August 29, 2012

Setahun


28 Ogos 2012
365 Hari
8,760 Jam

Terima kasih, kerana setia.
Terima kasih, kerana memahami.
Terima kasih, kerana menjadi pendengar yang baik.
Terima kasih, kerana merealisasikan menu yang sentiasa berlegar di kepala.
Terima kasih, kerana memuji masakan saya sedap walaupun selalunya tidak masin.
Dan,
Terima kasih, kerana masih ada lagi cinta untuk disulami.





oh! terjiwang.

August 25, 2012

Bakar duit







Adab Sopan. Baju labuh, kasut terlebih tinggi

aku tahu sekarang musim raya. semua orang datang rumah, sebab nak beraya.
raya raya juga, keselamatan kenalah jaga.
petang tadi, ada seorang lelaki berbaju t-shirt tak smart, seluar banyak kocek (kot), terjenguk depan pagar.
masa tu, ada budak-budak anak jiran datang beraya.
lelaki tu pernah aku nampak. macam jiran aku.
dia terjenguk-jenguk dari luar pagar. bagi salam pun tidak.
dia bagi salam slow sangat ke sampai aku tak dengar? kalau memang aku yang tak dengar, tak salah beri salam sekali lagi kan? LOUDER PLEASE.
aku jengah dari sliding door. dan aku cakap, 

aku: "ye?"
lelaki: "ayah kau ada rumah?"
aku: "ada."
lelaki: "orang datang nak beraya ni. pelik betullah aku dengan orang Ehsan ni. orang datang boleh tanya 'ada apa?'. datang nak beraya lah. kan musim raya ni".

aku pun dengan sengih tersipu-sipu keluar buka pagar. baru lah aku nampak isteri dia disebalik tembok luar rumah. memang sah jiran aku. 

macam mana aku tak tanya "ye?", cara dia berdiri depan rumah, bukan cara orang nak beraya, tapi cara orang datang rumah, ada nak settlekan benda yang tak settle.
habis, dah berdiri sambil tangan tinggi capai pagar, kalau boleh nak sampai hujung pagar atas.
datanglah dengan memberi salam, tangan yang sopan, & memberitahu niat berkunjung.

adab tu, pakcik.

nasib baik ibu cakap mulut pakcik tu memang laser.

aishh.




raya tahun ni, baju panjang menjela. baju beli, sebab tu la. nasib baik ada paku dekat luar pintu bilik. boleh sangkut. kalau tak ronyok balik baju aku tu. tu pun baju recycle dari wedding Zizi. jimat. baju tempah ada lah sehelai. dah koyak tepinya bila si Enon & Apip turun dari riba aku macam gelongsor.
kasut pula, over inci. sendiri yang susah bila nak masuk tempat pemandu. kaki dah terlebih dari steering. 
tak apa lah. janji aku pandang semua orang ke bawah. HAHA!

August 17, 2012

Cara menganyam ketupat bawang

InsyaAllah, esok mungkin puasa terakhir untuk tahun 2012. lusa mungkin dah raya. jadi, sekarang sudah boleh anyam ketupat! :D 
sebenarnya, aku tak reti anyam ketupat. tapi ayah ajar, ketupat bawang lagi! sekali je ayah ajar, aku dah dapat. tahu, sekarang dah moden. tak payah susah-susah anyam ketupat, nasi empit berlambak. tapi tak rasa raya lah kan? 

ok. ikuti langkah-langkah di bawah:-

1)

  • gulung 3x daun ketupat.
  • pastikan, bahagian kepala di lilit bertentangan. contohnya, bila bahagian kepala di tangan kiri berada di bahagian atas, maka, bahagian kepala daun di tangan kanan perlu berada di bahagian bawah. (paham ke tak ni ek).

2)


  • kemudian, selang-seli kan daun ketupat atas bawah atas bawah macam anyam tikar. rasanya masa sekolah dulu pun cikgu dah ajar macam mana nak anyam tikar.
  • ini basic tahu, kalau tak tahu jugak, susah nak teruskan langkah seterusnya.


3)
  • lepas anyam atas bawah atas bawah, dia akan jadi macam ni. ada tiga line.
  • pegang bahagian anyaman yang bawah (seperti di dalam gambar. pegang tangan kiri ye)



4)
  • ambil bahagian ekor yang datang dari kiri, kemudian...


  • anyam berselang-seli dalam arah menurun ke bawah, kemudian...


  • belok, sambungkan anyaman sehingga ekor daun ketupar tadi berada bertentangan dari kedudukannya sebelum ni.
  • ulang langkah yang sama untuk ekor daun ketupat yang berada di sebelah kanan.


5)
  • bahagian ekor tadi akan menjadi seperti gambar di atas.
  • sekarang, yang tinggal hanyalah bahagian kepala daun.


6)





  • ambil kepada daun di bahagian kiri, anyamkan seperti biasa di tengah-tengah antara daun yang korang akan nampak daun tu tak bersilang. itu tak salah ye.. sebab kepala daun ni lah yang akan menyilangkannya.
  • pastikan kepala daun berada bertentangan dengan ekor daun.
  • part ni agak confuse untuk yang baru belajar. 


  • ulang bahagian kepala daun di belah kanan.
  • biasanya, kepala daun tak banyak anyam. atas, bawah. tak pun, bawah, atas.


 7)
  • selepas selesai kepala & ekor menjadi bertentangan, tinggalkan ketatkan saja anyaman daun ketupat ini.


hasilnya!

 bawah

tepi.


selamat mencuba!


selepas habis menganyam ketupat untuk Mummy Eqra, ayah, aizat & aku lawan siapa boleh buat ketupat paling kecik!

ketupat normal, 1st ketupat kecik oleh ayah, aku lawan dengan ketupat yang lagi kecik!

dan, aku cabar lagi diri sendiri membuat ketupat yang laaaaaagi kecik! duit 5sen pun tak boleh masuk..

apa-apa pun, 

selamat hari raya, maaf zahir & batin.

:)

August 06, 2012

Dato' Lee Chong Wei sudah berusaha






kadang-kadang, aku rasa malas nak online facebook, twitter, blog atau apa-apa sahaja saluran maya yang ada. nanti aku sedih.
sebab orang suka cakap tanpa berfikir.
senang saja taip ikut suka hati.
tolonglah, berikan kata-kata semangat pada yang berusaha untuk menaikkan nama negara.

rakyat Malaysia memang kecewa kerana Dato' Lee Chong Wei tidak dapat merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk mendapatkan emas. sedihkan?
tetapi, DLCW sendiri sejuta kali sedih dari kita.

pernah tak korang tonton rancangan Sehari Bersama Dato' Lee Chong Wei di Astro Arena C801?
aku pernah. masa tu, baru lah aku faham perasaan dia, beban yang dia tanggung, dan kesusahan yang dia alami. DLCW cakap, bukan senang untuk menjadi Nombor 1 Dunia. tahu kenapa?

setiap hari, DLCW akan turun ke gelanggang untuk membuat latihan. korang kerja pun ada cuti kan?
sewaktu Tahun Baru Cina, family Dato' plan untuk ke Genting Highland. seperti yang keluarga Dato' rancangkan, mereka pergi ke Genting Highland tetapi Dato' tak sampai, bila call, dia sudah berada di gelanggang. time korang cuti beraya, tiada siapa yang ganggu kan?
apabila Dato' mahu keluar makan bersama keluarga, keluar kereta saja, orang dah serbu minta signature. dekat sejam dua Dato' melayan peminat, akhirnya, beliau balik ke rumah tanpa makan malam. korang boleh je kan pergi makan dengan hati yang senang?
dan, yang paling sedih, apabila abang Dato' menceritakan betapa gementarnya Dato' & betapa beliau merasakan beban di bahu ketika berlangsungnya pertandingan badminton di Singapura. Dato' Lee Chong Wei takut, apabila dia kalah, rakyat Malaysia akan marah pada dia sehinggakan dia menangis ketika membuat panggilan dengan abang beliau.

itu semua pengorbanan & bebanan yang Dato' tanggung selama ini.

jadi, tolonglah. peluh yang keluar dari badan Dato' Lee Chong Wei, tidak terkira untuk kita semua, rakyat Malaysia. kalau kata Dato' Lee Chong Wei tidak hebat, jangan hanya cakap di facebook, twitter atau blog. berdepan lah dengan Dato'. Jadilah lelaki sejati. keputusan di gelanggang akan menentukannya.

ada berani?
.
.
.
tahu dah. kecutkan? :)


Hari Kelahiran Ayah yang ke-51

cerita yang jauh melangkau meninggalkan cerita-cerita yang lain.

OGOS!

bulan OGOS bermaksud, hari kelahiran ayah & ibu.
dan, hari ulang tahun perkenalan Norman & aku. hehe. soon.

memang rai & aku rancang nak beli kek. tapi promoter tak ada! pergi buka dulu. sebelum pekerja Muslim berbuka, baik dia buka dulu. walaupun tak puasa. hehe. 
J Co pun sodap. beli kek nanti membazir, nanti tak habis. ais box (fridge) pun dah fulled bulan-bulan puasa ni. kuih-muih, bubur-bubur yang ibu buat semua simpan dalam ais box. 2-3hari pun belum tentu habis.
Seperti biasa, Domino's pizza dalam senarai makanan wajib ada dalam apa jua party kecil-kecilan. Thanks for the free Breadstix ya Domino's! xoxo

dan,
untuk ayah,


selamat hari lahir yang ke-51. semoga ayah di panjangkan umur, dimurahkan rezeki,& kekal muda (jalan dengan ayah masa dekat Korea, orang fikir ayah ni suami aku. HAHA!).  wiwie juga doakan semoga semua urusan ayah di dunia & di akhirat berjalan dengan lancar. walau apa pun cita-cita dan impian ayah pada waktu sekarang ini, jangan berhenti untuk mengejarnya. so ayah, fighting !

kepada sesiapa yang wish di facebook, terima kasih ya. ayah dah baca sendiri. dah siap sengih-sengih dah. haaaa. ada harapan la tu tak dapat duit raya. haha! dah besar kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...