August 07, 2010

cari buku seks sedangkan Ramadan dah nak menjelma. apa kes???

ramadan bakal menjelma lagi. banyak buku-buku berkenaan ibadah di highlight kan. sebagai contoh, buku-buku seperti mendapatkan pahala yang lebih di bulan Ramadan.


suatu hari, apabila pelanggan di dalam kedai dalam keadaan suam-suam kuku, seorang customer datang ke customer service counter.


"ya cik. boleh saya bantu?"
"saya nak tanya, ada tak buku pasal sexiology."
"ermm. (tengah tahan gelak sambil fikir lokasi bukunya). cik tau tak tajuk buku tu?"
"tak. saya nak minta pendapat awak. any suggestion?"
"sekejap yer cik"


aku berlalu dan terus dapatkan supervisor aku.


gila lah weh. customer tu malay guy ok. tak kena waktu betul la cari buku-buku macam tu. dah nak puasa dah pun. tahan-tahan lah sikit nafsu tu.


kes settle. buku yang dia minta tak ada. haha!

July 22, 2010

MPH JB City Square

sekarang ni aku dah mula kerja. bahagian retail. so aku kena kerja ikut shift. baru 3 hari aku kerja, tapi aku dah mula cuti hari ni. hehe. esok kerja, tulat cuti lagi. yadaa yadaa. 

setakat ini kerja baik-baik saja. belum ada feel nak cuba kerja lain. oh bos! terima kasih belikan getah rambut untuk saya. haha. semak yer mata bos tengok rambut saya? :P

kalau rasa-rasa you all nak order or reserved buku, boleh call saya ya. sebab saya ada di bahagian customer service department untuk menerima tempahan anda. cewah!

buku yang banyak menerima tempahan ialah Once a Jolly Hangman & Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus.


hello. MPH jb city square. afeeqa speaking.

July 14, 2010

interview lagi

*short update from ART UDSB using kak zee's broadband. tq kak zee. 

esok entah kali ke berapa aku pergi interview untuk kerja. kali ini, lokasinya di City Square. interview pukul 2pm. nampaknya esok kena follow kakak aku pergi office. kalaulah tempat kerja ni nanti bagi gaji ikut yang aku minta, tak ada la aku rugi sangat. tapi kalau dia kasi gaji bawah yang aku minta, perghh agak sakit. 

aku dah kira-kira, tambang pergi balik plus duit makan mungkin RM2 saja sehari, total untuk 26 hari semuanya RM260. 

perghh. sakit lagiii.

akhir kata, membaca itu amalan mulia.

*adoiii. bilalah rumah nak ada internet balik nieeeeee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...