September 30, 2010

9 bulan di kendung, sayangnya bawa ke mati

suhu di dalam kedai aku dah mencecah -0. sejuk dia boleh buat gigi taring aku ada ais. keadaan suhu ini memaksa aku untuk selalu ke tandas tanpa membayar RM0.30 . motif tak nak bayar? sebab memang tak perlu bayar. noktah.

lepas aku keluar tandas, orang di tandas sebelah pun keluar. tapi cuma anak lelaki dia saja. umurnya mungkin dalam lingkungan 8 - 9 tahun. 

ibu: "berdiri dekat luar pintu ni. kaki depan sikit, nanti ibu tak nampak. jangan pergi mana-mana, nanti kena culik."
anak: mengangguk sambil senang diri di depan pintu.
ibu: "ali(bukan nama sebenar), berdiri je depan pintu tu, ok?
anak: "ok." 

mungkin ibu ini fobia dengan kes-kes kehilangan budak yang tak di temui & kalau iya pun jumpa, dah meninggal atau di bunuh dengan kejam. manusia zaman sekarang memang zalim. cuba letakkan diri itu sebagai ibu yang memboyot selama 9 bulan, sentiasa berasa loya dan kerap muntah, sakit pinggang, kaki bengkak, bertarung nyawa semasa melahirkan anak. 

mereka itu tidak merasa seperti ibu-ibu mengandung ini merasa, sebab itu mereka tidak berperikemanusiaan. aku pun tak pernah merasai semua itu, tapi aku boleh bayangkan. agak takut & kecut. 6 bulan nikah pun belum tentu dah ready nak biarkan sperma suami aku berenang-renang mencari ovum aku. zzzzzz.

September 28, 2010

Kerinduan

time muda belia.

time tua. *tak tua sangat.

dah lama tak jumpa mereka bertiga. ahad malam isnin yang lepas, sempat juga aku pergi open shop Pnut. memang tak dapat la nak pakai baju kurung. aku tak larat nak iron baju sebab baru balik kerja. sebenarnya sebab baju raya sehelai je tahun ni, so malas nak pakai baju yang sama.

kawan-kawan, kalau rindu nanti tengok la gambar kita masa muda-muda tu yer. tak sabar nak jumpa korang, lepak-lepak, borak-borak, bora ombak. zzzz.

jumpa korang time konvo nanti ya !

September 21, 2010

Jari kaki 'bongsu'

* Selamat Hari Raya Aidilfitri


hari ni aku cuti 2 hari berturut-turut. bukan sebab cuti raya. sebab jumaat & sabtu nanti aku kena buat full shift. sungguh bahagianya bila dapat full shift. grrrr.

bila cuti, mesti hati gembira. tapi aku rasa nak menangis! sebab entah ke berapa juta kali agaknya jari kaki aku yang 'bongsu' tu tersepak benda. paling memuaskan hati, hari ni dia test sepak dinding dekat pintu. perghhh! sedap wa cakap sama lu. tempang separuh hari aku tadi.

lepas ni kalau pakai kasut tak muat bahagian depan, sah-sah jari kaki bongsu aku dah membesar tahap maksima. jenis kalau boleh kecut balik tak apa, ni kalau dah bengkak, seumur hidup la bengkaknya.

hurmmm. turun RM1 dah duit hantaran aku.

September 12, 2010

tersasul


selepas 2 hari aku asyik makan ayam, daging, ayam, daging, untuk makan malam hari ini, ibu masak ikan selar kuning masak sambal hijau. aku rasa teruja. sebab itu ikan kegemaran aku.

lepas solat maghrib, aku cepat-cepat ceduk nasi dalam rice cooker dan terus ke meja makan dengan pantasnya.

"ibu, ambilkan ikan 2 ekor. sambal sekali bu, sambal. sambal kicap pun nak juga bu."

kemudian, aku ceduk sayur bayam masak air. marvelous. kuah melimpah ruah ke ladang gandum.
kemudiannya lagi, aku port makan dekat depan tv. aku nak makan nie. aku pun mulakan dengan . . . 

"Assalamualaikum"... eh!

apsal aku nie. sepatutnya baca Bismillah, ini tak, bagi salam pula. hehehe. 
mabuk lagiiiii, mata pedihhh.

esok dah start kerja. kerja. kerja.

September 08, 2010

Biskut kipas ibu sedap

aku nak update blog. 
semangat ni. berkobar gila.
tapi, esok aku kerja FULL shift. bukan sehari, tapi straight 2 hari.
lepas tu baru aku cuti 3 hari sempena Hari Raya Aidilfitri.


oleh itu,


*gambar raya tahun lepas.


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di dunia ini.


sempena bulan baik hari baik ini, saya ingin memberitahu anda semua yang saya baru kerja sebulan. ehem ! ucapan ini ada makna yer uncle-uncle & auntie-auntie yang saya kasihi. haha. eden bergurauuu. :)

lagi satu, tajuk di atas ada kena mengena dengan entri kali ini yer. motif tajuk, biskut kipas yang ibu buat memang sedap. dah setengah balang aku habiskan. haha! bukan resipi turun temurun, tapi resepi turun dari buku resipi.

sekian. zzzz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...