December 15, 2008

Alhamdulillah. Aku sudah mulakan semesta baru hari ini. Result untuk semesta lepas tak la menghampakan aku sangat. Sebelum aku balik kolej, Uncle Samsul da bagi aku gaji untuk 5 hari aku bekerja kat office. Aku fikir Uncle akan bagi aku rm100 kew sebab sepatutnya aku hanya boleh dapat rm50 je. Tapi.... Xsangka pulak aku yang Uncle bagi aku rm200!! Thankz a lot Uncle!! Hehehe.


Aku teperanjat dengan panggilan telefon oleh ibu. Aku cukup Xsangka perkara yang aku cakap-cakapkan dengan ibu rupanya..... arghhh!!! Aku hanya mahu menjadi kuat. Aku tak mahu ibu bersedih lagi. Mungkin ibu fikir aku tak berasa sedih langsung dengan khabar berita dari ibu tu. Tapi hakikatnya, aku menangis mengenangkan nasib kami sekeluarga. Bukan ibu dan ayah tak tahu mendidik anak2 mereka, tapi kami semua yang degil. Nasihat ibu dan ayah bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Maafkan kami ibu, ayah. InsyaALLAH, kalau diberikan peluang, wiwie akan jadi anak yang boleh membanggakan ibu dan ayah.


Ya ALLAH. Aku mohon pada-MU ya ALLAH. Kau ampunkanlah dosa kami sekeluarga ya ALLAH. Jangan lah kau memberikan dugaan yang begitu berat pada kedua-dua orang tua ku ya ALLAH. Sebagai anak, kami lah yang banyak membuat dosa pada-MU ya ALLAH. Aku mohon padamu ya ALLAH. Senangkan lah kehidupan kedua ibu bapa ku di dunia sementara MU ini ya ALLAH. Cukup lah setakat ini dugaan yang mereka lalui yang dilakukan sendiri oleh anak mereka.

December 02, 2008

Kuatkan Semangat Wiwie!!!.....Ade toyol kew?

Yeah!
Kuatkan semangat kau wie!
Kau pasti boleh dalam proses nie.

RM10.
Gym.
Speed: 5.8
Distance: Xingat. =p
Calory: 90.0

Malam tuh buat aku takut sebab time aku balik rumah, aku check balance duit aku kurang RM10. Giloz! Naik bulu roma aku beb.
Duit balance yang amoi tuh bagi bukan main baik aku lipat dengan 1 lipatan. Disebabkan kocek seluar aku Xde zip, setiap masa aku rasa kocek aku.
Tersangat mustahil kalau duit tuh jatuh. Kalau jatuh mestilah duit tuh jatuh semua sebab aku lipat semua duit tuh sama2. Siot! Buat aku seram jew.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...