suhu di dalam kedai aku dah mencecah -0. sejuk dia boleh buat gigi taring aku ada ais. keadaan suhu ini memaksa aku untuk selalu ke tandas tanpa membayar RM0.30 . motif tak nak bayar? sebab memang tak perlu bayar. noktah.
lepas aku keluar tandas, orang di tandas sebelah pun keluar. tapi cuma anak lelaki dia saja. umurnya mungkin dalam lingkungan 8 - 9 tahun.
ibu: "berdiri dekat luar pintu ni. kaki depan sikit, nanti ibu tak nampak. jangan pergi mana-mana, nanti kena culik."
anak: mengangguk sambil senang diri di depan pintu.
ibu: "ali(bukan nama sebenar), berdiri je depan pintu tu, ok?
anak: "ok."
mungkin ibu ini fobia dengan kes-kes kehilangan budak yang tak di temui & kalau iya pun jumpa, dah meninggal atau di bunuh dengan kejam. manusia zaman sekarang memang zalim. cuba letakkan diri itu sebagai ibu yang memboyot selama 9 bulan, sentiasa berasa loya dan kerap muntah, sakit pinggang, kaki bengkak, bertarung nyawa semasa melahirkan anak.
mereka itu tidak merasa seperti ibu-ibu mengandung ini merasa, sebab itu mereka tidak berperikemanusiaan. aku pun tak pernah merasai semua itu, tapi aku boleh bayangkan. agak takut & kecut. 6 bulan nikah pun belum tentu dah ready nak biarkan sperma suami aku berenang-renang mencari ovum aku. zzzzzz.