August 06, 2012

Dato' Lee Chong Wei sudah berusaha






kadang-kadang, aku rasa malas nak online facebook, twitter, blog atau apa-apa sahaja saluran maya yang ada. nanti aku sedih.
sebab orang suka cakap tanpa berfikir.
senang saja taip ikut suka hati.
tolonglah, berikan kata-kata semangat pada yang berusaha untuk menaikkan nama negara.

rakyat Malaysia memang kecewa kerana Dato' Lee Chong Wei tidak dapat merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk mendapatkan emas. sedihkan?
tetapi, DLCW sendiri sejuta kali sedih dari kita.

pernah tak korang tonton rancangan Sehari Bersama Dato' Lee Chong Wei di Astro Arena C801?
aku pernah. masa tu, baru lah aku faham perasaan dia, beban yang dia tanggung, dan kesusahan yang dia alami. DLCW cakap, bukan senang untuk menjadi Nombor 1 Dunia. tahu kenapa?

setiap hari, DLCW akan turun ke gelanggang untuk membuat latihan. korang kerja pun ada cuti kan?
sewaktu Tahun Baru Cina, family Dato' plan untuk ke Genting Highland. seperti yang keluarga Dato' rancangkan, mereka pergi ke Genting Highland tetapi Dato' tak sampai, bila call, dia sudah berada di gelanggang. time korang cuti beraya, tiada siapa yang ganggu kan?
apabila Dato' mahu keluar makan bersama keluarga, keluar kereta saja, orang dah serbu minta signature. dekat sejam dua Dato' melayan peminat, akhirnya, beliau balik ke rumah tanpa makan malam. korang boleh je kan pergi makan dengan hati yang senang?
dan, yang paling sedih, apabila abang Dato' menceritakan betapa gementarnya Dato' & betapa beliau merasakan beban di bahu ketika berlangsungnya pertandingan badminton di Singapura. Dato' Lee Chong Wei takut, apabila dia kalah, rakyat Malaysia akan marah pada dia sehinggakan dia menangis ketika membuat panggilan dengan abang beliau.

itu semua pengorbanan & bebanan yang Dato' tanggung selama ini.

jadi, tolonglah. peluh yang keluar dari badan Dato' Lee Chong Wei, tidak terkira untuk kita semua, rakyat Malaysia. kalau kata Dato' Lee Chong Wei tidak hebat, jangan hanya cakap di facebook, twitter atau blog. berdepan lah dengan Dato'. Jadilah lelaki sejati. keputusan di gelanggang akan menentukannya.

ada berani?
.
.
.
tahu dah. kecutkan? :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...