Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

January 04, 2010

Serangan air mata

pukul 2:24AM. hujan lebat. selebat air mata aku yang mengalir. wtf! kenapa la aku boleh menangis sebab budak perempuan pra-matang nie?

"sebab akak pun kan baru lepas clash"

wtf! hina sangat ke orang yang macam aku nie? yang baru clash nie? apa kaitan aku clash dengan hubungan kau?

arghhhhhh! gila punya budak perempuan. call aku pagi-pagi buta, plus keadaan aku yang tengah pening kepala tu. menyesal aku angkat call kau tau. menyesal juga aku sebab dengar kau menangis sebab lelaki & masalah tu datang sendiri disebabkan kau yang mempunyai rasa cemburu yang menebal. arghhhhhhh! nyah kau jauh-jauh!

nama tak melambangkan peribadi langsung. AYU. ayu sangat ke kau?! aishhhh! marah betul aku.

* bodoh-lah. single pon boleh jadi masalah.
** entri pertama mencarut untuk tahun nie.

December 13, 2009

Laptop baru satu!!!

nah ! inilah dia, wajah screen laptop yang sangat abstract orang kata.

akibatnya, aku keboringan yang teramat. dah lah tv chort dah meletup, laptop aku pula jatuh & menghasilkan lukisan abstract.

nah ! semestar nie aku lah orang yang cukup cukup cukup boring ! :((

laptop baru??? nie dalam proses permohonan loan dari bank Ramlee. bank tu approvekan loan tu next year. berzamannnnnn~

*awal-awal tahun nanti, ibu-ibu & bapa-bapa korang yang mana ada ASB akan dapat % dari simpanan diorang tu. ehee. ayah ! oh ayah ! *evil face* ngehehehe~

UPDATE TERKINI

laptop Acer 47 bla bla G (lupa nama model lol) dah ada di rumah & sedang di godam oleh Aizat. mood: excited !

December 02, 2009

Aku lebih banyak . . . .

sekarang nie,

aku lebih banyak berfikir.

aku lebih banyak termenung.

aku lebih banyak memikirkan soal hati.

aku lebih banyak memikirkan memori silam.

DAN

aku lebih banyak berserah terhadap ILAHI.


October 25, 2009

mati. mampos.

2 ayat nie sangat sensitif untuk aku. huhu. *cry *cry

October 19, 2009

Hati

lagi satu hari je lagi aku akan ke alam penuaan. semakin tua semakin cepat hatinya terasa. jenisnya aku nie marah dalam hati. lepas tu tak pasal-pasal diam memanjang. tu tandanya panas hati @ kecik hati. so, hari nie aku nak luahkan rasa ketidak puasan hati. dari hati ke hati. memang topik nie berkaitan hati. tapi hati ayam memang tak sedap. blueewk~

1st.

aku rasa benda nie bukan aku sorang je yang kena. ramai orang yang dah ada pengalaman macam nie. yes! aku kecik hati dengan kawan aku. sebabnya dah nama pun kawan kenapa nak down kawan. kalau musuh tu aku tak kesah. dorang nak cakap apa pun aku buat dono. tapi kenapa sebagai kawan langsung tak bagi kata semangat? dia tak tahu bertapa bersusah payahnya aku untuk naikkan voting untuk group kitorang. masa group kitorang jatuh rank 7, aku bangun dulu sebelum orang lain bangun, aku tidur pun lepas internet kolej nie limited. aku suruh kawan-kawan adik aku dalam MS, sekolah, awek and who ever they are yang aku langsung tak kenal suruh vote group kita. tak cukup dengan tu, aku sendiri yang pergi cari sehinggakan dalam satu hari tu aku boleh dapat 20-30 vote. walau pun sedikit dan tak setanding dengan group lain, at least aku cuba selagi aku mampu. aku tebalkan muka minta dorang email sana sini. explain dekat diorang itu ini semua bagai yang banyak membuang masa aku. tapi bila 1 hari, 1 HARI saja ok, opportunity tu datang dengan tiba. mungkin dah namanya rezeki, hari kejadian tu.........


email dia sendiri aku suruh dia buat. tu pun still dalam mood mengantuk. aku tau, time tu pagi lagi. sedap tidur. tapi tak salah kalau kau tunjukkan kesungguhan kau untuk menang.

ok. aku sambung balik kerja-kerja voting nie sambil kau tengah isi perut tengok aku sambung voting tu. lepas tu, "aku try verify email yang tadi aku vote. tak boleh." damn! aku bagitau la dia yang voting tu tak boleh pakai.

"itulah satu kelemahan kau"

yes lah! aku tengah down, then kena pula kata-kata penambah semangat macam tu, lagiiiiiiiii lah kan. aku tak marah tau. tapi aku kecewa sangat-sangat. macam nie ke yang di namakan 1 team? down rakan yang lain? mungkin dia fikir aku tak boleh terima kritikan. the problem is, its just a ONE DAY i do the mistake. i can accept their criticism if i do the mistake for many times and why dia tak toleh ke belakang dan imbas kembali apa yang aku pernah lakukan untuk naikkan vote group sendiri? i just wonder, how the others group can get so many votes. i think, it's because SPIRIT of TEAM. kalau dah 1 group 4 orang, masing-masing dapatkan vote masing-masing, mesti lah dapat banyak kan?

sebab hal nie aku diam dengan dia. aku tak nak cakap. sebab aku tak suka. mungkin tu satu kelemahan aku. kita tak cakap, orang takkan tahu. aku hanya meluahkan pada kawan yang aku rasa faham hati aku. sanggup mendengar luahan hati aku yang dorang tahu bila-bila masa je air mata aku akan tumpah. tapi hari nie baru aku ada keyakinan untuk meluahkan even dalam blog nie saja. at least aku try. lepas nie mungkin aku akan cakap lepas. orang tak suka, at least aku dah bagitau. kalau sekarang nie aku yang makan hati, tak salah lepas nie korang rasa apa yang aku rasa.


2nd

peti sejuk. aku malas nak cakap panjang hal nie. kalau dah nama barang kongsi, kenapa mesti tak consider barang orang lain? yes! sebagai student, frozen food tu sangat menyenangkan. sorang beli 1 2 tu cukup la. tinggalkan ruang untuk frozen food orang lain. nie kalau dah beli sampai 5 jenis, lepas tu besar-besar, cantik je frozen food aku tenggek sipi-sipi dekat dalam tu kan. dah lah nanti bila dah membeku, aku dengan saadah yang jadi minah tukang. dah, aku dah malas nak buat kerja-kerja bertukang lagi dan tak nak kemas ice box tu lagi. banyak sayur-sayur or anything yang busuk pun barang korang. hidung aku juga yang kena bau semua tu masa cuci kan. sekarang, AKU MALAS.

akhir sekali, jika ada yang terasa. aku minta maaf untuk hari nie. esok lusa aku luahkan lagi. korang fikir aku suka ke tak bercakap diam diri nie semua? setiap orang ada ego kan? so, fikirlah sendiri. disebabkan sayang korang lah aku luahkan hal nie. kalau tak, sampai graduate pun aku malas nak cot cet cot cet pasal hal macam nie.


* orang kata, jangan pandang ke belakang kalau nak berjaya. tapi kalau nak menilai orang, imbas lah kembali pengorbanan orang itu.

** orang filem pula kata, jangan pandang belakang, sebab ada Hantu. grrrrrrrrrr~ takut mak.

*** tq for my classmate yang supportive banget dalam contest nie.

October 12, 2009

Crying like a baby

she make me cry.

i dont blame you 100%. i love u so much. i cant live without you.

you are my heart, my soul and my air.

i hate a forgiveness that you ask from me, because

you are my sister, RAI!

i love you so much! i love you since i born in this world.

i need you in my life.

and here, i'm the one who need ask the forgiveness from you.



Your younger sister,

Afeeqa Ramlee

September 21, 2009

17092009

mengikut plan, malam selepas buka 17 sept aku akan pulang ke rumah. tapi, semuanya hancur dan menyebabkan aku menangis. paling menyedihkan sebab hari tu ialah birthday adik yang ke 9 tahun.

malas nak cakap panjang. bila ingat semula, memang sedih sebabnya adik terpaksa celebrate birthday dia dalam kereta masa menunggu ketibaan aku di simpang renggam yang tak muncul tiba langsung. maaf sangat-sangat, adik, ibu, ayah & aizam. :((


sebagai balasan, aku belikan adik mainan masa jalan dengan member dekat Tesco. walaupun aku sampai rumah pukul 0345 pagi, aku gigih juga cari sampul hadiah atas gerobok sebab nak balut hadiah tu. lepas siap balut, aku bangunkan adik suruh sahur. layu je bangun. tapi bila nampak hadiah tu, terus segar kau! hehe.

"yeayy! digimon!"


"eaaaa...dush! dush! dush!" <---- sound effect yang adham buat masa berangan.

well, makin besar makin nakal. sama macam abang-abangnya. grrrrr~

September 14, 2009

Perubahan

kau cakap aku macam dah berubah.
aku rasa kau yang dah berubah.

kau cakap kau tak paham aku.
aku rasa aku lagi dah tak paham kau.

mungkin,

bila aku sudah tiada, _____________

kau akan tahu menyambungkan ayat di atas.

sama ada aku atau kau yang perlu menyambungkan ayat itu, kita sama-sama lah fikirkan.

August 10, 2009

Apology accepted

lokasi: SI03
masa: 0800


lepas hampir 10 bulan tak bertegur sapa, akhirnya dia minta maaf. dia minta salam dan peluk. sedar kesilapan sendiri tapi masih tak boleh nak beritahu kesilapan aku pada dia. aku tidak sebaik Nabi untuk tidak memaafkan dia. makanya, maaf diterima.

walaupun,

kau telah menodai kejujuran aku berkawan dengan kau. dan kau telah banyak memperburukkan aku dekat classmate kita. tapi, entah la. bukan nak kata aku cair bila kau ungkapkan kata-kata maaf tu. tapi aku rasa yang kau minta maaf dengan aku bila ada something happen dekat kau. dulu, sebab kau accident. sekarang, mungkin sebab dah nak berpuasa kan? apa-apa pun, aku memang ikhlas maafkan kau. sumpah.

girl, i can be your friend, but not 'baik' like before.

* sayang, thankz for the kiss. i ♥ u.
**takziah untuk chort. semoga roh pakcik kau aman disana.

July 26, 2009

Tiada ganti bagi dirinya.

pernah korang tengok dalam filem lain, orang bergayut dekat telefon sambil baring atas lantai? berkemban dalam rumah sambil main kejar-kejar? tak ada. tapi dalam Sepet? iainya melambangkan cara kita yang sebenar.

cerita nie juga mengingatkan aku cinta sewaktu sekolah rendah, jiran yang kepoh, suka jaga tepi kain orang lain dan budak kecik yang iri hati dengan kita. yang paling best, sofa kena tarik. macam yang selalu 'court maut' buat. *heeee.

aku suka scene masa dekat hospital. aku cuba bayangkan betapa paniknya aku kalau ayah sakit. dan kita akan tahu kenapa lelaki suka stay hospital lama-lama. *heeee.

talentime. movie ini, aku belum tengok. sama seperti Rabun. Mualaf pun tak dapat tengok sebab dia cuma tayangkan di singapore.

Yasmin Ahmad, pengarah berbakat yang bukan memfilemkan cerita yang tiada erti. kita boleh membilang dengan jari movie arahan beliau, tapi makna dalam penceritaan beliau? sangat bermakna oke.

dia lain. dia kreatif. dia istimewa.

tapi dia sudah pergi. Allah lebih sayangkan dia. tapi lepas dia pergi, banyak cerita yang keluar pasal dia. dan aku ada buka satu blog nie, cakap pasal Yasmin Ahmad nie khunsa, dan ada sorang anony nie bagi komen tak nak macam gampang pula kan. hey anony, kau tak ada hak nak tentukan seksaan orang lain dalam kubur tau. Mungkin betul dia khunsa sebab dari biodata yang aku baca dekat blog Edan, dia dulu belajar di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru @ englisg college (EC). disebabkan ayah aku dulu ex-student EC dan beza umur mereka cuma 3 tahun, aku terus tanya dekat ayah sama ada ayah kenal dia ke tak. ayah cakap, mungkin kenal. dia memang lembut sikit. tapi dia tukar jantina dengan cara yang betul. tak payah la nak berbangkitkan semula hal nie. korang yang mengata, lagi yang menuduh dia bukan-bukan, dosa korang la yang makin bertambah.

choiiiii la!


* Al-fatihah untuk Yasmin Ahmad. semoga rohnya aman sentiasa. aminnn.....
** tekejut dengan status mereka di FB yang mengatakan Yasmin Ahmad sudah meninggal dunia sedangkan masa tu dia baru di ICU.

May 17, 2009

Haaa? Hurmm. . .

Aku serba salah dan keliru.
Baru aku ingin rasakan bahagia, dengan sekelip mata kekecewaan meragut jiwa.
Aku berteka-teki.
Kalaulah mereka boleh menyelami isi hati aku.

Tidak boleh bukan?
Aku redha.

Tatkala hari ini, detik ini, waktu ini. . .
Aku berasa kosong.
Sistem saraf otak bagaikan tidak berfungsi seperti sedia kala.

Mana satu harus ku pilih.

Tapi yang pasti, JANGAN PILIH JALAN HITAM.



**termasuk pula tema movie Bohsia nie. ;)

May 13, 2009

Permintaan aku mengarut. . . aku sangat sedih. . .

Pukul 4 tadi ada class Management Accounting, Costing & Budgeting. Pertengahan class tu, ibu mesej.


Wi pejal duk umah tu juga ke.


Tanya pasal bf aku rupanya. Risau benor la ibu angkat bf aku nie.


wi tuari ayah ada janji kalau dapat projek buku teks tu nak belanje pejalkan doalah rasanya cam dapat je.


Nak belanje pejal apa bu? Wie pun cam ada request for birthday present kat ayh. Sebab ayh da lama xbagi wie adiah ari jadi. Hehe.


*mood happy gile time nie. kalau dapat projek tu alhamdulillah lah, tak sia-sia doa aku lepas solat tu.


Yg kau ngarut ni kenapa kalau dapat projek tu belanje mkn jeklah.


*ngarut?? On the spot ok air mata aku terus berjurai. Menanges macam orang putus cinta.


Huhu. . Tapi. . Huhu. . *dalam mood belas kasihan.


Wi nak hadiah apa hari jadi wi.


Tak nak pape.


Habis tadi kate nak merajuk ke nyampahlah ngajuk2 ni.


Tak nak dah. Merajuk memang.


Hi bencinya org kuat merajuk ni.oklah ibu nak buat kuih koci ni bye.wi bila balik gi.


Wie balik bulan 6. Bye.


Macam tu la berakhirnya mesej ringkas aku dengan ibu. Da lama tak touching dengan ibu, tapi hari nie memang rasa sedih sangat-sangat. Pula tu teringat masa dulu-dulu, memang lagi menangis la.


Kesat air mata, kesat air mata. Tak tahan sedih, lentok kepala atas bahu Pnut. Huhu.


Kalau orang lain tak tahu, mesti dorang fikir aku menangis sebab tak dapat nak buat soalan cost budgeting yang susah tu. Huhu.


Kenapa la aku sedih sangat kan? Maybe sebab benda tu aku baru nak minta, belum beritahu lagi apa bendanya, mentah-mentah kena reject. Benda yang aku nak memang la bukan keperluan asas, tapi kalau ikut dunia teknologi sekarang nie memang di perlukan sangat. Since last year memang aku asyik di timpa masalah dan musibah dari benda nie, dan memang duit aku dah banyak berhabis untuk benda nie, dan bila aku give up baru aku nak minta parents aku belikan, alih-alih tak bagi. Sangat sedih ok.


Kenapa aku beriye sangat minta benda tu? Sebab tahun nie umur aku 20. Ini bermaksud aku dah meninggalkan zaman belas-belasan aku. Lagi pun, aku rasa memang dah lama parents aku tak bagi aku hadiah. Selalunya belanja makan KFC. Last birthday party masa aku darjah 6, tu pun kongsi dengan Rai sambut 8hb bukan 20hb.


Aku rasa sedih giloz. . .


Call cik bf jap.


>>>>>>>> 6 minit kemudian.


Muka basah dengan air mata + sedu-sedu.

Aku rasa malas nak huraikan hal nie dengan lebih lanjut. Apa yang bf aku cakap tu ada betulnya.

Tapi sebagai anak yang tak selalu dengan parents nya, mesti lah sangat sedih bila sesuatu permintaan di tolak.

Aku suka barang yang orang bagi dekat aku. Biasa orang cakap sebab kita tak beli dengan benda tu dengan duit kita, sebab tu kita tak jaga dengan elok. Dalam hidup aku itu semua berlainan. Benda yang orang bagi lah aku akan jaga bagai menatang minyak yang penuh. Contoh, jam Franck Muller & beg LV yang ayah belikan. Jam tu aku jaga gila-gila sebab ayah gantikan jam tu bila jam yang aku baru beli, berapa hari je pakai cerminnya pecah sebab kena keychain housemate aku. Terkena sikit kat meja or mana-mana tempat aku dah belek-belek, belai-belai tengok ada calar tak. Aizat nak pinjam 1 hari pun aku risau gila sebab takut hilang. Beg pula ayah sendiri perasan kan, still nampak macam baru lagi. Beg LV nie memang design yang menarik perhatian aku bila first time aku tengok beg tu. Nak beli sendiri, tak mampu. Mahal. Esoknya ajak ayah pergi kedai tu balik, ayah kata boleh beli. Suka sangat-sangat!


Tapi untuk kali nie, aku tak nak mengharap. Sebab aku jenis yang cepat menangis tersedu-sedu bila apa yang aku nak tak dipenuhi. Tapi jauh dalam sudut hati aku, aku nak sangat!!! (T_T)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...