* Selamat Hari Raya Aidilfitri
hari ni aku cuti 2 hari berturut-turut. bukan sebab cuti raya. sebab jumaat & sabtu nanti aku kena buat full shift. sungguh bahagianya bila dapat full shift. grrrr.
bila cuti, mesti hati gembira. tapi aku rasa nak menangis! sebab entah ke berapa juta kali agaknya jari kaki aku yang 'bongsu' tu tersepak benda. paling memuaskan hati, hari ni dia test sepak dinding dekat pintu. perghhh! sedap wa cakap sama lu. tempang separuh hari aku tadi.
lepas ni kalau pakai kasut tak muat bahagian depan, sah-sah jari kaki bongsu aku dah membesar tahap maksima. jenis kalau boleh kecut balik tak apa, ni kalau dah bengkak, seumur hidup la bengkaknya.
hurmmm. turun RM1 dah duit hantaran aku.
3 comments:
haha, gambar sungguh epic..
hahaha
haha.. padan muke ko..
cero: kan? saja gatal2 tangan masa tu.
farra: sampai hati ko farra. :(
Post a Comment