October 10, 2009

Rumah ter'tutup'

bila raya, orang sibuk sakan buat open house. tapi berlainan dengan rumah i ye. rumah i tertutup. tapi tak adalah tertutup sangat sampai orang dah datang tak kasi masuk. yang dijemput ialah budak-budak office ayah, team badminton ayah, sedara, kawan Aizat (paling cepat datang, paling lambat balik), sorang bf aku (tak kan la 2 pula, nak matiiiii??), dan sorang kawan aku yang di import khas untuk dipinjamkan kudratnya. tiap-tiap tahun memang bos kena buat ya open house untuk budak-budak office, kalau tak nanti pekerja yang kekwat akan sound, "hai cik Ramlee, bila nak buat open house". tak cukup dengan open house, ada yang nak duit raya sekali. hello aunty, bagi anak u je duit raya cukup la. bonus pon sudah dapatkan? kita bukan kedekut, tapi sila-lah memahami. bos macam korang gak, nak beraya banyak pakai duit.

ok. episod rumah tertutup ini bermula seawal jam 7am oke. tapi aku sempat online kejap sementara ibu dengan ayah pergi Econsave ke pasar gitu-lah. bila my parents dah balik........

start!!!

potong memotong dipotong.

aku pujuk Adham untuk tolong kikis carrot dari dia doq mengadap game je dekat PC. mood dia baik, so dia tolong. tapi carrot jadi buruk hokeh. huhu~







jari aku keras. macam dah di simen.



nampak tak benda gulung-gulung colour putih tu? itu la benda yang buat jari aku macam di simen lepas aku potong benda tu bulat-bulat. benda tu di perbuat dari tepung beras dan nanti akan jadi Laksam. pernah makan tak?



apa lagi yang belum siap ek. ermmmmm......


dengan muka cool dan dalam hati berkata, " oh ya! kuih yang di order belum sampai".

and the guests are .....


opss! ini penyambut tetamu. Encik Ramlee.

why i choose Aizat's friend picture? sebab dia selamba bersila dekat luar. cool babe. + dia handsome. haha! correct reason. :P




gambar my guests semua budak kecik kan. hihi. because i love kids. gambar lain ada, tapi tak masukkan dalam laptop. mak malas nak cucuk-cucuk masukkan gambar nie. pakai yang sedia ada ajo.

actually, aku tak merasa pun suasana kekecohan rumah terbuka nie time ramai tetamu yang datang. sebab aku hantar saadah balik simpan ringgam. rumah dia ada marhaban esoknya. tak apalah, tak ada rezeki. cuma the 2 big boss family je yang tunggu sampai aku balik. adalah diorang tunggu sampai jam 10pm. maaf ya my uncle's and aunty's. tahun depan insyaAllah ada lagi. dan wie pun may be berkesempatan pergi open house rumah uncle's and aunty's. tahun nie enggak bisa, sebab ada kuliah. tahun depannnnnnnnnn......kita enjoy!

Sunsilk Leave-On Conditioner tetap di hati

kadang-kadang, rambut kita bukannya sesuai dengan semua shampoo. mungkin kita tengok rambut orang nie lawa, lembut je. bila kita tanya pakai shampoo apa, dia pakai shampoo Sunsilk. kita pun try. tapi, bila kita try, rambut kita tak sesuai. makanya, kita kena la cari shampoo yang betul-betul serasi dengan kita. kalau tak nanti korang pergi-lah buat treatment dua minggu sekali. semata je kan?

tahu tak, ramai orang yang aku jumpa dan kenal pakai Sunsilk Leave-On Conditioner. bila
aku tanya dia pakai shampoo apa, dia pakai Clear. ketombe?? siapa takutttttt...........!!
ngehehe~ tahu tak apa sebabnya??? sebab utamanya ialah, Sunsilk Leave-On Conditioner nie
ada 2 size. 1 kecil, 1 besar. 2 size yang berbeze nie memang
memudahkan hidup aku dan orang ramai. nak tahu lagi sebab apa?

satu & first.


seeeeeee. lihat lihat. Sunsilk Leave-On Conditioner size kecil yang berada dalam beg yang
kecil. mudah dibawa untuk travel, shopping mopping, lepak lepaking, and touch up machap
masa pergi beraya or open house. machap tak ada kena mengena dengan touch up oke.
machap dekat Johor. ngehehe~

kesimpulannya, sila belikan Sunsilk Leave-On Conditioner size kecil sekarang untuk anak
perempuan anda dan adik perempuan anda. kalau ada adik lelaki yang nak pakai juga,
sila sila. tarak hal. boleh geng dengan adik lelaki aku. barang untuk girls pon boleh jadi
universal. aigoo~


dua & second.

ini size besar. port nak letak Sunsilk Leave-On Conditioner size besar nie, letak saja atas
meja tak pun atas katil. aku dekat hostel, makanya make up table enggak ada ye.
reason letak atas katil pula sebab bahagian atas katil memang port tempat aku letak
barang-barang make up aku. i had no roommate. ngehehe~


ini lah perbezaan antara dua size nie. 120ml (RM7.50) & 45ml. dan dua reason di atas itu juga-lah penyebab aku beli kedua-dua size ini. btw, ada lagi satu Sunsilk Leave-On
Conditioner 120ml aku tinggalkan dekat rumah. hajatnya konon nanti balik tak
payah nak penuhkan beg bawa lagi Sunsilk Leave-On Conditioner nie. itu pun kalau adik
lelaki pakai kasi tak habis. kalau habis??? aku sekeh dia cukup-cukup. btw, dengan
voucher Sunsilk, harga Sunsilk Leave-On Conditioner nie kurang RM2.
siapa mahu voucher? voucher i dah habis edar. kalau korang nak korang boleh print sendiri.
nanti i emailkan voucher tuh.


yeahhh! ini lah bahan bukti untuk apa yang aku cakapkan tadi. see see. i tak cakap kosong marrr. bukti sudah ada, mahu percaya atau tak? rambut Mia, anak kak Rose nie lurus dan nampak lembut je. kalau tak percaya, sila pergi blog kak Rose" untuk lihat rambut Mia.

October 08, 2009

She's now 21 years old



Allah selamatkan kamu...........
Allah selamatkan kamu...........
Allah selamatkan Raihanah Ramlee.........
Allah selamatkan kamu...........

happy birthday to you!
happy birthday to you!!
happy birthday to Raihanahhhhhhhhhhhhh!!!
happy birthday to you!!!!

dia seorang wanita yang ada tahi lalat di bibir. tandanya? kepochi. hihi. hari nie tak boleh jumpa, sebab kita dah tak duduk satu rumah dan kita berjauhan untuk puluhan kilometer dengan satu tol sahaja yang memisahkan kita. hahaha! Subang Bestari! dekat sikit dengan Mantin boleh tak?

bila birthday akak aku dah lepas, ini bermakna birthday aku lagi 12 hari. untuk pertama kalinya aku akan merasa angka 2 berada di hadapan angka umur aku dan sebutannya bukan BELAS lagi dah. T_T

aku tuaaaa!!!!

* saja wish lambat supaya dia fikir aku lupa birthday dia.
** ibu bocorkan rahsia cakap aku yang ingatkan birthday rai. sah-sah rai tahu yang aku ingat birthday dia. ibu nie mesti ada tahi lalat tersorok dekat bibir nie. nie yang nak kena belek nie.
*** blause purple yang akak aku pakai nie kira baju raya + hadiah birthday sekali. 2 in 1. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...