July 22, 2010

MPH JB City Square

sekarang ni aku dah mula kerja. bahagian retail. so aku kena kerja ikut shift. baru 3 hari aku kerja, tapi aku dah mula cuti hari ni. hehe. esok kerja, tulat cuti lagi. yadaa yadaa. 

setakat ini kerja baik-baik saja. belum ada feel nak cuba kerja lain. oh bos! terima kasih belikan getah rambut untuk saya. haha. semak yer mata bos tengok rambut saya? :P

kalau rasa-rasa you all nak order or reserved buku, boleh call saya ya. sebab saya ada di bahagian customer service department untuk menerima tempahan anda. cewah!

buku yang banyak menerima tempahan ialah Once a Jolly Hangman & Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus.


hello. MPH jb city square. afeeqa speaking.

July 14, 2010

interview lagi

*short update from ART UDSB using kak zee's broadband. tq kak zee. 

esok entah kali ke berapa aku pergi interview untuk kerja. kali ini, lokasinya di City Square. interview pukul 2pm. nampaknya esok kena follow kakak aku pergi office. kalaulah tempat kerja ni nanti bagi gaji ikut yang aku minta, tak ada la aku rugi sangat. tapi kalau dia kasi gaji bawah yang aku minta, perghh agak sakit. 

aku dah kira-kira, tambang pergi balik plus duit makan mungkin RM2 saja sehari, total untuk 26 hari semuanya RM260. 

perghh. sakit lagiii.

akhir kata, membaca itu amalan mulia.

*adoiii. bilalah rumah nak ada internet balik nieeeeee.

July 07, 2010

kerja. berhenti. menganggur.

seminggu lepas habis HND, aku try cari kerja dekat tempat yang aku suka. restaurant menjadi pilihan sebab aku sukakan pasta. pasta tu la motif utama aku kerja dekat situ. tengok menu pun dah meleleh air liur aku. 

hari pertama.

hari ke-dua.

hari ke-tiga. phew~ serious tak tahan. penat gila. jadi cashier plus key in order, sangat memeningkan dan pressure bila mana kita baru je 3 hari bekerja dan dalam process mengingat semua menu. pressure habis aku bila di push suruh cepattt cepattt sampai tersalah-salah order yang aku key-in. bertambah pressure aku. akhirnya, aku pecat diri sendiri.

ni aku baru balik dari tempat kerja aku, pulangkan baju & topi. terima kasih bos sebab bagi i gaji. jadilah buat belanja budak-budak restoran i tu. chocolate banana & blueberry cheese cake dari Secret Recipes untuk mereka yang berbaju biru. american cheese cake & orea cheese cake dari Vivo itu sendiri untuk pekerja berbaju oren.

bila dah habis belajar, kepala otak ni penuh dengan benda-benda berkaitan kerja. bila kerja, setiap orang cuba mendapatkan benefits untuk diri mereka sendiri selain dari gaji setiap bulan. sebagai contoh, malam semalam aku dengar 2 orang budak wayang berbual. 

"kau jumpa apa je?"
"jumpa yang kotak biru tu. apa ek nama dia?"
"mild 7. ada 18 batang lagi"
"oh! aku jumpa rokok ni. berat. ingat banyak lagi, rupanya ada lighter."

itu benefit sampingan untuk pekerja wayang dan mereka yang smoke. bagi pekerja hotel, dapat tip la yang best. tak pun jumpa duit. semalam kawan aku text, suruh call back, urgent katanya.

"peka,peka (budak ini memang tak tau eja nama aku), kau tau tak duit Euro tuko duit Malaysia dapat berapa?"
"entah. aku tak tau ar. kau ada berapa?"
"aku ada 200 euro."
"waaaaa..."

seketika aku rasa tertarik dengan kerja hotel. tapi bila mengenangkan cerita-cerita seram dekat hotel, tak kuasaaaa nak berkhidmat untuk hotel services ni. apa yang penting sekarang ni, aku sedang menganggur. ya! boleh lah di katakan sebegitu. kalau aku kerja pun, aku boleh dapat kerja pakai sijil SPM je. itu transcript (kot) belum keluar lagi.

mungkin lepas ni kerja kedai baju, kot. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...