February 25, 2013

Atok: High Blood Pressure


kalaulah nanti aku sudah tua.
kalaulah nanti aku sendiri sudah tiada upaya.
kalaulah nanti aku sendiri kesakitan.

adakah aku masih mampu mengurangkan beban sang kekasih?

...

Alhamdulillah. Atok dah boleh keluar hospital time aku datang melawat.
masa datang, atok tengah tidur.
atok tersedar. nampak aku.

atok: "eh?! siapa ni?
aku: "ni wiwie, tok." :)
atok: "owhhh. hehe"

atok berborak dengan nenek. tak lama lepas tu, atok tanya aku lagi.

atok: "siapa ni?"
aku: "atok, ni wiwie lah. haha." 
nenek: "wiwie lah abahhh"
atok: "Allah. cucu sendiri pun dah tak kenal. hehehe" . ketawa sambil pandang jiran katil sebelah.

Atok admitted ke HSA sebab darah tinggi yang terlalu tinggi. sampai kaki tangan kebas. tak rasa apa.
dorang kata, dah kena stroke sebelah badan. nasib baik tengok keadaan atok sekarang tak teruk macam orang stroke yang pernah aku jumpa.

doktor pelik, sebab ubat darah tinggi yang atok makan tak berkesan. tak buat darah atok turun pun.
lepas ni, atok kena banyakkan exercise. masa dekat hospital atok ketuk tangan sampai melecet sebab dia kata dia tak rasa. 

wie harap ingatan atok pulih seperti sediakala nanti.
InsyaAllah. jangan skip makan ubat lagi ye tok.

...

situasi 1: di wad kecemasan

ucu: "abah, macam mana tangannya? dah ok dah?"
atok: "dah ok dah ni. dah boleh angkat.", sambil mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas semasa baring.

lepas tu, atok masukkan tangan ke dalam selimut sebab sejuk. tinjau-tinjau sekeliling.
lepas tu, atok keluarkan tangan dari dalam selimut.

atok: "ni tangan siapa ni?"
ucu: "laaa. tangan abah laaa"
atok: "oh! iye. hehe", masukkan balik tangan dalam selimut.


situasi 2: di kaunter pendaftaran

staff: "Kidon bin Karjo"
ucu: "ye saya"
staff: "apa hubungan awak ye?"
ucu: "saya anak dia"
staff: "owh. bapak awak ni lelaki ke?"
ucu: "aii cik, dah nama pun bapak, mesti lah lelaki"



February 18, 2013

badi mayat


beberapa minggu yang lepas. tak ingat bila. mungkin sebulan lepas, kot. ok, minggu dah bertukar menjadi bulan. ayah ada demam. lama. bila dalam seminggu demam tak baik, ibu ajak ayah pergi klinik. rupa-rupanya darah ayah naik, ke tingkat 2. ada ke darah tinggi bertingkat-tingkat? tak ada kot. aku je yang reka. kalau ada, maafkan saya. tak tahu pula sampai tingkat mana darah tu naik. dah lama sebenarnya ayah tak kena darah tinggi. nampak sangat tekanan ayah dah banyak sekarang ni. 

lepas makan ubat yang doktor bagi, kecuali ubat darah tinggi, ayah masih tak rasa sedap badan. ayah tak nak makan ubat darah tinggi klinik punya sebab takut lagi teruk katanya. so, ayah gantikan dengan makan buah belimbing. YA! BUAH BELIMBING PENAWAR UNTUK KURANGKAN DARAH TINGGI. pernah ayah rasa nak pergi main badminton walaupun tengah rasa sakit, kononnya nak melawan. giler! memang tak bagi lah. sebab seingat aku, doktor pernah pesan, kalau darah tengah naik, jangan main badminton, sebab bila terjatuh masa bermain nanti susah.

jalan terakhir, pergi berurut. lepas tu, baru lah dapat tahu yang ayah terkena badi mayat. lepas je berurut, malam tu ayah terus rasa segar nak main badminton. Alhamdulillah. nasib baik cepat tahu puncanya, kalau tak, boleh merana, murung, sampai tinggal kulit dengan tulang je ibu kata.

ibu kata, mungkin ayah terkilan & sedih sebab tak dapat jumpa Uncle Yin sebelum arwah meninggal. arwah Uncle Yin pernah called ibu 2-3hari sebelum dia meninggal sebab dia cakap dia nak jumpa ayah. suara biasa jek, ceria. walaupun time tu Uncle ada dekat hospital. tapi sebab ayah sibuk, ayah tak dapat jenguk Uncle sampailah Uncle pergi. aku sendiri dah lama tak jumpa Uncle Yin lepas kitorang pindah rumah & ayah bekerja sendiri. apa yang aku ingat pasal Uncle Yin, Uncle terror main bowling! :) selang seminggu lepas tu kalau tak silap, seorang lagi bekas kawan sekerja ayah meninggal. Uncle Zul Bahrin. tak dapat nak melawat sebab tak tahu mana dia tinggal sekarang.

lepas tu, aku macam pernah terdengar perbualan ibu & ayah. dengar seakan-akan ayah rasa, macam waktu untuk dia pun dah dekat. iya lah, dalam masa lebih kurang 2 minggu, 2 orang kawan ayah, yang umurnya tidak jauh beza sudah pergi menghadap Ilahi. memang, aku pun pernah fikir macam tu bila ada antara rakan sebaya aku yang meninggal. ingat mati itukan pahala? tapi please ayah, jangan fikir macam tu ok?

ayah & ibu,
insyaAllah. jika diizinkan Allah, Dia akan pinjamkan ayah & ibu untuk kami adik-beradik lebih lama, sehingga ayah & ibu dapat melihat kesemua cucu daripada anak-anak ayah & ibu. mungkin anak Ainul pun ayah & ibu sempat tengok. insyaAllah. cicit sekali kalau boleh. :)

wie tak tahu macam mana nak balas jasa & budi ayah & ibu. terlalu banyak. kalau disimpan semua itu dalam bank, confirm dah jadi billionaire. dapat layanan istimewa dari pihak bank. tak adalah macam tadi, nak keluarkan duit sendiri pun kena tunggu sampai 1jam! 

berdoa kepada-Nya, adalah jalan yang terbaik untuk membalas jasa ayah & ibu.
i love u, ayah.
i love u, ibu.

February 04, 2013

Abang Mie 30th Birthday




semalam petang, kononnya Rai nak cari hadiah dekat Jusco Tebrau. tapi dari traffic light JJ, dah nampak jammed giler pintu masuk Jusco. pusing. pergi The Store. pun ramai juga. jiran aku nak raya kan, memang la macam tu.

Rai nak belikan belt sebagai hadiah untuk Abang Mie.

Rai: "Dik, ada design lain tak?"
SM: "Tak ada kak. Ini aje"
Rai: "Ada yang nampak style muda sikit tak dik?"

hamboiiii~ muda lagi seh abang ipar aku. HAHA!

happy 30th birthday Abang Mie. semoga panjang umur & dimurahkan rezeki.
amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...