August 21, 2011

Info kemasyarakatan untuk warga Johor (kes penipuan)

ayah aku memang suka bantu orang susah.
kalau jumpa orang kudung kaki dekat pasar malam ke, orang yang datang dekat meja makan cakap kena strok sebelah tangan ke, mesti ayah aku hulurkan duit. tak banyak tapi sikit tu ada lah kan.
baru-baru ni, ayah sanggup beli telefon bimbit Nokia N series (kot). orang Indo datang dekat Petronas. cakap terdesak nak balik kampung, tak ada duit. cakap tu telefon bimbit ori. plastik pun belum buka lagi.
nak jual RM700. nasib ayah aku cerdik, nego sampai dapat RM300. balik rumah, tengok tengok, tu telefon bimbit China. dasar penipu.
sekarang, cerita dua tiga tahun yang lepas. ada seorang bapak orang yang badannya besar tinggi, datang rumah. cakap gitu gini. bla bla bla. kes kali ni, nak balik Kedah. tak ada duit. ayah aku dengan lembut hati, nak tolong hantar dia balik dekat Cottage Hotel Johor Jaya, yang dia laki bini dan anak beranak tinggal.
hati aku memang rasa tak sedap. aku memang tak percaya orang macam ni. masa nak hantar dia ke Hotel, aku cakap dengan ayah aku nak ikut. si lelaki ni cakap, "huh! dah agak dah" .
so what? aku nak ikut ayah aku, bukan ayah kau.
bla bla bla. ayah aku siap belikan lagi tiket dorang anak beranak balik Kedah. ok. tamat episod tu.

baru je beberapa hari ni, ayah solat dekat Masjid Kampung Melayu. ayah dengar orang buat pengumuman untuk bantuan pada saudara baru yang susah ni, dan tidak cukup duit untuk pulang ke kampung. masa tu ayah tengah ambil wuduq,  jadi tak dapat la bertemu saudara baru tu, katanya lah kan.
lepas solat, si lelaki dan anak nya duduk di tengah-tengah keliling orang yang datang menghulurkan bantuan.
ayah pun datang dengan niat untuk menghulurkan sedikit bantuan. sekali, bila terpandangkan saudara baru yang kesian tu??!!! 

"ah! dia ni rupanya". terus ayah tak jadi nak hulur. lagi pun, ramai yang tengah bantu dia. orang di Masjid yang menghulur itu mungkin tertipu dengan helah dia, tapi InsyaAllah akan mendapat pahala. si lelaki yang kesian ini??? harap tidak bertambah lagi sebakul la dosanya. buat dekat masjid pula tu. dasar kamu.

pengajarannya di sini, lelaki sepatutnya dengar suara hati wanita. tak kira lah wanita itu si isteri atau pun si anak. instinct si perempuan kuat tau.

harap tak ada lagi orang yang tertipu dengan helah keluarga yang malang ni. aku tak ada gambar mereka, tapi mungkin boleh memberikan bayangan jenis orangnya. orangnya tinggi, besar, bermisai, berkulit gelap & tak kacak. dan anggota lainnya ialah seorang isteri dan dua orang anak.

jangan ambil mudah dengan hal-hal macam ni. dari menderma dekat orang tepi-tepi jalanan, lebih baik dermakan ke rumah anak-anak yatim atau rumah orang-orang tua yang kita sudah sedia maklum mereka lebih memerlukan bantuan dari kita.

August 18, 2011

kuih muih

aku rasa diri aku sangat sibuk sekarang.
sampaikan nak curi masa untuk hapdet blog pun dah tak sempat.
masa semakin cepat berlalu. berlalu ke masa itu? tidak mungkin masa berjalan bukan?
sudah lah. dah nak tiba hari raya, pasaraya banyak masuk barang untuk pelanggan-pelanggannya masak dengan sedap.
tapi jenis makanan apa yang aku dapat di Bazar Ramadhan?
"ish! kerasnya kuih keria ni."
"mak aihhh. tak ada rasa langsung bakso ni."
tak apalah, ayah aku kata, "diorang puasa wie" .
kalau gitu, aku pun boleh jual kuih baling ke dinding, dinding retak, dekat Bazar Ramadhan.
nak beli? seringgit 2 biji. dua ringgit, 5 biji. kuih muih sekarang. harga mahal, kuantiti sikit, rasa tak ada.
ahhh! aku masih kempunan nak makan karipap Mat Nor dekat Air Tawar 5. walaupun karipap tak ada rupa sebab handmade, tapi dia jual kuih dengan harga seringgit 7 biji!
Majulah Mat Nor untuk kuih muih!!!!!!

August 08, 2011

Casio Poptone



ini mungkin hadiah untuk diri sendiri selepas 2 bulan bekerja dengan bersungguh-sungguh. haha. dan lebih tepat lagi, untuk menggantikan jam kesayangan aku yang sudah hilang. lagi satu hadiah untuk diri sendiri, kemungkinan besar ialah 2 buah buku. tapi mungkin lambat sedikit. lokasi jualan buku itu hanya ada di Kuala Lumpur.

kalau di ikutkan umur, sepatutnya aku perlu memakai jam jenis stainless steel bukan?

August 01, 2011

5 dekad



pertama kali saya nampak dan kenal jejaka ini, ketika saya baru di lahirkan. 21 tahun 10 bulan yang lepas. kulit masih tegang. panas dalam badan masih kuat membara. sebab ketika itu, dia mungkin berumur 26 tahun. dia Ayah saya. ya! masa itu penglihatan masih kabur. tapi dia cakap, "ini Ayah. fifi, ini Ayah." cerdik dan pandai tak aku bila mana baru berusia satu hari sudah faham maksud kata-kata ayah aku itu? Astaga. bulan puasa ni. tak baik menipu. itu semua rekaan semata.

dan hari ini, 1 August 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, usianya genap mencecah 50 tahun.
yeayyyy!!! tahniah Ayah, tahniah. hehe.

wie doakan semoga Ayah panjang umur, di permudahkan segala galanya di dunia & di akhirat, dan di murahkan rezeki supaya kita sama-sama dapat merasa rezeki ayah itu. hehe. dan yang penting, sentiasa nampak muda. hehe. muka muda, tangan memang dah nampak kedut sikit lah. tak dapeq den nak nolong. hehe.

akhir sekali, terima lah lagu birthday dari anak mu, Wiwie.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...