bulan Oktober nanti, sudah 2 tahun aku memiliki Higher National Diploma in Business.
dan apa yang aku buat sekarang, ialah bekerja dari rumah saja.
kadang-kadang saja ada kerja di luar.
secara jujur, orang luar akan fikir aku tidak punya apa-apa.
bukan seseorang yang berpelajaran.
kerana, aku selalu berkain gombal di rumah.
melakukan semua kerja rumah.
yang lalu lalang luar rumah, mesti fikir aku adalah pembantu rumah Philippine.
YA!
aku bukan lah contoh yang baik untuk adik-adik yang lain.
aku tiada kejayaan yang membanggakan.
kerana, walaupun aku memiliki HND, tapi aku hanya duduk di rumah.
salah ke kalau aku duduk di rumah?
aku selesa berada di rumah.
aku rasa selamat di rumah.
dan yang paling penting, aku boleh tolong ibu melakukan kerja-kerja rumah.
meringankan beban ibu.
kejayaan boleh tunggu.
bakti ibu? jasa ayah?
sampai bila pun, beribu tahun, tetap susah untuk di balas.
9 bulan, aku kerja dari rumah.
9 bulan, aku boleh rasa apa yang ibu rasa selama ini.
9 bulan, aku lah pembantu rumah yang makan hati.
kemarahan aku, untuk kamu menjadi seseorang yang bertanggungjawab.
kemarahan aku, untuk membantu kamu mempunyai kerjaya sendiri.
kemarahan aku, untuk kamu menjadi seorang yang pembersih.
kemarahan aku, untuk kamu tahu betapa indahnya dunia realiti.
dan semua kemarahan itu, untuk kamu semua tahu, betapa sayangnya aku pada kamu.
tapi,
yang kamu fikir, kemarahan itu,
menjadikan aku KAKAK PALING JAHAT DI DUNIA.
:)
2 comments:
kejap je dah 2tahun kan wie...
haah. rasa macam sekejap je kan hajar? :)
Post a Comment