Showing posts with label rai. Show all posts
Showing posts with label rai. Show all posts

June 04, 2010

tiada lagi gerakan mu








30 Mei 2010
di atas ialah gambar di pagi hari Sabtu, sebelum kakak aku pergi buat ultrasound untuk baby dia yang dia rasakan dah tak bergerak sejak dari KL lagi. dia tak sempat pergi buat check up di sebab kan kerja yang banyak dan berlambak. last-last, kakak aku tak pergi buat check up sampai lah dah pindah JB.

selepas sarapan, kami sekeluarga bergerak ke Hospital Sultan Ismail, JB. pergi ke wad saringan. hanya ibu dan kakak yang dibenarkan masuk. kami duduk di ruang menunggu. Rafif asyik menangis mungkin sebab penat menunggu. selepas setengah jam barangkali, ayah menyusul ke wad saringan. Aizam, Adham, Rafif & aku yang berasa panas tunggu di lobi hospital, pergi balik ke susur wad saringan untuk tempat yang lebih sejuk. kebetulan ibu & ayah pun keluar dari wad itu. tapi, dengan muka yang tidak menggembirakan.

"baby dah tak ada lagi"

aku jadi blur. perasaan aku agak kucar-kacir. ibu & ayah buat beberapa panggilan. kemudian, ibu & ayah masuk kembali ke wad saringan. kami terpaksa menunggu lagi di luar. pada masa tu, tiba-tiba aku rasa sedih. sedih sangat. aku menangis. bila Adham nampak aku menangis, dia pun turut menangis. lagi lah aku bertambah sebak. sepatutnya aku perlu kuat untuk adik-adik, anak buah, dan juga kakak aku sendiri.

beberapa minit kemudian, kakak, ibu, & ayah keluar dari wad saringan. aku melihat muka kakak ku yang tenang. tak sedih ke dia? tapi aku tahu, kakak aku seorang yang tabah. tidak seperti aku. :)

malam tu, kakak aku menceritakan bagaimana keadaan semasa dia membuat ultrasound check. 

doktor pertama, lelaki India. scan scan baby, lama. tapi tak ada khabar berita yang dia sampaikan. lepas tu dia panggil doktor perempuan Melayu. scan sekejap saja, lepas tu doktor perempuan tu kata, "baby awak dah tak ada". cuma ada nadi ibu saja. dan bila di scan, cuma nampak plasenta kakak aku saja. dan doktor juga kata, kepala baby semakin mengecut. anggota lain memang tak nampak bila di scan. doktor kata, mungkin ada hikmahnya yang kita tak tahu yang menyebabkan baby meninggal di dalam perut.

selepas 5 bulan, akhirnya, bukan masanya lagi untuk kakak aku mendapatkan cahaya mata nombor dua. sayang. kerana masing-masing mengharapkan baby ini yang dijangkakan baby girl jika di lihat dari bentuk perut kakak aku.

*************
2 Jun 2010
aku dah taip cerita di atas sejak hari pengesahan kematian baby kakak aku. tapi, seakan tiada masa yang sesuai untuk aku post kan. 

hari ini, dah 2 hari kakak aku di tahan di HSAJB. sorang-sorang. kesian dia. dia text aku, cakap baby dekat situ semua comel-comel. seakan memujuk, aku beritahu yang baby dia di dalam buai ini pun comel juga. kakak aku juga rindukan Rafif sebab budak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk. 

pagi tadi, bukaan kakak aku baru 1cm walaupun dah 2 kali doktor memasukkan ubat gesa. Aunty Intan ada call ibu dan beritahu bila masuk ubat gesa, rasa sakit sangat. macam rasa sakit nak bersalin. tapi Aunty kata jangan beritahu Rai, nanti dia takut. 

************
3 Jun 2010
aku call Rai. tanya macam mana keadaan dia hari ini. bukaan masih 1cm lagi. masa aku call, kawan Rai ada datang melawat. Alhamdulillah. tak ada lah kakak aku tu rasa boring sangat. aku sendiri pun belum pergi melawat kakak aku dekat hospital. masa aku pergi hospital waktu malam, suami saja yang boleh masuk. huhu.

dan hari ini Rai dapat juga jumpa Rafif lepas dah merayu-rayu dekat mak guard yang jaga dekat bawah tu. 10minit saja. jadilah, kasi lepas rindu. :)

banyak pula blog-blog dan status fb yang menghitung detik kelahiran baby mereka. kalau lah kakak aku baca cerita-cerita mereka ini, mesti dia sedih. :(

*************
4 Jun 2010
aku harap, kakak aku dipermudahkan untuk bersalin nanti. dan harap-harap juga cepat baby tu keluar. Abang mie, keluarga, dan aku sendiri risau dengan keadaan Rai. takut yang buruk pula terjadi pada dia. walaupun doktor selalu pantau keadaan kakak aku, tapi hari-hari lah kakak aku kena ambil darah.sakit tau ambil darah hari-hari. sebab aku pernah rasa. lagi satu, hospital sediakan kuantiti makanan sikit sangat. kakak aku tu memang jenis kuat makan nasi. kesian dia. huhu.

bagi aku, ini lah kali pertama saudara terdekat aku pergi buat selamanya. lagi sedih sebab aku belum dapat lagi tengok rupa parasnya. aku harap aku dapat hadir masa pengebumian baby kakak aku. 

baby, makcik tetap sayangkan awak. 

abang awak pun sayangkan awak juga. 

:)

January 11, 2010

Tahun Baru - Barang Baru

1 Januari 2010. I saja pergi jalan-jalan menghabiskan duit dengan kakak I & Raf dekat the Curve. masa makan dekat the little Penang, Raf muntah banyak. mesti jealous sebab kakak dengan I makan makanan Penang tapi dia kena minum susu cap Isomil je.

sale gila hari tu. rambang mata. nak tu nak ni. ni best yang tu tak best. yang ni lawa yang tu tak lawa. tapi beli yang betul-betul perlu saja. pengguna yang bijak la kata kan. Guess sale sampai 50%. kedai dia kecik, orang ramai. laga-laga punggung saja la dalam kedai tu. I tak masuk. tunggu luar, jaga stroller.

permulaan tahun ni agak happy sikit sebab ada benda yang nak atas dasar "demand" I dah dapat.

senarai demand
1. Nikon
2. kasut sport --- terima kasih Mummy Rai ! (Sketcher - Sogo)
3. rantai
4. cermin mata nerd ---terima kasih Tuk Ramlee ! (Bonia - Dataran Pahlawan, Melaka)
5. laptop lagi satu --- terima kasih Tuk Ramlee ! (Acer ASPIRE 4736G - PC fair JB)
6. teddy bear
7. cardigan
8. purse --- terima kasih Makcik Afeeqa ! (Esprit - the Curve)
9. mp4
10. bf

wah! bf sekarang dah dalam senarai demand. hehe. tapi last sekali la. bagi I bf gf ni dah tak penting sangat dah. kalau ada, ada. kalau tak ada, tak ada. kahwin terus lagi senang. gatal! zzzzz.

selamat tahun baru !

* ibu bagi I pakai cincin berlian dia time nikah dengan ayah. "pakai nie. nanti biar orang fikir kau dah bertunang". ok. ibu dah tutup market I ihihihi.

October 12, 2009

Crying like a baby

she make me cry.

i dont blame you 100%. i love u so much. i cant live without you.

you are my heart, my soul and my air.

i hate a forgiveness that you ask from me, because

you are my sister, RAI!

i love you so much! i love you since i born in this world.

i need you in my life.

and here, i'm the one who need ask the forgiveness from you.



Your younger sister,

Afeeqa Ramlee

October 08, 2009

She's now 21 years old



Allah selamatkan kamu...........
Allah selamatkan kamu...........
Allah selamatkan Raihanah Ramlee.........
Allah selamatkan kamu...........

happy birthday to you!
happy birthday to you!!
happy birthday to Raihanahhhhhhhhhhhhh!!!
happy birthday to you!!!!

dia seorang wanita yang ada tahi lalat di bibir. tandanya? kepochi. hihi. hari nie tak boleh jumpa, sebab kita dah tak duduk satu rumah dan kita berjauhan untuk puluhan kilometer dengan satu tol sahaja yang memisahkan kita. hahaha! Subang Bestari! dekat sikit dengan Mantin boleh tak?

bila birthday akak aku dah lepas, ini bermakna birthday aku lagi 12 hari. untuk pertama kalinya aku akan merasa angka 2 berada di hadapan angka umur aku dan sebutannya bukan BELAS lagi dah. T_T

aku tuaaaa!!!!

* saja wish lambat supaya dia fikir aku lupa birthday dia.
** ibu bocorkan rahsia cakap aku yang ingatkan birthday rai. sah-sah rai tahu yang aku ingat birthday dia. ibu nie mesti ada tahi lalat tersorok dekat bibir nie. nie yang nak kena belek nie.
*** blause purple yang akak aku pakai nie kira baju raya + hadiah birthday sekali. 2 in 1. :P

July 29, 2009

Aku mahu anak.

bila aku sorang-sorang dekat rumah, mesti aku fikir, " kan best kalau ada anak ". mungkin sepasang! lelaki perempuan. umur antara 2 hingga 3 tahun. wah! bahagia hidup. melayan kerenah dorang yang nak itu ini. menangis sebab rebutkan permainan. lepas kenyang terus tidur.

nampak macam leceh. tapi hidup aku tak kan sunyi bila ada dorang sebab time tu mulut dorang adalah sangat kepoh. pelat pula tu! dorang pula mesti follow ke mana saja aku pergi. so, setiap masa aku rasa ada teman di sisi.

aku pernah fikir. nanti bila aku dah kerja, dan kalau mampu, aku nak ambil anak angkat. itu pun kalau aku lambat kahwin. *boleh sayang? sebabnya aku suka budak kecik. nanti kalau aku ada anak, nak bawa dorang pergi shopping. baju pula semua kecik-kecik. comel je. senang nak lipat.

hurmm. umur aku 20 pun belum masuk lagi. dah nak fikir pasal anak bagai. ups! oh! ibu! anak ibu nie dah matang sebenarnya. haha! walaupun masa cuti tuari terserempak dengan ex-cikgu aku, then dia cakap aku nie memang nampak manja sikit kalau nak di bandingkan dengan kakak aku. oh! cikgu ku sayang. saya dah boleh jadi mama pada anak kakak saya tau.

anak kakak aku? oh God! dah tak payah nak ambil anak angkat. aku sebenarnya bakal jadi mama pada anak kakak aku. pssst! jangan panggil makcik tau sayang, tak class gitu! haha! nanti kalau kita pergi shopping, kita jalan kat depan, biar mummy dengan daddy jalan berdua kat belakang.

masa aku tengah fikir-fikir pasal anak, tiba-tiba Tesco bagi mesej harga barang dia. yang buat aku gelak sebab ada senarai harga pampers! macam tahu-tahu je.

* pengsan agaknya ayah aku dengar kalau aku nak anak sekarang nie.

May 16, 2009

Her : Young Mummy

Saya kakak wiwie, dulu saya tak boleh kalau tak ada puteng. Adik saya cool, dia tak isap puteng.





Hari nie nak pergi jumpa kakak aku lagi. Sangat suke ok! hehe. 3 gambar yang di edit itu adalah hasil kerja kakak aku. Banyak lagi gambar aku yang Rai edit masa tahun lepas. Maybe sebab dia rindu aku kot, sebab tu selalu edit gambar aku. Hehe. Gambar-gambar yang dia edit itu semua adalah masa-masa yang aku habiskan bersama family aku kalau aku ada kat JB.

Rai, kat sini aku nak senaraikan perkara-perkara yang aku rindu nak buat dengan kau :-

  1. Bila kita nak tidur sama-sama lagi? Cerita macam-macam sebelum tidur, gelak sampai kena sound dengan ibu & buat cerita kalau dengar bunyi lock pintu dari bilik parents kita. Haha!
  2. Bila kita boleh main netball lagi? Lagi-lagi bila kau kena guard aku. Sebab kau pendek, kau kena lompat lebih sikit. Kita main netball lagi & buat Cik Ani geram dengan kita sebab main-main bila di gandingkan sama-sama. Rindu moment nie. :(
  3. Bila kita boleh pergi kenduri kahwin orang sama-sama lagi? Aku tak suka la pergi kenduri kahwin kalau tak ada kau.
  4. Bila kita boleh pergi Jusco sama-sama lagi? Pimpin tangan macam orang baru bercinta, aku paw kau, kau paw aku.
  5. Bila kita nak pergi bercuti satu family sama-sama lagi? Dulu kita selalu dapat bilik sendiri, berdua je. Tapi sekarang nie, aku kena kongsi dengan mamat-mamat durjana yang akan berebut comforter dengan aku. Tapi sekarang dah tak boleh dah, sebab kau dah ada Abang Mie. Ahh! Tak kira. Abang Mie pergi tidur dengan anak-anak jantan.
  6. Bila kau nak jemput aku kat Larkin kalau aku balik JB?? Tahun depan aku dah nak habis study. Takkan lah tahun lepas kali terakhir kau jemput adik kesayangan kau nie balik rumah??

Rai, kalau lah kau tau aku ada blog nie an, kau terharu tak kalau kau baca semua cerita pasal kau yang aku tulis? Agak-agak kau penuhi tak list yang aku buat kat atas tu? Rai, sekarang nie kalau aku tulis cerita pasal kau, fikir pasal kau dan ingat kenangan kita bersama dulu, aku mesti nanges. Nanges macam gaduh dengan bf aku. Rai, aku betul-betul rindukan kau. Bila kau dah kahwin, aku terasa sangat kau jauh dengan aku. Aku tak ada transport nak pergi rumah kau. Kau pun belum ada transport nak jenguk aku dekat kolej.

Rai, aku tahu kau dah ada tanggungjawab yang lebih besar, masa kau lebih banyak tertumpu pada hal rumahtangga kau, tapi aku nak ucap ribuan terima kasih sebab kau tetap boleh luangkan masa dengan aku & dengar luahan adik kau yang gembeng nie walaupun dalam telefon saja. Aku doakan hidup kau supaya bahagia selalu, ada improvement dari semasa ke semasa dan tabahkan hati sebagai anak, kakak, isteri, & mummy. I love you so much!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...