August 17, 2012

Cara menganyam ketupat bawang

InsyaAllah, esok mungkin puasa terakhir untuk tahun 2012. lusa mungkin dah raya. jadi, sekarang sudah boleh anyam ketupat! :D 
sebenarnya, aku tak reti anyam ketupat. tapi ayah ajar, ketupat bawang lagi! sekali je ayah ajar, aku dah dapat. tahu, sekarang dah moden. tak payah susah-susah anyam ketupat, nasi empit berlambak. tapi tak rasa raya lah kan? 

ok. ikuti langkah-langkah di bawah:-

1)

  • gulung 3x daun ketupat.
  • pastikan, bahagian kepala di lilit bertentangan. contohnya, bila bahagian kepala di tangan kiri berada di bahagian atas, maka, bahagian kepala daun di tangan kanan perlu berada di bahagian bawah. (paham ke tak ni ek).

2)


  • kemudian, selang-seli kan daun ketupat atas bawah atas bawah macam anyam tikar. rasanya masa sekolah dulu pun cikgu dah ajar macam mana nak anyam tikar.
  • ini basic tahu, kalau tak tahu jugak, susah nak teruskan langkah seterusnya.


3)
  • lepas anyam atas bawah atas bawah, dia akan jadi macam ni. ada tiga line.
  • pegang bahagian anyaman yang bawah (seperti di dalam gambar. pegang tangan kiri ye)



4)
  • ambil bahagian ekor yang datang dari kiri, kemudian...


  • anyam berselang-seli dalam arah menurun ke bawah, kemudian...


  • belok, sambungkan anyaman sehingga ekor daun ketupar tadi berada bertentangan dari kedudukannya sebelum ni.
  • ulang langkah yang sama untuk ekor daun ketupat yang berada di sebelah kanan.


5)
  • bahagian ekor tadi akan menjadi seperti gambar di atas.
  • sekarang, yang tinggal hanyalah bahagian kepala daun.


6)





  • ambil kepada daun di bahagian kiri, anyamkan seperti biasa di tengah-tengah antara daun yang korang akan nampak daun tu tak bersilang. itu tak salah ye.. sebab kepala daun ni lah yang akan menyilangkannya.
  • pastikan kepala daun berada bertentangan dengan ekor daun.
  • part ni agak confuse untuk yang baru belajar. 


  • ulang bahagian kepala daun di belah kanan.
  • biasanya, kepala daun tak banyak anyam. atas, bawah. tak pun, bawah, atas.


 7)
  • selepas selesai kepala & ekor menjadi bertentangan, tinggalkan ketatkan saja anyaman daun ketupat ini.


hasilnya!

 bawah

tepi.


selamat mencuba!


selepas habis menganyam ketupat untuk Mummy Eqra, ayah, aizat & aku lawan siapa boleh buat ketupat paling kecik!

ketupat normal, 1st ketupat kecik oleh ayah, aku lawan dengan ketupat yang lagi kecik!

dan, aku cabar lagi diri sendiri membuat ketupat yang laaaaaagi kecik! duit 5sen pun tak boleh masuk..

apa-apa pun, 

selamat hari raya, maaf zahir & batin.

:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...