October 23, 2010

Twenty Ten Twenty Ten

Jeeva, Abg Tariq, Faiz (birthday boy a.k.a 20 tahun), Afeeqa (Birthday girl a.k.a 21 tahun)

terima kasih kepada semua MPH staffs sebab sanggup collect duit untuk beli kek kitorang berdua.

masa kerja, ayah call -

"wie, kau balik pukul berapa?"
"wie balik malam. kenapa ayah?"
"nie haa. Aizat ajak makan steamboat dekat Pelangi Indah"
"owhhh. balik nanti suruh dia amek wie"

Aizat, Eqra, Adham, Ibu, Ayah, & Rafif (kusyuk makan)

birthday girl katanya. LOL. asal makan steamboat je mesti pakai uniform kerja.

Rafif, Rai, Abg Mie, & Atam.



Alhamdulillah. Genap sudah umur aku 21 tahun pada 20-10-2010 yang lalu. Walau pun usia aku dah menginjak 21 tahun, aku tidak pula mengikut jejak ibu & kakak aku iaitu mempunyai seorang cahaya mata. heeeeeee. jodoh tak mari. mungkin juga bila umur dah terlajak baru sampai seru nak kahwin kot.

terima kasih untuk semua yang wish birthday aku di facebook & twitter. terima kasih juga pada rakan-rakan yang wish lambat & tak percaya hari tu adalah hari kelahiran aku. p/s: pada mereka, apa yang aku cakap nie tak boleh dipercayai. sebab tu diorang rasa tarikh lahir aku pun macam tipu je. lalala~

akhir kata, cuma satu sahaja yang aku mahukan sekarang ni, kerjaya yang stabil. doa-doa kan lah ye. doa jodoh cepat sampai pun boleh juga.

October 19, 2010

Convocation ceremony. 21 tahun.






Alhamdulillah. aku rasa, ini lah hadiah yang paling berharga untuk ulang tahun kelahiran aku yang ke 21 tahun.

selamat hari tua, Nur Afeeqa binti Ramlee. kepada ibu mengandung yang sedang mengandung 2 bulan, terima kasih untuk jagaan rapi ibu. ibu lah yang banyak memakbulkan makanan yang aku idamkan. (pssst: ibu kata esok nak masak makaroni sup. dah banyak hari doq sebut tapi ibu tak masak-masak kan lagi). banyak benda lah yang ibu buat untuk aku. tak boleh nak di list kan. boleh di ingat dalam kotak memori saja.

terima kasih juga untuk ayah yang banyak merialisasikan impian. hadiah tahun ini adalah yang terbaik sebab ayah sudi membayar RM600 untuk convocation, RM200++ untuk sewa bilik hotel, RM???? untuk bunga & teddy bear masa konvo, RM6 untuk parking di J.W Marriot hotel & RM100++ untuk makan sampai pecah perut dekat Restoran terapung di Ayer Keroh Melaka.

yang paling penting, Happy Belated Birthday for my beloved sister!!!!!!!!


adik mu ini minta ampun banyak-banyak sebab terlupa birthday kakak ku yang memang seorang nie. bukan sengaja, tapi bila kerja bahagian retail, balik malam terus tidur. tak fikir apa dah. sedar-sedar birthday dia pun 17 Oct tuari. lama gila baru tersedar. sungguh tak sopan.
tak apa ye Rai. bawa bertenang. hadiah kamu akan menyusul kemudian hari. tungguuuu.

sekarang, saya kelulusan BTEC HND in Business dengan CGPA 3.40 . walaupun CGPA saya rendah, saya tetap berbangga sebab saya sendiri tidak sangka saya akan mendapat CGPA sebegini dengan otak saya ini. biar orang nak kata apa, hanya tuan saja yang memahami otaknya.

sekian, terima kasih.

October 07, 2010

Khas untuk Kak Uma

aku bukan jenis berkawan mengikut kaum, bangsa & agama.
aku senang berkawan dengan semua rakyat Malaysia.
jika anda juga begitu, marilah kita sama-sama berdoa supaya husband Kak Uma (Amukly a.k.a Head of Customer Service Department) yang akan menjalani operation disebabkan serangan sakit jantung akan cepat sembuh & sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.


pesanan untuk Kak Uma:-

jaga diri kak. saya harap akak cukup makan & tidur. jangan risaukan pasal kerja. saya akan cuba selesaikan mana-mana yang saya mampu buat.



Yang Ikhlas,
Afeeqa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...