kalau kita merasakan bahawa kita insan yang paling malang dekat dunia nie, kita perlu tahu bahawa ada insan yang lebih malang dari kita dan hidup menderita. kita merasakan kita tak cukup cantik dan mahukan yang lebih sempurna, kita perlu bersyukur kerana ada insan yang tidak sempurna hidup dan fizikalnya tapi masih rasa bersyukur dengan apa yang mereka ada.
sebuah lukisan perlu dinilai sedalamnya kerana ada rahsia disebalik lukisan itu. bagi mereka, mungkin mereka malu untuk bersuara tetapi dengan hanya sebuah lukisan sudah tergambar hasrat di hati mereka. ada yang mahukan kehidupan sebagai sebuah keluarga yang bahagia, ada yang mahu menjadi doktor, mahu berjaya seperti insan normal yang lain dan macam-macam lagi.
kekurangan pada bentuk fizikal atau mental mereka tidak membataskan mereka dari mengetahui isu dan perkembangan semasa negara mereka sendiri. dan mereka begitu bangga dengan pencapaian warganegara kita. mungkin impiannya juga mahu menjadi masyarakat yang boleh membanggakan Malaysia.
No comments:
Post a Comment