekarang i dekat CC dengan farahin. kawan lama dekat sekolah teknik dulu (SMTTP). i baru balik dari Jusco. ni lagi ketidak puasan hati i pada pemandu teksi. sebelum ni pun i ada rasa tak puas hati dengan pemandu teksi, tai belum habis story. masih berada dalam draft.

tapi i bukan jenis yang menuduh semua pemandu teksi sama. tadi masa i nak pergi Jusco, i naik teksi cina. dia speaking cina dengan i. i terpinga-pinga tapi iyakan je apa yang apek tu cakap sebab ada ayat JUSCO TEBRAU.

" u bukan cina ea?"
" bukan uncle" senyum
" aiyoo~ i pigi kasi cakap cina pulak sama u"

tarak hal. i tak kesah. kita 1 malaysia. bahasa apa-apa nak cakap pun ok. i boleh belajar sikit-sikit. :)
dah sampai Jusco.

"berapa uncle?"
"aiyoo~ saya tak di jual lol amoi" <----- saja i buat dialog sendiri. hehe.

uncle tu kata, RM5. bagai ada rama-rama je dalam perut. jimat duit. sebab adik i cakap, biasa tambang rm7.
dah settle. i jalan macam dalam filem Titanic dengan angin yang kuat dari arah depan. fuhhh~ rambut i terbang. aiceh ! rambut i dah panjang la babe !! tahun ni i tak nak potong rambut. azam nak simpan rambut parat punggung. lepas tu nak buat tajuk entri, rambut ku di punggung ku. LOL.

ok. sambung perjalanan hidup hari nie. i juma fara depan bread talk. roti memang power sebab boleh bercakap. haha ! jumpa. peluk peluk tengah mall sebab dah lebih kurang 4 tahun tak jumpa. jalan jalan jalan, selipar wedges fara putus. haha ! memang cara la u selipar. tepat pada masanya nak putus sebab dekat JJ tengah sale gong xi fa coi. hahaha !

window shopping. tengok wayang. ternampak 2 orang budak kolej kerja dekat JJ. rajin korang kan. i tak boleh nak kerja sebab i ada banyak kerja amal nak di uruskan masa cuti nie. jadi supir hantar & ambil adik i pergi kerja, bagi nafkah dekat adik i yang pergi sekolah, ambil adik balik sekolah agama tapi alih-alih dia dah sampai rumah. penat i tercongok depan sekolah agama. maklum la, adik i tak berapa nak tinggi, sebab tu susah nak nampak kelibat dia. hahaha ! sila panggil adham ABE a.k.a Abu Bakar Ela.

balik tu, plan nak naik teksi balik EJ & pergi CC kejap dengan fara. fikir nak naik teksi melayu. bukan perkauman ye. tapi sebab kat situ memang tak ada pilihan lain. sebelum naik, abang nie bagitau dulu harganya.


"RM12 boleh dik?"
"hahhh??! mahalnya"
"kenapa?"
"tadi saya datang sini RM5 je"
"eh?! tak boleh dik. sampai desa jaya pun dah rm10"
"huh! tak pe la kalau macam tu. saya suruh adik saya ambil"

*$$%^*!**&^*^$$* . hah! i dah mencarut. dasar manusia nak menjahanamkan kewangan i. melayu nak merugikan melayu. dah la you all tu semua teksi tak bermeter. suka hati nak cas harga tinggi ! i tau kerajaan cuma tetapkan teksi bermeter dekat KL. tapi rasanya sekarang ni better selaraskan. kalau ye pun nak kaya cepat tak payah la buat macam tu. ingat you all pick up i dekat KLIA or Senai airport ke??

adik i sampai terus park depan all pakcik's teksi. hahhh! hingat i cuma bergantung pada teksi you all tu ke? minyak tak turun 1 bar pun lah gerak pergi rumah i. pigi lahhhhh~ bukan pada semua pemandu teksi ye. tapi pada sesetengah pemandu teksi yang kurang berhemah, cekik darah, dan sewaktu dengannya.

tapi tak bermakna, disebabkan nila setitik, rosak teksi sebelanga.
maghrib sudah. masa untuk balik sebelum IBU memulakan khutbah maghribnya.

January 13, 2010

Aerosol


testing kejap
------------
ok dah settle. blog buat hal. huruf punya setting tak da.

ehem! i dah ada shieldtox. jaga-jaga nyamuk. harga dia rm5.80 siap free 15%. i beli masa balik kelas marketing planning & audit sebab sakit hati gila tengok sepasang nyamuk ni berasmara dana dengan gembiranya dalam bilik i masa i baru je habis mandi.

sampai je bilik i terus sembur shieldtox dengan muka jahat. hahaha ! lepas tu i terus keluar bilik dan tutup pintu rapat-rapat.

selamat menutup hidung ya nyamuk-nyamuk sekalian. i tengah menikmati dinner yang i beli dekat pasar petang tadi. lalala~

lepas siap makan, i tengok ada seekor nyamuk dah kecundang dekat atas kerusi depan laptop i. tapi masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. huahuahua! gelak besar i lepas pakai pepsodent. lepas tu check balik. aik? tak ada dah. nak lari la tu. lepas tu masa i sapu bilik, i jumpa balik nyamuk tadi. hidup lagi tuuu.

i sebagai doktor haiwan yang bertauliah, i pon check nadi dia pakai kaki. ops! kaki i besar sangat. tak sampai 2 minit dia dah mati. i tak kejam. i buat semua ni untuk keselamatan i. sebab kolej ni dah banyak kes budak kena dengki. kawan i salah seorang daripadanya. kaki nyamuk ni belang-belang. bukan jenis nyamuk kat kampung tu. color coklat.

beberapa minggu yang lepas, i pergi dapur nak masak. i tertolehkan cawan atas meja dekat dapur. ada air. i tengok balik. wow ! ada jentik-jentik. memang cara. kalau jabatan kesihatan datang check rumah, jangan nak minta i bayar saman. owner cawan tu bayar sendiri.

dah la cawan i diorang dengan senang hati buat rendam senduk. cis! cawan tu nenek i bagi tau. cawan untuk kesihatan lagi. nanti kalau i simpan barang-barang i dalam bilik, tak bagi pakai, cakap i kedekut. ni dah bagi pakai, you all pakai untuk benda tak sepatutnya. lepas tu basuh pun tak bersih.

i hate hostel. huh!

* tak boleh justify words. grrrr~
**semuanya jadi coding. gambar sekali. grrr lagi.

UPDATE.

konon blog buat hal sebenarnya punca dari i sendiri. aishhh~

September 28, 2009

Apa kata survey

bila sebut pasal assignment, anda akan fikir apa?

A. tak sabar rasanya nak buat assignment nie. berkobar-kobar beb.
B. rasa nak koyak-koyakkan je assignment nie.
C. rasa macam nak suruh adik aku buatkan je assignment nie.
D. buat-buat assignment brief hilang. tak pun pencuri masuk rumah, curi laptop.
E. buat assignment nie memang hobi aku. i loike!


apa yang aku rasa?

aku nak bawa assignment tu molek-molek pergi dapur. hidupkan api dapur. letakkan assignment atas api yang colour-nya cam best tu.

assignment dah siap!!! siap bakar. lalala~

bagi yang suka buat assignment, jangan refer apa-apa masalah assignment dengan aku. untuk pengetahuan umat sejagat, kebiasaannya setiap assignment brief yang lecture bagi akan hilang. makanya? pakai duit aku juga la pergi photocopy assignment brief. i loike melabur dekat Abang Botak, si owner rumah photocopy dekat bawah blok rumah aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...