selepas 2 hari aku asyik makan ayam, daging, ayam, daging, untuk makan malam hari ini, ibu masak ikan selar kuning masak sambal hijau. aku rasa teruja. sebab itu ikan kegemaran aku.
lepas solat maghrib, aku cepat-cepat ceduk nasi dalam rice cooker dan terus ke meja makan dengan pantasnya.
"ibu, ambilkan ikan 2 ekor. sambal sekali bu, sambal. sambal kicap pun nak juga bu."
kemudian, aku ceduk sayur bayam masak air. marvelous. kuah melimpah ruah ke ladang gandum.
kemudiannya lagi, aku port makan dekat depan tv. aku nak makan nie. aku pun mulakan dengan . . .
"Assalamualaikum"... eh!
apsal aku nie. sepatutnya baca Bismillah, ini tak, bagi salam pula. hehehe.
mabuk lagiiiii, mata pedihhh.
esok dah start kerja. kerja. kerja.
2 comments:
ahahah, bagi salam??
sakit perut aku gelak..
hahahah
hehe. meh sini aku bagi kau minyak yuyie. :P
Post a Comment