January 25, 2010

ayah i, hero i

secara jujurnya, semestar kali ni i agak sengkek. poket kering kontang seolah berdebu mengalahkan gunung sahara.

seawal semestar lagi i dah makan maggi. nasib baik semestar kali ni pendek. sebab tu i baru makan 2 jenis perisa maggi dan 2 brand maggi yang berlainan. kesemuanya 15 packet. tapi ada lagi 4 packet belum di masak. kalau i pergi x-ray perut i, mesti dalam perut tu nampak maggi curly-curly plus cili padi.

ni dah hujung bulan. dalam bank ada rm90. dah terpakai rm10. sepatutnya simpan rm100 untuk bayar l'phone yangggggg zzzzzz. hutang topup rm30. photostate assignment, file pink, etc semua tak tau berapa lagi. dalam Mrs. prit ada rm20. hari nak survive ada lagi 5 hari. tu pun tak confirm duit MARA masuk ke tak.

dalam otak dah asyik fikir, ayah je la sumber nak dapatkan duit. ayat apa nak mesej pon tak tau. siap tanya kak fiza lagi nak bagi ayat apa. last-last, gamble je la.

"ayah. nanti ayah masukkan duit ea? duit wie dah habis. huhu"

ting ting ting ting ting <----- bunyi magic box menandakan ada mesej masuk.

ayah reply,
"jgn nangis... nanti ayah masukkan"


lokasi: bukit merah, Laketown Resort
hero: encik ramlee


hehe. hati berbunga-bunga. senyum sampai nampak taring.

"ok ayah. tq so much"

beberapa minit kemudian. . . .

"dh masuk rm150"
"ok ayah. tq3. :-*"

siap kiss tak menahan. rasanya bila dah besar ni, pernah sekali je kot kiss ayah. tu pun sebab ibu yang suruh. hehe. mak segan la nak kiss ayah. sebab ayah nampak muda. nanti orang fikir pakwe. lalala~

yeeeehaaa! i dah boleh fikir hari ni nak masak apa. kuew teow goreng? spaghetti? semuanya perlu berasaskan mee. sebab i dah 2 tahun lebih tak beli beras. kalau terasa nak makan nasi, baru la pergi beli nasi campur dekat luar.

so, konklusi untuk hari ini, ayah i hero i. bila ada masalah je, ayah akan muncul. hahaha! actionnnn kamen!!!!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ untuk ayah

January 23, 2010

Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail



Allah peliharakan Sultan
Anugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur Luaskan kuasa
Menaungkan Kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan


semoga roh Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, bersemadi dengan amannya. terima kasih kerana memerintah negeri Johor selama 3 dekad.

Al-fatihah.

January 20, 2010

happy and unhappy

nama: aisyah damia
umur: tak di kenal pasti
hobi: melombong

mood i hari ni happy sikit. sebab lampu toilet dah di tukar walaupun terpaksa pergi menjongolkan muka dekat maintenance department. aicehh! terima kasih cik abang maintenance.

tadi dalam kelas, member member melayan i buat caller ringtone. hehe. i buat semua tu untuk kenangan kita bersama. lagi berapa bulan je i boleh dengar & tatap muka korang semua. thankz ya! mooh happy makin bertambah ni. lalala~

oh ya! sorry ye abang maintenance sebab tadi masuk rumah mesti bau busuk kan? sebab i sendiri tak tahan bau nya bila masuk rumah tadi. mesti macam confuse je kan tadi. entah masuk rumah anak dara ke rumah bujang. lalala~ housemate ku. sila hapdet meja makan kita tu, ok? mood i sudah tukar kepada unhappy dah nie.

akhir kata dari i,
simpanlah mana yang perlu, buanglah mana yang patut.

mari melombong gaya damia. lalala~

January 18, 2010

jin roti

penat la pergi kedai bawa laptop. lenguh bahu i. masa tengah beli barang dekat roswel, kawan i mengadu pasal roti dekat rumah dia.

"wie, roti dekat rumah aku kan, dah tak ada. diorang makan."
"laaaa. dorang tinggalkan berapa keping?"
"tak ada langsung. plastiknya pun dah tak ada."
"laaaa. kat rumah aku tu, roti sampai berkulat tak ada orang nak makan."

kesian i tengok kawan i ni. walaupun luaran orang nampak dia sihat, tapi sebenarnya makanan dekat rumah dia tu jarang dia makan. kalau i datang rumah dia, i yang tolong habiskan. sebab tin biskut pun dah naik berhabuk.

hurmmm. roti berkulat, rugi, roti kena makan dengan orang senyap-senyap pun rugi jugak.

cobaannnnnnn.

kawan i dah serik nak beli roti potong. dia beli roti ikan bilis yang 60 sen tu je.

cobaannnnnnn.

January 16, 2010

lesson for today


sekarang dah pukul 245am. bermakna hari ni hari sabtu. hujung minggu. cuti. kelas tak ada tapi assignment tetap maintain.

i baru balik melepak. melepak dengan orang yang banyak pengalaman. banyak punya story. nasib baik tak ada topik bola. kalau tak time time tu juga tidur.

i happy sangat walaupun mereka tengok i macam banyak diam. tapi serious best. i suka lepak dengan orang yang banyak experience ni. sebab benda tu bukan teori, tapi realiti.

so, lesson for today, don't judge the book by its cover.

biar terbuka sikit, supaya kita tahu isinya. kalau tutup semua, tapi dalammmmm......opsss!

mengantuk. nak mimpi siapa ek malam ni.

January 15, 2010

i lapar, u stim


semalam i saja gatal-gatal try nak buat rekod untuk diri sendiri. rekod tak makan. nak tengok boleh tahan berapa lama. konon nak rasa macam mana perasaan budak-budak dekat somalia yang tak cukup makan tapi perut boncet. itu semua angin je banyak.

kesudahannya, rekod tercatat selamat 24hour tanpa makanan tetapi telah meneguk 0.5 liter air saja. lepas tu melantak mi segera mamee berperisa tomyam. sementara tunggu air mendidih & 6 ketul meatballs masak, i dah kebulur makan mamee macam tu saja. sedap. macam jajan mamee.

malam tu. "lin, perut masuk angin". "panjang sangat tu, cakap 'lapar' je kan senang". hehe. zzzzz. internet tiba-tiba tak ada. limited. penat je lin datang rumah nak buat assignment sebab blok dia internet limited. last-last dengan internet rumah i limited sekali. padan muka kita. assigment pun siap dengan jayanya. super duper jaya.

keluar beli burger super duper sedap dekat budak curly tu. bila dah nak habis, baru perasan yang daging burger tu macam pink pink lagi. lantak. lapar sangat dah. tapi bukan budak curly tu yang masak. kawan dia.

malam tu, perut masuk angin. laluan mana yang terbuka pun tak tau la sampai angin boleh masuk. serious tak boleh tidur. even dah play Bob Acri - sleep away. sapu balm. tapi tak terkentut-kentut pun. cis!

-----------------------------------------


lokasi: city plaza, JB
model: zizi forensik

disebabkan nak membuat rekod boddoh, i tak dapat nak pergi kelas. linda turunkan ilmu untuk mengatasi angin dalam perut. "letak minyak angin then urut lawan jam. tak pun tuam dengan air panas k". dalam mamai mamai, i urut perut ikut lawan jam. tapi tak ada minyak angin. tak larat nak capai.

look inside. look inside your tiny mind. then look a bit harder. si ungu berdering.

cis! i nak qada' tidur pun tak boleh. ada lagi orang nak call pagi-pagi ni.

jantan call.

"haaa. ada apa. bla bla bla. ada kelas. tapi aku tak pergi. bla bla bla"

masa berbual tu. i tau i ada dengar something. tapi i malas la nak tegur. tiba tiba....

jantan: stim la.
i: apa?
jantan: stimmm. sejuk ni.
i: dah tu kenapa? kau nak stim kau pergi cari orang lain la.

pap! stupido. terus i letak phone.

i pelik. dia ada awek, tapi kenapa nak stim stim call i? suara i ni memang sedap buat modal lancap agaknya. huh!

suka sangat nak membazirkan sperma waktu pagi.

January 13, 2010

Sleep sebab Sleepy



sumpah. i dah tak tahan dah. i rasa penat sangat.

tapi i terlarat pula buat entri ni.

plan i lari sikit. patutnya tadi nak tidur. so bila bangun nanti i boleh buat assignment. tapi member i call. gossip gossip kejap. lepas tu terus i tak jadi nak tidur.

lepas mandi i pasang niat murni nak buat assignment. tapi mata i layu selayu layunya.

i dah tak tahannnnnn! mengantuk. i rasa lebih baik i tidur dari i mencarut dalam assignment i tu nanti.

esok cuti. birthday YDPB negeri sembilan. dan birthday hazel, classmate i juga. i rasa bersyukur sebab birthday YDPB esok. kalau tak i kena bangun pagi-pagi, pergi kelas dari pukul 8 pagi sampai 1 tengahari.

sekarang i nak tidur. mengantuk gila babisss.

oh! kek tu chort & kak fiza bagi masa birthday i. sedap. tapi i share gambar kek je la dengan u all yang birthdaynya esok. hehe.

Aerosol


testing kejap
------------
ok dah settle. blog buat hal. huruf punya setting tak da.

ehem! i dah ada shieldtox. jaga-jaga nyamuk. harga dia rm5.80 siap free 15%. i beli masa balik kelas marketing planning & audit sebab sakit hati gila tengok sepasang nyamuk ni berasmara dana dengan gembiranya dalam bilik i masa i baru je habis mandi.

sampai je bilik i terus sembur shieldtox dengan muka jahat. hahaha ! lepas tu i terus keluar bilik dan tutup pintu rapat-rapat.

selamat menutup hidung ya nyamuk-nyamuk sekalian. i tengah menikmati dinner yang i beli dekat pasar petang tadi. lalala~

lepas siap makan, i tengok ada seekor nyamuk dah kecundang dekat atas kerusi depan laptop i. tapi masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. huahuahua! gelak besar i lepas pakai pepsodent. lepas tu check balik. aik? tak ada dah. nak lari la tu. lepas tu masa i sapu bilik, i jumpa balik nyamuk tadi. hidup lagi tuuu.

i sebagai doktor haiwan yang bertauliah, i pon check nadi dia pakai kaki. ops! kaki i besar sangat. tak sampai 2 minit dia dah mati. i tak kejam. i buat semua ni untuk keselamatan i. sebab kolej ni dah banyak kes budak kena dengki. kawan i salah seorang daripadanya. kaki nyamuk ni belang-belang. bukan jenis nyamuk kat kampung tu. color coklat.

beberapa minggu yang lepas, i pergi dapur nak masak. i tertolehkan cawan atas meja dekat dapur. ada air. i tengok balik. wow ! ada jentik-jentik. memang cara. kalau jabatan kesihatan datang check rumah, jangan nak minta i bayar saman. owner cawan tu bayar sendiri.

dah la cawan i diorang dengan senang hati buat rendam senduk. cis! cawan tu nenek i bagi tau. cawan untuk kesihatan lagi. nanti kalau i simpan barang-barang i dalam bilik, tak bagi pakai, cakap i kedekut. ni dah bagi pakai, you all pakai untuk benda tak sepatutnya. lepas tu basuh pun tak bersih.

i hate hostel. huh!

* tak boleh justify words. grrrr~
**semuanya jadi coding. gambar sekali. grrr lagi.

UPDATE.

konon blog buat hal sebenarnya punca dari i sendiri. aishhh~

January 12, 2010

ke-PMS-san

hari nie I balik kelas Small Business awal. terima kasih Encik Sukumar yang cute lepas potong rambut. sungguh memahami perasaan wanita betul. hehe. walaupun I lambat masuk kelas 45minit, dia still benarkan I leave class awal walaupun I baru je duduk dalam class dia 35minit. salin note pun tak sampai 2 muka surat.
hati tak focus. siap lukis pokok. badan manusia yang bermukakan ice-box. motif??? sebab kawan-kawan I cakap I muka ice-box. lalala~

ok. lepas siap evaluation form untuk lecture, Encik Sukumar bagi I sign attendance & assigment brief 2. yes! itu-lah paper yang paling I suka bila jadi student nie. zzzzz~ I tipu. biasanya assignment brief selalu menghilangkan diri. terima kasih linda sebab report dekat Encik Sukumar pasal girl's thing I ni. xoxo~

lepas dah settle semua, I pun kemas beg, ambil payung, angkat kaki & melambai-lambai pada peminat I. "wiwieeeee" suara peminat I memanggil. I hanya mampu tersenyum sebab nak menahan kesakitan. maafkan I. membazir je you all beli tiket mahal-mahal tapi I tak perform sampai habis. tak apa sayang, tiket itu boleh di gunakan esok. InsyaAllah, jika kesihatan I mengizinkannya.

haha! memang I rasa mood pra-santan bila sakit. nak menceriakan diri sendiri.

-----------------------------------------------


nampak tak apa yang di tulis? nampak dengan jelas tak tarikhnya? ini namanya "denda". gara-gara lupa bawa surat cuti sakit. sepatutnya kena tulis 100x, tapi guru disiplin a.k.a guru kelas I termakan dek kenyitan mata I, sebab tu dia suruh buat 2 pages je. fwew~ lenguh tangan mak tauu.

tapi bila tengok balik semua surat cuti sakit I yang ada dalam file tamat sekolah tu, I yang tergelak sendiri. sebabnya surat-surat sakit tu semua tulisan lain-lain. jelas lagi nyata bahawa I lah ibu kepada diri sendiri sebab I yang tulis surat, I yang sign. tulisan memang berbeza.


tapi kali ni I memang tak tipu. I sakit. ni semua gara-gara PMS yang pertama untuk tahun 2010 ni. bila dah kena PMS, I alah berada di tempat yang sejuk-sejuk. sebab nanti kaki akan terasa sejuk & kurang darah. zzzzzz.

January 11, 2010

Le - Langit

Gambar hiasan: Lot kedai di Subang Bestari


hari ni langit di kawasan kolej nampak cantik. dengan adanya hiasan putih kepunyaan awan. nampak sejuk dan tenang. warna indah yang lahir selepas hujan turun itu memang mendamaikan.

corak kehidupan manusia boleh di katakan hampir sama dengan kitaran alam. hari ini mungkin kita akan menangis dan warna-warna kegelapan menyelebungi kita. esok lusa, mungkin kebahagiaan yang kita temui. dan warna-warna indah mula menceriakan hari-hari yang mendatang.

tapi sayang, I tak ada camera yang bagus untuk mengabdikan ciptaan Tuhan ini. tapi I ada mata untuk melihatnya secara realiti. mungkin kabur sedikit. sebab I rabun.

tapi betul ke esok lusa tu kita akan merasakan hidup yang gembira?

Tahun Baru - Barang Baru

1 Januari 2010. I saja pergi jalan-jalan menghabiskan duit dengan kakak I & Raf dekat the Curve. masa makan dekat the little Penang, Raf muntah banyak. mesti jealous sebab kakak dengan I makan makanan Penang tapi dia kena minum susu cap Isomil je.

sale gila hari tu. rambang mata. nak tu nak ni. ni best yang tu tak best. yang ni lawa yang tu tak lawa. tapi beli yang betul-betul perlu saja. pengguna yang bijak la kata kan. Guess sale sampai 50%. kedai dia kecik, orang ramai. laga-laga punggung saja la dalam kedai tu. I tak masuk. tunggu luar, jaga stroller.

permulaan tahun ni agak happy sikit sebab ada benda yang nak atas dasar "demand" I dah dapat.

senarai demand
1. Nikon
2. kasut sport --- terima kasih Mummy Rai ! (Sketcher - Sogo)
3. rantai
4. cermin mata nerd ---terima kasih Tuk Ramlee ! (Bonia - Dataran Pahlawan, Melaka)
5. laptop lagi satu --- terima kasih Tuk Ramlee ! (Acer ASPIRE 4736G - PC fair JB)
6. teddy bear
7. cardigan
8. purse --- terima kasih Makcik Afeeqa ! (Esprit - the Curve)
9. mp4
10. bf

wah! bf sekarang dah dalam senarai demand. hehe. tapi last sekali la. bagi I bf gf ni dah tak penting sangat dah. kalau ada, ada. kalau tak ada, tak ada. kahwin terus lagi senang. gatal! zzzzz.

selamat tahun baru !

* ibu bagi I pakai cincin berlian dia time nikah dengan ayah. "pakai nie. nanti biar orang fikir kau dah bertunang". ok. ibu dah tutup market I ihihihi.

January 04, 2010

Serangan air mata

pukul 2:24AM. hujan lebat. selebat air mata aku yang mengalir. wtf! kenapa la aku boleh menangis sebab budak perempuan pra-matang nie?

"sebab akak pun kan baru lepas clash"

wtf! hina sangat ke orang yang macam aku nie? yang baru clash nie? apa kaitan aku clash dengan hubungan kau?

arghhhhhh! gila punya budak perempuan. call aku pagi-pagi buta, plus keadaan aku yang tengah pening kepala tu. menyesal aku angkat call kau tau. menyesal juga aku sebab dengar kau menangis sebab lelaki & masalah tu datang sendiri disebabkan kau yang mempunyai rasa cemburu yang menebal. arghhhhhhh! nyah kau jauh-jauh!

nama tak melambangkan peribadi langsung. AYU. ayu sangat ke kau?! aishhhh! marah betul aku.

* bodoh-lah. single pon boleh jadi masalah.
** entri pertama mencarut untuk tahun nie.

January 03, 2010

Teaser


baru je sampai hostel. sepatutnya sampai lagi awal, tapi my abang ipar terlepas tol Nilai daaaaa~ makanya, terpaksa berpatah balik.

percutian yang memenatkan. nasib baik banyak jalan kaki, so makan banyak pun berat tak naik. fwew~ (sampai je hostel terus cari penimbang tuuuu). kepenatan sudah. teaser dulu.

so, mari-mari, teka gambar ni ada di mana. bersama lelaki pula tu ! wow ! dekat hotel tau. wow lagi ! tapi kami bukan-lah di antara 52 pasangan yang di cekup berkhalwat pada malam tahun baru itu ye. lalala~


*kononnya nak update masa malam tahun baru. tapi buat sekerat je entrinya. tak siap pula tu. lalala~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...