January 03, 2009

Hidup Tanpa Matahari



Di kala petang muncul, ia ditugaskan untuk menggantikan tengahari yang tiada cahaya menyinari pekan Mantin.
Perkarangan hostel sunyi sepi.
3 sahabat international students keluar dari hostel mereka.
Mesti mereka rasa rindu pada keluarga yang jauh di mata tapi dekat di hati.
Kabus putih tebal masih kelihatan di gunung yang menghiasi pemandangan mata ku ini.
Awan menjadi rata selepas puas merembeskan air halus jatuh ke muka bumi.
Lagu yang sama diputarkan tanpa rasa jemu.
Apek tua membonceng motor sambil khusyuk melombong bijih timahnya.
Mungkin dah banyak bendasing dalam hidungnya itu.



Ok! Itu poem untuk hari ini. Haha! Gila Xbest.

Nak tunggu pukul 9 malam lambat lagi. (satu jam je lagi)
Rasa rindu dah membuak2!
Hospital ni lambat betul nak bagi pekerja dorang balik!
Xsuke hospital! (sebab bau ubat)

Next week balik JB. Rindu dekat semua orang.
Kali ni aku balik bawa tetamu, my dear and my housemate.
Ni first time cik abang aku ni kena bersua muka dengan my parents and my big family. Kiranya termasuk la dengan atuk2 nenek2, pakcik2 makcik2, dan sepupu2 aku.
Disebabkan banyak fikir pasal my sister wedding, sampai terbawa2 dalam mimpi aku.
Finally, dapat juga aku jadi salah seorang sponsor termahsyur untuk satu2nya kakak yang aku ada dalam hidup aku ni. Hehe! Cuma sponsor tudung time nikah je. Tapi kira ok la kan. RM60 tuuuuuu. Sebagai student itu da cukup mahal.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...