mengikut plan, malam selepas buka 17 sept aku akan pulang ke rumah. tapi, semuanya hancur dan menyebabkan aku menangis. paling menyedihkan sebab hari tu ialah birthday adik yang ke 9 tahun.
malas nak cakap panjang. bila ingat semula, memang sedih sebabnya adik terpaksa celebrate birthday dia dalam kereta masa menunggu ketibaan aku di simpang renggam yang tak muncul tiba langsung. maaf sangat-sangat, adik, ibu, ayah & aizam. :((
sebagai balasan, aku belikan adik mainan masa jalan dengan member dekat Tesco. walaupun aku sampai rumah pukul 0345 pagi, aku gigih juga cari sampul hadiah atas gerobok sebab nak balut hadiah tu. lepas siap balut, aku bangunkan adik suruh sahur. layu je bangun. tapi bila nampak hadiah tu, terus segar kau! hehe.
"yeayy! digimon!"
No comments:
Post a Comment