June 12, 2009

Room service.

Room service! Knock! Knock! Knock!

Eeeyuw! Siapa lah gerangan manusia yang amat ganas tidur atas katil nie? oh! dia tak ganas, cuma cadar tu yang kecik sikit, sebab tu dia mudah tercabut.


Wajib ada ye benda-benda di bawah katil. Kalau tidak ianya tidak sempurna. Kebiasaannya semua makanan yang sudah habis, sedang-sedang nak habis atau air yang dielakkan daripada tersepak.


Di sudut yang lain, snacks dari hamper yang kitorang menang quiz Marketing Intelligence amat la tak dihiraukan. Ater kitorang sibuk menyiapkan assignment Management Accounting. Kalau mama tawu mesti dia kecewa sebab penat-penat dia pack hamper tu, kitorang buka terus tolak ke tepi je semua snacks tu. Heeeee.


Bawah meja pula, serpihan-serpihan belon yang sudah meletup kelihatan belum bersapu. Pepsi Twist yang Wan beli masa birthday Linda baru habis malam tadi. Dalam cawan tu masih tinggal lagi sikit. Mungkin Pnut sayang nak habiskan sebab bf dia yang beli air tu kan. Hehe.


oh! Sahabat aku berdua nie memang suka sedekah makanan pada semut. Mereka amat bermurah hati untuk menyumbang makanan kepada si semut 'api'. Kalau semut biasa aku ok la lagi. Tapi belum sempat semut membuka selera dengan lolipop yang dapat dari hamper juga nie, aku dah angkut letak dalam ice-box.


Lagi satu sudut yang perlu di tinjau apabila ingin mengemas bilik. Jendela yang mengadap blok pelajar Nigel juga tempat istimewa untuk meletakkan sesuatu barang. Biasanya air tin, botol KungFu Panda kesayangan aku & cawan-cawan. Setakat nie belum try letak pinggan lagi. Heeee.


Waaaaaa! aku baru perasan yang dalam box cenderahati masa class party tu cuma tinggal gula-gula sebiji je. Bubblegum yang dalam kotak, harga cuma 10 sen (harga dulu la. sekarang tak tahu.) tu pun dah kena rembat. Dah lama tak makan plus jumpa bubblegum tu kat mana-mana kedai. So, niat hati baru nak try menikmati rasa bubblegum perisa anggur tu masih macam dulu lagi atau tak. Suspek utama dalam kes ini, Linda!!!!


Settle semuanya, dengan rakusnya pergi dapur isi air panas dalam maggi nie. Perisa Ayam Cendawan yang kadang-kadang terasa macam gigit halia. Upss! Kalau lepas nie aku terkentut-kentut harap maaf ya teddy bear. Memang kau lah sasaran panahan pelepasan angin yang berkualiti itu. Hehe. Kita kan duduk berdua je dalam bilik nie, makanya, apa-apa pun hanya kau je yang tahu. Heeeee.


* ini semua situasi bilik selepas siap satu assignment.

**nasib baik ibu jenis tak layan internet. kalau dia jumpa blog aku dan baca entri nie, mesti dia rasa cam gampang je sebab aku rajin kemas bilik hostel dari kemas bilik dekat JB. Anak jantan ibu selalu buat sepah, tuh yang malas tuh.

***psssst! tadi kitorang submit assignment dengan tak menyempat nak mandi. hihi. tapi lalat tak ada follow ok.

June 10, 2009

Selamat Ulang Tahun yg ke-20, Bullat!!!

Mumy dan daddy sedang cari party cap untuk anak-anak mereka. Yeay!


Buka lampu.


Tutup lampu.


Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Linda comel, Allah selamatkan kamu. . . . Yeaah! *clap2! Preeet! Preeeet! Preeet! Pom! Pang! Pom! ok, itu je sound yang ada pada malam 10 Jun 2009. Heeee. :)

Kitorang decide beli kek ice-cream coklat. Malam tu makan, malam tu juga habis. Hihi. Biasanya mesti kek tak habis makan kalau untuk 4 orang punya tekak. Tapi bila ada ice-cream. . . . tak sempat nak potong pakai pisau, terus sauk pakai sudu.

Linda tak kena baling tepung plus telur sebab buat dalam rumah aku kan. Nanti bersepah malas nak kemas. Makanya, kami cuma spray dia saja! Hehe. Tapi aku jadi mangsa spray oleh Pnut & Wan. Huhu. Habis rambut aku yang baru cuci nie. Tapi tak apa. Malam tadi memang syok!

Well, birthday girl memang tak akan terlepas dari kena prank. Prank for today, tiup lilin sampai semput! Haha! We used magic candle. Tiup! Tiup! Padam hidup balik, padam hidup balik. Orang semua dah gelak gila-gila nie, tapi dia tetap maintain kumpul angin dalam perut nak kasi padam gak. Dah lebih sepuluh kali kot dia cuba jaya. Bila kitorang buka kipas baru lilin tu padam tak hidup-hidup.


Saja je main lilin tu lagi. Sebenarnya masa nak cucuk semula lilin nie, aku tersalah cucuk. Aku pergi cucuk sumbu lilin tu kat kek. Heeee. Apa lagi, saya pun gelak besar dengan mereka.
*baca macam iklan pepsodent.



Nice face painting. Haha! Ups! Poster Siti. Hehe. Aku peminat tegar Siti. Macam Edan Coba. Hehe. Agnes dengan D saja je tampak sekali, malas nak potong.


Belon besar, belon kecik.

Penat tau ikat belon-belon nie semua. Tapi nasib baik aku tak payah guna angin aku sendiri untuk kasi angin masuk dalam ini belon. Nak tahu caranya???


Gunalah pam tilam angin aku nie!!! Hehe. Amat berguna untuk isi angin dekat belon ayng berkulit tebal. Belon kecik pun pakai pam juga, pam bola. Senang hidup kan? Hehe. Bijak! Bijak!
Oh! Ya! Memang aku berkhidmat untuk negara malam tu.





All the stuff yang lagi memeriahkan party malam tu. Belon asik pecah. Bingit wo telinga. Manyak kuat marr letupannya. Sampai terberak-berak cicak dalam bilik aku nie bila dengar belon meletup. Bilik aku disapu bersih oleh Linda lepas habis party. Sementara dia menyapu, kitorang terlentang kat hall. Penat marr.



Mesej untuk Bullat dari Bobot dan Baby.


Bobot: happy beday linda..semoga pnjg um0 n mrh rzeki slalu..may ALLAH bless u k..b a more bullat...sweet 20 (copy je dari Facebook. hehe.)


Baby: Lat, selamat ulang tahun sayanggggg *lagu Imran Ajmain. Hihi. Untuk yang ke berapa kali entah wie wish nie. Apa-apa pun wie hope Linda sentiasa sihat dan kuat, murah rezeki, dipanjangkan umur, dijodohkan dengan '7 tahun' dan insyaALLAH di buka pintu hati untuk berhenti tuttttt ye Lat. Hehe.


*adegan kelakar adalah masa kelam kabut nak hidupkan lilin.

**tidur tilam angin yang lembik. sorang angkat kepala, semua terjaga. haha!

***mamat-mamat bertebeng tepi longkang dekat dengan burger belakang telah mendendangkan aku lagu Wira Wirawati semasa aku membuat lintas hormat secara langsung untuk ke kedai runcit belakang. terima kasih ye anak-anak.

June 04, 2009

Welcome Home W380i

Hp sony ericsson ini sudah pulang ke pangkuan Tuannya semula!!! ;)


Aku sangat gembira, sangat teruja dan sangat-sangat yang lain. Sangat rindu hokeh dengan hp nie. Nie lah hp yang aku review dari internet lepas tu tunggu sampai la dia keluar dekat pasaran. Masa beli dekat The Gardens, kedai sony ericsson tu tak ada hp nie yang colour purple punya. Tapi aku tetap nak colour purple juga, so orang tu kena pergi mana tah ambil colour purple punya.

Tapi malangnya, baru empat bulan aku pakai, hp nie dah kena curi masa aku tengah tunggu train dekat Mid Valley. Nasib aku sungguh baik sebab masa member aku try call number aku, polis yang angkat. Polis dah tangkap pencuri tu. Hal nie berlaku 19 oktober 2008. Jangan marah kalau aku benci 19 oktober sebab aku sangat benci dengan tarikh tu. 19 oktober tak akan wujud lagi dalam kamus hidup aku.

Kes hp aku nie dah jadi kes polis. Sangat penat aku tunggu kes nie selesai. Banyak kredit aku habis semata-mata call balai polis tiap-tiap bulan sampai lah polis yang handle aku nie tukar tempat bertugas. Masa tu aku dah rasa give up. Aku terus stop untuk call balai polis lagi.

21 Mei 2009, jam 2.35 petang. Hp nokia aku vibrate. Ada miscall dan mesej. Tengok miscall number tu, tak kenal. Aku buka mesej pula.

Nur afeeqa bt ramlee. Call smula. Mgenai h.phone sony ericson. Tq

Waaaaaaaaaaaaaah! Time tu memang aku tak tahu nak cakap macam mana. On the spot aku terus call polis tu balik. Alhamdulillah, sekarang hp tu dah berada di depan mata aku setiap masa. Paling bersyukur sebab hp tu still boleh diguna lagi. Orang kata kalau benda dah jadi bahan bukti polis memang dorang tak jaga elok-elok dan mungkin akan rosak. Tapi hp aku calar pun tak. Thankz ya Inspektor Zul sebab dah tunaikan janji supaya jaga hp saya elok-elok.

Dalam kes nie, Bob yang banyak membantu aku. Dia yang selalu ulang alik pergi balai semata-mata untuk follow up kes hp aku nie. Kalau dia tak sempat, dia akan suruh member dia yang pergi check kes aku nie. Bob juga yang ambilkan hp aku dekat Balai Polis Traves. Lepas tu baru lah hp tu sampai ke tangan aku masa aku datang KLCC tuari. TQ so much Bob. Jasa mu ku kenang sampai bila-bila.




*masa pergi KLCC, Sis Anne ada bagi barang. Ole-ole dari S'pore. Thankz ya Sis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...