entri sambungan dari cerita
bulan June. haa ko! sebulan aku ambil masa untuk membuat sambungannya.
mesti lah. kerja dari rumah ni lagi sibuk dari orang yang kerja dekat pejabat tu. tak percaya? cuba lah.
ok. seperti yang di beritahu di entri bulan lepas (kalau ada lah), kitorang ke Avillion Port Dickson hanya lah untuk 2 hari 1 malam. bila selesai check-in, tak kan lah nak lepak bilik je kan? lain lah kalau korang tengah honeymoonnn. lalala~
nampak tak burung Merak tu? apa yang kurang? walaupun burung Merak ni tak cukup sifat, tapi dia masih boleh berdiri tegak & megah. cantik pula tu. terima kasih kerana menyambut kedatangan kami. agak jakun juga la bila nampak banyak burung Merak yang berkeliaran, lepas macam tu je. kalau hotel biasa, kucing ada lah. tapi dekat Avillion ni, kucing pula tak ada. sebab ayam dah jadi abang kawasan kot. erk?
ini pemandangan dari bilik Abang Mie, Rai, Atat & Atam. masa ni Ainul belum pandai jalan lagi. tapi sekarang Ainul dah pandai berjalan, berlari pun dah pandai. haaaa~ dapat bayangkan tak betapa dah lapuk nya cerita percutian aku ni.
waktu sampai pun memang dah petang, ke pantai saja lah hala tuju kitorang.
bagi yang mengandung, tak payah nak extreme sangat. boleh lah duduk menyilang kaki sambil perut di belai angin yang bukan sepoi-sepoi bahasa. angin dekat tepi pantai ni kuat. sumpah! tak macam yang dekat Desaru atau yang paling dekat dengan Avillion ni, Glory Beach Resort. walaupun kongsi laluan angin yang sama, tapi aku rasa kat sini memang kuat angin dia.
apa? sekarang anak Rai dah lahir, dah 2 bulan dah umur baby Rai, kan? so, memang nampak sangat lah ni cerita basi. HAHA! nasibbbb~
bila dah ada angin yang kuat, Stunt Kite lah baby. nak buat apa lagi. itu permainan si Atat la. aku cuba sekejap jek handle stunt kite ni. walaupun aku ni berat, tapi tertarik gak aku dek stunt kite ni. nampak tak betapa kuatnya angin dekat sini? kalau tak silap, tali stunt kite Atat ni sampai putus kot (kalau salah nanti aku padam ayat 'tali putus' tu).
antara aktiviti lain yang korang boleh buat di Tumasek Beach ni ialah anda boleh berposing ala-ala model iklan seperti gaya . . . . . .
ini! gaya iklan Segar & Putih.
atau . . . .
ini ! iklan shampoo Sutera Matahari.
tetapiiiiiiiiiiii ! hati-hati ya bila ada budak bermain pasir di depan anda yang sedang duduk berangan di kerusi malas yang mengadap pantai tu. bila budak-budak main baling pasir ke atas untuk mendapatkan arah angin yang betul sebab diorang nak main badminton, maka, korang yang berada di belakang mereka akan makan pasir lah jawabnya.
lagi satu tip apabila berada di tepi Tumasek Beach, jangan letak cermin mata korang di atas meja. sumpah bergerak. kalau terjatuh, sumpah kena pijak.
satu perkara yang aku suka dekat Avillion PD ni ialah, mereka menyediakan air basuh tangan & kaki.
tradisi Melayu tidak di lupa. dan itu juga adalah untuk menjaga kebersihan juga. iya kan? ya iya lahhh.
sekian saja dari aku. bertemu lagi di entri yang lain untuk aktiviti yang lain.
PERINGATAN:
Avillion di Port Dickson ada 2.
1) Avillion Port Dickson
2) Avillion Admiral Cove
kalau korang keluar dari highway Port Dickson, Avillion Port Dickson belok kanan.
Avillion Admiral Cove dah tentunya belah kiri.
kalau korang selalu jalan-jalan di Port Dickson, mesti korang perasan dulu Avillion Port Dickson ada pagar besar warna biru untuk pintu masuk. sekarang tak ada, dorang buat style open gitu jek. so, hati-hati ketika memandu.
lagi satu! Avillion Port Dickson sebelah laut tau. kalau tak, mana datangnya chalet atas air. iya kan? ya iya lahhh.