lama mengadap laptop. tak tahu nak taip apa.
rasa macam baru nak belajar berblog. mungkin terbawa-bawa mood back-to-school.
ya Allah! sumpah, bertapa aman & tenangnya rumah tanpa suara Adham main game pada waktu petang.
bukan petang je dia main game, tapi subuh, tengahari, petang, malam, tengah malam. haaa kau!
good luck adik sebab dah masuk alam 'kemenengahan'. hehe. i love u, itam. hahaha!
2012 dah habis.
1 tahun. 33 entri. tahniah! sebab memang itu azam 2012 aku. update sekurang yang boleh. #tipu
jadi, aku nak mulakan tahun 2013 dengan membongkar segala peristiwa pada tahun 2012.
#carigambar #carigambar
1) Rakan
rasa bersyukur sangat sebab tahun lepas dapat berkumpul & berjumpa lebih kerap dengan diorang. pergi sarapan, buka puasa, beraya, lepak-lepak luah perasaan. sebab masing-masing dah habis belajar. ada sekerat dua yang masih belajar lagi. harap-harap sempat lepak sebelum aku pula yang tak ada dekat JB. Zzzzzz.
aku rasa, diri aku macam dah berubah. aku akan keluar dengan orang yang aku rasa selesa bersama. maksudnya, ajak aku keluar memang untuk jumpa & berborak dengan aku. bukan sebab untuk di jadikan tunggul. fahamkan maksudnya?
2) Orang baru.
Qalesya Alia. lahir bulan Mei 2012. dan sekarang, Qesya dah boleh duduk, tapi bukan duduk sendiri la. berat bontot Qesya ni. hehe. hai Qesya! Nana will take care of you for the half year. InsyaAllah. be nice with me ok? sila lah kerap tidur. kihkihkih.
3) Birthday
Aizat (20), Nurul Izni (16) & Ainul (1)
nampak "standy" Ainul tu? abaikan si Epy. susah ok nak ambil gambar dia. sebab belum reti posing lagi. lepas tu tak boleh duduk diam lama sikit.
ni salah satu gambar di balik tabir pembikinan "standy" Ainul. masa kecik ni, buat mulut penyu tak ada lah nampak gusi. sekarang dah ada gigi, lagi lah cebiknya macam penyu, nak tunjuk semua 4-4 gigi yang dia ada. kalau gigi graham dah ada, lepas tu menangis macam tu juga, aku tak tahu lah nak bayangkan macam mana rupanya.
Aizam (17)
ini girlfriend Aizam, Atika. aku tanya Aizam,
aku: "mana kau kenal dia?"
aizam: "dekat fb. kan aku dah tunjukkan dekat kau"
aku: "bila?"
aizam: "ada, yang aku suruh kau pilih tu."
aku: "oh! yeke?"
sebenarnya aku rasa terharu sekejap lepas tu, sebab tak sangka adik aku ikut opinion aku. yela, masa tunjuk dekat FB. ramai tau calon-calonnya. aku tak ada lah menilai lebih-lebih. cuma tengok gambar-gambar dalam FB, so, kita menilai ikut cara berpakaian dia lah. contohnya, "ini comel, tapi tak nak lah, seksi", "haa, ni ok juga ni". itu sahaja. hati budi, biarlah Aizam yang kenal lebih mendalam. asal dia happy, tak kacau hidup aku, haha! mak tak kesahhhhhhh.
Adham (12)
birthday Adham celebrate dekat McD je. dia seorang yang super fast food. tak payah nak makan lama-lama sangat, game dah menunggu di rumah. makanya, di pagi hari birthday dia, semua keluar sarapan dekat Mcd. tak semua kot. Aizat Aizam tak dok. membuta agaknya.
baru perasan Ainul pakai clip topi. hahaha!! tak sesuai dengan perangai tapiiiii hang comei lah dik!
4) Anai-anai
sebenarnya ibu dah tahu ada anai-anai dah dekat cabinet tv ni. tapi bila suatu hari tu, si Ainul & Apip berdua pergi duduk bersantai dekat cabinet tepi tu, haaaaaa ko! roboh terus. dah tak tahu nak buat apa. siling luar rumah pun dah kena makan anai-anai. ayah kata, biar dia roboh dulu. lepas tu terus pindah banglo kan ayah? HAHA! kaya lah sangat.
enaf. so anai-anai. dah tahuun baru ni, silalah berazam untuk attack rumah orang lain pula. ok? deal?
5) Konvo
Adham dah habis darjah 6. Aizam dah habis SPM. sekarang ni, Adham seorang je yang masih bersekolah. size kasut Adham, aku boleh pakai howkehh! besar ok kaki dia. benda yang Adham perlu belajar sekarang ini ialah, belajar ikat tali kasut. kalau tidak, tali kasut yang aku ikat tu mesti tak terbuka simpulnya sampai hujung tahun. sebab aku dah setting ikat tali kasut longgar-longgar, senang nak pakai.
6) Kereta berhias
dah lama ART tak buat kereta berhias. masa dulu-dulu rajin juga diorang ambil job kereta berhias. theme flora & fauna best, buat dekat tempat sejuk. hihi. eh? ke masa tu ayah masih bekerja dengan orang ek? lantak lah. yang penting, kereta berhias untuk MPPG ni, awesome! sanggup kitorang adik beradik pergi Muar semata nak tengok kereta berhias ni. balik hari pula tu. lepas ni serik nak pergi jauh-jauh balik hari lagi.
7) Walimatul Urus
tahniah untuk kawan-kawan yang sudah mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Chort & Naim (sorry gambar hilang. laptop rosak.), Abang Fahrul & isteri, Umi & suami, Pnut & suami, Yana & suami, Saadah & suami, dan yang lain-lain yang mungkin terlepas pandang. sebab sekarang masing-masing jemput pakai FB. mana lah nak terpandang event dekat tepi tu. macam cuak je nak attend. ikhlas ke tak ikhlas lah tu kan jemput ke majlis.
kepada yang dah pregnant, take care. semoga menjadi ibu yang baik. :)
baik lah. itu sahaja untuk tahun 2012.
harap-harap tahun 2013 tidak banyak memeningkan kepala. kalau tidak makin banyak rambut aku gugur.
marilah kita berbaik sesama kita. jangan ada iri hati. jangan ada rasa tidak puas hati. jangan ada black magic. eh? magicnyaaaaaa.
woohoo~ sekian, marilah kita bergayut.
2 comments:
comelnye adik ko wiwie... rasa nak cubit2 pp die.. hehehe=]
hehehe. thanks hajar. tu la, aku x sangka ibu ayah aku boleh menghasilkan adik secomel itu. hahahaha!
Post a Comment