November 25, 2010

mati muda

disebabkan hari ini hari cuti aku, makanya aku sudah plan mahu main masak-masak dengan Eqra. pukul 11 pagi, Aizat, Rafif, dan aku gerak dari rumah untuk ambil Eqra di Setia Tropika.

start dari fly-over untuk turun ke highway Pasir Gudang, jalan dah mula jammed. hari panas terik, penghawa dingin tidak berfungsi dengan baik, akibatnya, kami telah menerima service sauna dengan percuma untuk 3 orang!


Rafif dah mula berpeluh. untuk menghayalkan dia dari rasa bosan & panas, Aizat & aku kasi dia main dengan cermin mata yang ada.

dan tukar lagi cermin mata !

akhirnya, selepas 35minit tersangkut di dalam "sauna percuma", Rafif mula rasa rimas. merengek. mungkin panas. makcik dia pun pandai, siang-siang hari kasi budak pakai baju lengan panjang. tsk.

akhirnya, selepas 1 jam tersangkut dalam kesesakan jalan raya, barulah kami tahu akibatnya.






p/s: beberapa hari yang lepas, aku ada mimpi, yang aku akan mati muda. harap-harap mimpi itu hanyalah mainan tidur aku.

mood: sedih gile. taku gile pun iye.

November 19, 2010

Hidup bila berpangkat



lumrah dunia, semuanya bukan lah sesempurna seperti yang kita mahukan. sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula manusia yang kadang-kala akan melakukan kesilapan.

beberapa hari yang lepas, aku telah tersilap memberikan informasi kepada pelanggan aku. pelanggan di kalangan manusia biasa.

"kak, saya minta maaf. sebenarnya, bla bla bla bla"
"yeke? - sambil tersenyum- tak apa la kalau macam tu"
"akak, saya minta maaf sangat-sangat ya?" -panas gila muka aku masa ni.
"takpe, takpe"

selepas masing-masing mengucapkan terima kasih, aku lihat kakak tu still cool dan menerangkan hal sebenar kepada adiknya. tapi dia masih tersenyum. cool gila kakak tu.

beberapa ketika selepas itu. seorang lagi pelanggan datang dan mencari "title" yang dia mahukan. "title" bestseller, tinggal 1 copy saja lagi. kawan-kawan aku bersungguh-sungguh cari. sampai budak store pun keluar tolong sama cari buku tu. person in charge pada hari itu cuba menerangkan kepada pelanggan keadaan sebenar,

"kak, saya minta maaf sebab kalau tinggal 1 copy, memang akan ambil masa untuk cari, dan bla bla bla bla"
mengeluh. "how come you all bookstore besar macam ni bla bla bla bla"
"minta maaf kak, memang kami bla bla bla"
"you all ni bookstore tau. bukan kedai buku tepi bla bla bla. i dont expect this bla bla bla"

selepas panjang lebar memberi hujah sambil petik-petik jari, mereka ke belakang.

di cashier counter,

"akak ada member card?"
"nope! i tak akan jadi member. i'm so disappointed with you all. akak pergi Dubai, pergi Dublin, tak ada pun kes macam ni"
sedang kawan aku scan buku-buku yang di beli, pelanggan ini terus mencampakkan wang RM100.

ya Allah. tergamam aku. kenapa kakak ni berperangai macam ni? kenapa dia tak seperti kakak yang aku layan tadi? personaliti yang berbeza, 100% !

kenapa berbeza? sebab dia Datin Paduka. kakak yang aku layan tadi, nama hadapannya mungkin cuma ada Nur sahaja.

kesudahannya, Datin Paduka minta maaf. yang tadi katanya dah tak mahu berurusan dengan kami, tapi masih juga mahukan buku yang dicari tadi. siap tambah title lagi ok.

manusia, manusia. macam-macam ragamnya.

November 08, 2010

Kalau . . .

Kalau suatu hari nanti aku akan mempunyai seorang suami, seboleh-bolehnya biarlah dia bekerja balik hari.
Maksudnya, dia tak berjauhan dengan aku. Bukan sorang kerja dekat Korea, sorang dekat Malaysia.
Walaupun pokok pangkalnya kepercayaan masing-masing, tapi nafsu yang selalu digoda oleh syaitan itu tak mungkin dapat di kawal.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Contoh dah banyak depan mata. Tak sanggup aku nak menderita seperti mereka.
Malas nak mengulas panjang. Takut terover. Calon suami pun belum nammpak bayang.

November 03, 2010

Pejamkan mata mu, sayang.

tidurlah sayang. tidur dengan nyenyak.
tanpa rasa takut. tanpa rasa terganggu.
semoga kamu mimpi yang indah-indah.
tidak akan ada Monster Inc. yang akan memeranjatkan kamu dari tidur yang lena.

sesungguhnya,

memang tiada siapa yang menggangu mu sayang.
rasa nyenyak bukan?

Menangis kerana sayang

masa: 2:10 petang
lokasi: Secret Recipe, Jusco Tebrau



masalah tak pernah hilang dalam hidup.
selagi masih hidup, selagi itu lah bermacam dugaan yang DIA beri.
dan semalam, aku tertekan sangat. aku berjalan sambil menangis dalam hujan malam yang sejuk.
dan hari ini, aku menangis lagi. bertemankan mangkuk tandas, shower, dan sinki kecil.

bagi aku, bersendirian amat menenangkan.

mungkin mulai hari ini, aku perlu lebih berdikari. berhenti berharap untuk mendapatkan pertolongan dari orang luar dan . . .
mungkin juga dari darah yang sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...