September 28, 2009

Apa kata survey

bila sebut pasal assignment, anda akan fikir apa?

A. tak sabar rasanya nak buat assignment nie. berkobar-kobar beb.
B. rasa nak koyak-koyakkan je assignment nie.
C. rasa macam nak suruh adik aku buatkan je assignment nie.
D. buat-buat assignment brief hilang. tak pun pencuri masuk rumah, curi laptop.
E. buat assignment nie memang hobi aku. i loike!


apa yang aku rasa?

aku nak bawa assignment tu molek-molek pergi dapur. hidupkan api dapur. letakkan assignment atas api yang colour-nya cam best tu.

assignment dah siap!!! siap bakar. lalala~

bagi yang suka buat assignment, jangan refer apa-apa masalah assignment dengan aku. untuk pengetahuan umat sejagat, kebiasaannya setiap assignment brief yang lecture bagi akan hilang. makanya? pakai duit aku juga la pergi photocopy assignment brief. i loike melabur dekat Abang Botak, si owner rumah photocopy dekat bawah blok rumah aku.

September 27, 2009

:(

sekarang internet kolej adalah teramat tidak memuaskan hati.
nak reply komen dekat blog langsung tak boleh.
refresh-refresh-refresh. "we're sorry bla bla bla"...........
kesian la game dalam facebook aku tu.
hidup susah woooo~

September 24, 2009

Next house?



"ada siapa-siapa nak tumpangkan kami beraya???"

lokasi wajib beraya setiap tahun ialah Pekan Nenas & Sanglang, Pontian. raya ke-4 tu juga saudara aku buat kenduri kahwin. timing tak bagus. orang kampung langsung tak datang rewang. susah3.



ayah kata, dulu jalan kecik nie ayah jalan kaki saja dengan adik beradik dia. dulu tanah merah, sekarang jalan tar.


Arash, kamu sangat notty sekarang ye.



bila beraya, budak-budak kecik la yang paling suka. yeayyy! collect! collect!

September 22, 2009

Raya pertama


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

kakak kami busy kira duit raya dia yang ciput tuh. jadi dia malas nak upload gambar banyak-banyak. haha! tak la, dia penat beraya dan posing gambar raya dengan cousin-cousin perempuan dia. btw, basikal tu atuk kami yang punya. transport yang digunakan untuk pergi kerja. jimattttttttttt!!! yeeeehaaaa!!

sebagai penutup, kami sediakan gambar di pagi raya cik empunya blog ini,
Afeeqa Ramlee.


September 21, 2009

17092009

mengikut plan, malam selepas buka 17 sept aku akan pulang ke rumah. tapi, semuanya hancur dan menyebabkan aku menangis. paling menyedihkan sebab hari tu ialah birthday adik yang ke 9 tahun.

malas nak cakap panjang. bila ingat semula, memang sedih sebabnya adik terpaksa celebrate birthday dia dalam kereta masa menunggu ketibaan aku di simpang renggam yang tak muncul tiba langsung. maaf sangat-sangat, adik, ibu, ayah & aizam. :((


sebagai balasan, aku belikan adik mainan masa jalan dengan member dekat Tesco. walaupun aku sampai rumah pukul 0345 pagi, aku gigih juga cari sampul hadiah atas gerobok sebab nak balut hadiah tu. lepas siap balut, aku bangunkan adik suruh sahur. layu je bangun. tapi bila nampak hadiah tu, terus segar kau! hehe.

"yeayy! digimon!"


"eaaaa...dush! dush! dush!" <---- sound effect yang adham buat masa berangan.

well, makin besar makin nakal. sama macam abang-abangnya. grrrrr~

September 15, 2009

Hai-Lam = Hailam

tadi try masak bihun hailam. apa rasa? ada la rasa walupun tak sama dekat kedai. hehe. tapi masih boleh di terima tekak.

lepas nie kena try masak daging salai masak lemak cili api. permintaan dari Say tapi cuma di masak kalau Say datang rumah masa raya. adesss. kopak nak beli daging salai. sebelum nie pernah masak lemak cili api ikan patin tempoyak. hahaha! entah betul ke tak nama menu tu. belasah jerrr~

nyummy! nyummy!

sekarang aku memang tengah mood rajin masak. tapi..................

dekat rumah aku tak masak kalau ibu tak suruh atau ibu keluar pergi mana-mana. aku rela tengok tv atau meng'online'kan diri. hehe. selagi ibu boleh masak, baik ibu yang masak. nanti kalau ibu dah tak larat nak masak, dah tak boleh nak merasa air tangan ibu.

* setiap kali sebelum masak wajib kena tengok resipi online. lalala~

September 14, 2009

Perubahan

kau cakap aku macam dah berubah.
aku rasa kau yang dah berubah.

kau cakap kau tak paham aku.
aku rasa aku lagi dah tak paham kau.

mungkin,

bila aku sudah tiada, _____________

kau akan tahu menyambungkan ayat di atas.

sama ada aku atau kau yang perlu menyambungkan ayat itu, kita sama-sama lah fikirkan.

September 12, 2009

"Makcik lapar la nak"

aku baru balik dari berbuka di surau. ikutkan hati tak nak pergi sebab tak selesa kot kalau nak berbuka dekat sana. sebab bila berbuka di rumah, aku bebas nak makan macam mana style pun. ibu cakap orang tak ramai, makanan banyak, sebab tu cik Lily suruh aku datang juga.

aku datang. berbaju biru dan bertudung.

azan berkumandang.

lepas minum dan makan bubur lambuk, aku solat maghrib. selesai solat, time makan makanan berat. tapi aku cuma makan burung puyuh panggang. sebelum start makan, ada sorang makcik nie, dengan cepat-cepatnya nak cari port. meja penuh. dia suruh ada budak kecik tu alihkan kuih sebab tangan dia dua-dua dah penuh pinggan. sebab budak kecik tu buat bodoh, aku pun tolong angkatkan. lepas aku dah angkatkan, dia terus duduk, makan. aku nie ha yang blur nak letak mana kuih nie. aku rasa kalau makcik lain, sebab kita dah tolong aturkan pinggan untuk keselesaan dia, mesti dia beritahu aku kat mana nak letak pinggan yang berisi kuih tu.

tak cukup dengan hal tu.

burung puyuh tu ada kuah sos dia. aku ambil dan letak dalam mangkuk. makcik yang sangat kelaparan nie, dengan selemba celup daging buruh puyuh dia dekat mangkuk sos aku. terperanjat sekejap. tapi aku terus makan juga dengan rasa yang kurang enak. masa makan, mulut pot-pet-pot-pet. dah tu ceritakan kelemahan diri. dia cerita lah kalau dia berbuka di rumah, lepas makan siap baring dulu, sampai laki dia bising bila waktu maghrib dah nak habis tapi dia belum solat dulu.

sebab tu aku dekat sini kurang bergaul dengan makcik-makcik. kalau di rumah dulu, semua makcik-makcik pakcik-pakcik yang satu lorong dengan aku, aku ingat nama mereka.

ada seorang makcik nie tanya, "datang rewang tak tadi?" dekat makcik yang sangat lapar nie. makcik lapar nie cakap, "eh. tak la. dorang yang rewang".

kesimpulannya, dekat taman aku nie memang ramai yang suka datang untuk makan saja. rewang?? rosak kuku mak. choyyy~

*bubur lambuk banyak lebih. aku bawa balik sebungkus. lalala~

September 11, 2009

Cinta monyet

"siapa-siapa yang nak SPM tahun nie, tapi sedang bercinta. lupakan saja lah. itu semua cinta monyet. tinggalkan je monyet tu dulu. "

ini kata-kata Dr Hj Fadzilah Kamsah masa ibu menonton rancangan astro yang dikendalikan oleh beliau. memang betul pun kan? Aizat ..... kau rasa macam mana??
:)

September 09, 2009

Hari Radio - 090909


hari nie tarikh baik. 090909 (birthday gegirl, Redmummy.com daughter). hari nie juga hari radio sedunia. tahun depan ada tarikh baik juga. 20-10-2010 (birthday siapa? ehem-ehem!). hehe. tapi umur orang tu je tak baik, sebab 21. kalau 20 memang terbaikkkkkkk.

aku fikir nak buat birthday party untuk next year. macam budak kecik ke ek? choyyyyyy~ tapi itu saja wish aku untuk next year. plan nak buatnya awal-awal dah habaq dekat ayah since last-last-last-last year kot. jadi ke tak, sama-sama lah nantikannya.

* cantik tak date dengan time yang aku setting? hahahhaa!

Impian melalui lukisan


kalau kita merasakan bahawa kita insan yang paling malang dekat dunia nie, kita perlu tahu bahawa ada insan yang lebih malang dari kita dan hidup menderita. kita merasakan kita tak cukup cantik dan mahukan yang lebih sempurna, kita perlu bersyukur kerana ada insan yang tidak sempurna hidup dan fizikalnya tapi masih rasa bersyukur dengan apa yang mereka ada.


sebuah lukisan perlu dinilai sedalamnya kerana ada rahsia disebalik lukisan itu. bagi mereka, mungkin mereka malu untuk bersuara tetapi dengan hanya sebuah lukisan sudah tergambar hasrat di hati mereka. ada yang mahukan kehidupan sebagai sebuah keluarga yang bahagia, ada yang mahu menjadi doktor, mahu berjaya seperti insan normal yang lain dan macam-macam lagi.


kekurangan pada bentuk fizikal atau mental mereka tidak membataskan mereka dari mengetahui isu dan perkembangan semasa negara mereka sendiri. dan mereka begitu bangga dengan pencapaian warganegara kita. mungkin impiannya juga mahu menjadi masyarakat yang boleh membanggakan Malaysia.



aku ialah insan yang tak mampu memberikan pertolongan kepada mereka tapi apa yang aku mampu ialah, menilai lukisan mereka. apa yang aku lihat ialah, impian mereka menerusi lukisan warna-warni yang dihasilkan. untuk lucky draw, aku dapat fail & note pad untuk khaifa. :)

September 07, 2009

Mampukah aku?

aku suka mencuba sesuatu yang baru. tapi, adakah aku mampu?
bila mana sesuatu perkara itu memerlukan banyak sokongan dari orang ramai, adakah aku mampu?
kudrat diri ini perlu mengharungi semua fasa yang diberikan. tapi, adakah aku mampu?

apa yang penting, semua alasan perlu diketepikan. mungkin pengakhirannya aku akan kalah, tapi aku tak akan berhenti berlawan hingga hujung penamat.

September 06, 2009

Adv & Pro

first assigment Advertising & Promotion memang memerlukan kesabaran yang tinggi & duit yang banyak.

kesabaran = waktu internet yang bila-bila masa saja akan 'KO'
duit = harga assigment yang melampau bila di print

disebabkan color printer abang botak dah habis, kitorang terpaksa cari kedai print di luar. perbezaan harga amat ketara. dengan pantas dan tuntas, kitorang print dekat Giant.

disebabkan diorang macam tak banyak kerja, aku suruh diorang susun sekali assigment kitorang ikut muka surat yang telah ditetapkan. tak mudah ya, sebab print hitam putih & color lain-lain. bila siap semuanya, inilah hasil assignment bak pelangi.


harga assigment selepas diskaun, RM58.70 <---- lebih kurang la.

* cuti mid term pun macam tak cuti sebab ada lagi satu assignment. uwaaaa~

Rambut gugur?


Punca rambut gugur mungkin disebabkan oleh stress, melahirkan anak, penyakit tiroid, demam, jangkitan dan selesema yang serius, protein yang tidak seimbang dalam pemakanan, ubat-ubatan atau pun rawatan kanser.

Sebagai seorang isteri, ibu dan wanita yang bekerja, sudah tentu banyak tekanan dan masalah yang perlu di fikiran. Akibatnya, setiap sudut rumah ada saja helaian rambut yang gugur. Orang kata tak payah nak sapu lah, confirm rambut tu ada balik. Wanita yang mempunyai masalah rambut gugur ini ialah kakak saya sendiri. Hehe. Sorry my sister sebab hari nie your hair problem jadi my issue for discuss. :P

Adakah rambut anda bermasalah seperti rambut kakak saya? Jangan risau jika anda belum menemui syampu yang sesuai untuk mengawal keguguran rambut anda itu. Dengan adanya Sunsilk Hair Fall Solution, kerisauan anda terhadap rambut gugur sudah pun hilang!


HOT TIP!

For best results only apply conditioner on your hair strands not your scalp.



Discover Sunsilk

Hair Fall Solution

Reduces hair fall in just 1 week.


Hair Problem: Fragile hair that is easy to break after combing, brushing or pulling.

Key Ingredients: Fortifying ginseng & soya energizers.

How It Works: Packed with soya protein and ginseng energizers, it provides a daily dose of vitamins to help boost hair’s strength and reduces hair fall.

Results: Hair so strong and beautiful, there is no need to worry about hair fall or breakage.


Reference: Sunsilk 1 min to great hair, GLAM GUIDE


September 04, 2009

Hitam itu menawan

orang kata, hitam itu menawan. manisss je bila tengok. so, rambut hitam itu pun menawan juga lar kan? nowadays, dah bermacam-macam colour rambut yang kita boleh lihat. merah, purple, biru, kuning, oren, putih, semua ada. tetapi, rambut hitam juga still menarik perhatian orang ramai.

rambut saya berwarna hitam. dan memang kebanyakkan orang Asia berambut hitam. tapi, hitam saja tak cukup. saya mahukan rambut yang hitam dan bersinar. lihat-lah gambar di atas. nampak macam bersinar kan? tapi masalahnya rambut saya kelihatan perang apabila berada di bawah sinaran matahari. itu tandanya rambut saya rosak di sebabkan terkena pancaran cahaya matahari yang lama. saya sudah tahu bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini dan syampu apa yang perlu saya gunakan. anda pula bagaimana? confirm nak tahu bagaimana caranya dan syampu apa yang sesuai bukan?


caranya, mudah saja.

segera-lah ke Watson berdekatan anda dan mula-lah mencari Sunsilk Black Shine.




ya! Sunsilk Black Shine adalah jawapan untuk impian anda mempunyai rambut hitam bersinar. kenapa Sunsilk Black Shine? untuk mendapatkan rambut hitam bersinar, Sunsilk Black Shine adalah pilihan yang tepat kerana Sunsilk Black Shine mengandungi Deep Sea Black Seaweed
Energizers. Sunsilk Black Shine boleh digunakan oleh untuk semua jenis rambut.

do you still have some doubt about Sunsilk Black Shine?

here, i will tell you about Sunsilk Black Shine.


Discover Sunsilk

Black Shine
for hair so shiny, black and beautiful.

Hair Problem: Black hair that is dull and dry from sun damage.

Key Ingredients: Dee sea black seaweed energizers.

How it Works: Provides a UV shield to nourish and protect hair from
harmful rays while boosting black hair's natural beuty with deep seablack seawedd nergizers.

Results: The shiny, healthy black hair you always wanted.



what are you waiting for girls? get your Sunsilk Black Shine now at your nearest shop, supermarket, hypermarket and etc.

hurry up! or your dream will not come true.



reference: Sunsilk 1 min to great hair, GLAM GUIDE

Tupperware

kejap lagi dah nak gerak pergi Terminal One. pukul 8 ibu call ingatkan bawa balik Tupperware air ayah yang tertinggal dekat rumah Rai.
aiyooo~
masuk hari nie punya call tak tahu la berapa kali punya pesan. insyaAllah aku tak lupa bawa. ihii. kalau lupa? confirm-confirm ibu menangis. tupperware baru beli la katakan.
lalala~
balik nanti Tupperware air untuk aku yang ibu pesan mesti dah ada rasanya. kalau tak ada? aku pula lah yang nangis. :D

JB!! here i come! ngehhh~

September 03, 2009

Tip rambut sihat

sebenarnya, masa kita tidur, bukan saja untuk kita merehatkan mata dan membaiki sel kulit, malah rambut pun akan berehat juga taw. kalau kita tak cukup tidur dan dalam keadaan stress, rambut akan gugur dan jadi tak sihat.

makanya, untuk memiliki rambut yang cantik dan sihat, korang semua perlu tidur yang cukup dan kalau boleh elakkan lah stress. kalau macam aku nie, stress tu selalu ada. maklum lah, hidup penuh dengan assignment memang penuh dengan stress.

tip untuk rambut yang sihat.
sebelum tidur, sila lah dengan rajinnya sapu krim rambut dekat rambut korang. aku sapu krim Sunsilk Smooth & Manageable Leave On Conditioner. masa tidur tu lah segala vitamin yang terkandung dalam Sunsilk Leave on conditioner nie akan meresap ke dalam rambut aku. sila amalkan ya. semoga rambut aku dan korang semua sihat dan cantik. :)

September 02, 2009

Sunsilk 1 minute to great hair


Sunsilk Blog to Paris. sound great right? :)

so, what we need to do are blogging &&& blogging lah kan? i try my best to give you all the tips to make your hair looking GREAT! oh! tudung style pun tidak di lupa.

so girls out there, do u wanna join my group in this contest and win to Paris? insyaAllah, kalau menang-lah kan. hihi.

nak ke? nak ke?

enlarge this picture below now!!!



let's blogging girls!

blogging! blogging! blogging!


* kalau blogging 1 minit je boleh pergi Paris tak? ngehehe~




SPOing

arghhhh! exam tadi tak cukup masa. sakitnya hatiiii....
habis la paper hari nie. dua muka surat terakhir sah-sah tulisan aku jadi cakar ayam.
huh! masa yang sangat mencemburui aku.

tak payah cakap pasal paper yang dah lepas. sekarang nak prepair rambut pakai Sunsilk smooth & manageable supaya rambut yang dah di ganyang masa exam tadi terurus semula. lepas nie ada photoshoot dengan Linda. gituuuuuu. haha!

September 01, 2009

Menu puasa yang ke-11

menu buka hari ini :-

kuih buah melaka - 6 biji
popia sambal - 2 keping
pau sambal - 1 biji
kuih cara gula - 2 biji
telur masak kicap - 1 keping, kot
sayur - beberapa helai
tempe goreng - beberapa ketulan kecil
ikan bilis goreng - beberapa ekor
air tembikai susu - separuh dari RM2. maknanya minum takat RM1. -.-

nampaknya macam bukan berbuka, tapi melantak. bila dah di list kan nampak macam banyak tapi makannya sikit-sikit. selamar bertarawih pada yang pergi. aku tak pergi, esok exam. -.-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...