March 30, 2011

Sijag

Salam. Hi MMF.
masa ni mungkin aku masih lagi dalam perjalanan ke LCCT.
dan akan berangkat ke Seoul pada jam 1:45pm, InsyaAllah.
aku cuma akan berada di Seoul pada 30 March & 4 April sahaja.
hari lain, kami akan berada di lokasi festival layang-layang itu berlangsung.
aku sendiri tak pasti nama tempat tu.
yang pasti nanti kitorang akan tiba di Incheon International Airport.
doa kan ayah & aku selamat pergi dan pulang, alrasso?
dan yang tersangat penting, ermm . . . . . . supaya tak ada halangan untuk aku ke sana.
gamsahabnida.
sarangheyo ♥
*ah! 2 perkataan tu je yang aku faham. haha!*


p/s: tak tau lah ada ole-ole ke tak. sebab yang pergi ni ialah penganggur terhormat. haha!

*sijag = start, mula

Wordless Wednesday #3

March 29, 2011

susah susah

aku rasa, drama Melayu sekarang perlu lebihkan cerita berunsur, sebuah keluarga yang hidup senang, mempunyai anak yang pandai berdikari dan boleh mencari duit sendiri tanpa bergantung hidup dengan kesenangan yang dimiliki oleh keluarganya. 

dan kurang-kurangkan lah drama Melayu yang keluarga kaya memanjakan anak mereka, petik jari terus ada depan mata seperti,

si daddy: "baby, pejam mata. cuba tengok apa yang ada dekat luar tu"
si baby: "wahhh! suzuki swift!!! oh daddy, i love you soooooo much!"


sebab tak semua rakyat Malaysia pandai membezakan yang mana satu lakonan, yang mana satu realiti.
dunia nyata tak sesenang itu sayangggg. kalau kita hidup susah, berusaha lebih gigih untuk keluar dari kepompong kesusahan itu. jangan doq sedap mulut nganga, tunggu orang suapkan.

ah! sudah lah. hati aku tengah kecewa habis dah ni. 

March 25, 2011

stunt kite



petang hari ini bermula dengan Rafif yang mengetuk pintu bilik aku, suruh turun, sebab nak ajak main kite.


hari ni angin memang kuat gila. sampai pintu yang dah tertutup rapat pun boleh berbunyi macam ada orang yang ketuk. *kalau malam confirm takut* . so abang nak main stunt kite yang ayah beli masa pergi China tuari.




Rafif memang rajin tolong naikkan stunt kite ni. bersemangat waja.


tapi sekejap je. lepas tu terus pergi main taman, dan melihat perkembangan pokok-pokok yang ada dekat taman tu.



tak lama lepas tu, ibu bawa keluar layang-layang biasa sebabnya, stunt kita yang abang main tak boleh naik. siap tali putus lagi kooooo.


rafif: nana, jom la kita baring-baring dekat taman ni. baru lah bau-bau Hindustan.
nana: tengkorak ko!


nana: aii apip, mampu cangkung je ke? haha!
rafif: siot! tunggu la nanti.


akhirnya, stunt kite berada di udara juga.


dan turun mencari mangsa. 

stunt kite: maydey, maydey. sasaran di kenal pasti. seorang ibu yang memakai baju tidur.
ibu: rafiffff, lari!!!! selamatkan diri!!!

haha! sudah lah wiwie. ibu pun kau nak jadikan mangsa.


ok. rafif dah penat. ajak balik dan minta susu. nampak jari rafif tu? cuba teka tu simbol apa. cer teka cer teka cer teka. :)


anak cino: panas-panas macam ni nak main layang-layang. makan jajan bawah pokok lagi sedap. *cakap dalam hati*


keluar balik. bawa rafif main taman pulak. tapi sekejap je sebab ibu dah sakit-sakit badan.


rafif: nana! stay situ. jom lompat!
nana: eh! tak ready lagi lah.


rafif: haii nana. berat lah tu sampai tak terlompat. *sambil memandang sinis*
nana: saja nak kasi muka masuk frame. one more la kalau bran.


nana: hahhh, kenapa tak lompat? lambat masuk gear ke? *kan muka dah terkeluar dari frame*
rafif: ermm. haah kot. pampers dah berat lah nana. grrr


disebabkan rasa malu dan tak puas hati, rafif pergi semula ke "bonggol" untuk membuat latihan amali lompatan sampai berjaya.


masa untuk kemas balik stunt kita merah. nampak si kenit yang dah terteleng-teleng tu? motip utama nak buat main kayu kat tepi dinding tu. huh! memang tak dapat jepppp!

sekian saja entri mengenai stunt kite.
entri layang-layang BESAR, menyusul pada bulan hadapan.

annyeong! :)

March 23, 2011

perkahwinan bukan permainan




tahniah sekali lagi untuk Hidayah & Hafiz. selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia ke anak cucu.
ini entri pertama pasal wedding kawan aku sebab ini lah pertama kali wedding kawan aku yang aku pergi. sebabnya, pertama, sebelum-sebelum ni, ramai kawan kahwin masa aku study, di mana masa itu aku berada di Negeri Sembilan. kedua, aku kerja shift masa tu. ketiga, bertembung dengan planned yang lebih awal di buat bersama keluarga. ke-empat, ermm, dah tak ada alasan. insyaAllah, kalau di jemput, akan ku bertandang. aiceceh!

soalan,

A: "wie, bila kau nak ada pakwe? nanti boleh beli benda ni, cuteeeeee"
B: "wiee, bila kau nak ada pakwe ni haa?"
C: "wieee, dengar cerita tahun depan nak tunang?"

jawapannya,


merengek! haha. berzaman woo. makan tahun aku rasa. entah-entah, zaman orang dah pakai robot untuk di jadikan maid pun aku belum kahwin lagi. lagi pun, tak kan aku nak serkap jarang je kan?
kahwin tu hal serious. sangat serious. *konon.*
sesiapa yang lebih muda dari aku, jangan segan-segan. kahwin lah dulu yer. 
terima kasih.
kahwin jemput-lah ye. kalau sudi menjemput, hantar kad kahwin dekat rumah.
jangan-lah moden sangat sampai invite pun dalam alam maya.
i rasa macam mimpi pula nanti. betul ke i di invite? eh betul ke? atau, ajak-ajak ayam kah mereka itu?
bukan apa. i pernah dapat respond dari kawan yang lain, "eh segan laa. dia invite aku ke? dia tak tagged aku pon."
haaaa. sapo nak jawab tu haa.
yang dah lepas tu, boleh di maafkan. yang bakal menyusul tu, faham-faham lah ye.

renung-renungkan, dan selamat mendirikan masjid !

March 21, 2011

telinga Rafif terbelah

seluruh anggota badan aku tak boleh terlanggar, tersadung, tersepak atau apa-apa aje lah benda yang keras. mesti lebam. sakit dia jangan cakap lah.
ok. tu tadi situasi orang tua. bayangkan pula bila budak kecik yang kena?
ini lah hasilnya,


malam tadi, ibu ayah, Rai & aku tengah menjamah kek birthday Dina. Rafif pun merasa la jugak. lepas tu dia berlari ke depan. tiba-tiba, tengok dia jatuh terbaring sebab langgar kerusi. ingat macam biasa je la. sebab dekat rumah memang dah selalu sangat dah dengar bunyi dung dang sana sini, sebab dia jalan ke lari ke memang mudah jatuh. tapi tadi, bila Rai angkat Rafif yang dah terbaring tepi kerusi, tengok-tengok telinga dah berdarah. ahh sudah. ibu je la yang boleh handle. mummy & makcik penakut darah. pula nya telinga Rafif dah terbelah. lagi lah gabra.


otw ke klinik.

mula-mula nampak macam ok. tapi darah tak berhenti, so kena bawa pergi klinik. pulak nya time tu aku tengah buat treatment rambut sendiri dekat rumah (credit to Izzaty), so aku cuci rambut ala kadar je.



bila sampai klinik, Rafif kurang sikit menangis. tapi still cakap sakit sakit.
bila dah masuk bilik doktor, haaaa sambung balik menangis. doktor kata kena jahit. so kena pergi bilik belakang. bila Rafif nampak nurse siapkan katil, terus menangis lagi kuat & cakap takut. 

wuiii Rafif. Nana mung ni dah la takut tengok darah. tapi disebabkan mung, Nana kuatkan semangat juga tau. sebelum jahit, Rafif kena bius dulu. wuiiii, nampak macam sakit. ngeri je tengok jarum yang cucuk dekat telinga tempat terbelah tu. sejuk lutut.

first time Nana tengok 'orang jahit orang' depan mata Pip oiii. punya lah nak elak kepala bocor bila mandi, takut-takut terikut sejarah mummy nya, berjahit kepala kena kepala paip, sekali awak pun kena jahit jugak daaaa. nasib baik 2 jahitan je.


lepas 2 hari, kena datang balik Klinik Pertama sebab nak buka jahitan tu. telinga Rafif tak boleh kena air. kalau terkena air, cepat-cepat pergi klinik. so, semua orang kena beware dengan telinga Rafif.


lepas dah habis jahit telinga, Rafif asyik cakap sakit sambil pegang-pegang badan dia. terus bawa masuk bilik doktor semula. syukur, lepas scan doktor kata tak ada apa-apa, sebab bukan dekat bahagian tulang rusuk. 


upah untuk Rafif. Atok belikan air kotak, tapi yang kotak kecik je la. hehe.
bila sampai rumah, tengok ibu dah alih posisi kerusi yang telah terbelahkan telinga Rafif. haha. terror lah ibu.


haha. padan muka dah berbalut. kan dah terpinggir dengan rakan-rakan.


ibu bukan balut satu je, tapi semua.


sampai rumah terus tidur. mungkin penat menangis masa tengah jahit telinga tu agaknya. sampai bertakung air mata Rafif dekat getah yang ada atas katil tu haa.

so sekarang cuma harap-harapnya telinga Rafif boleh bercantum dengan baik. sebab telinga dia terbelah sampai ke tulang rawan. doktor kata, kalau tulang tu tak tercantum, ermm nampak gayanya jatuh sikit lah saham Rafif. ok, tu ayat Nana. ayat doktor, takut sumpik telinganya nanti.

kita tak tahu apa akan terjadi seterusnya. cuma berdoa sajalah pada yang Maha Kuasa. amin.

get well soon, baby girl. eh, boy. 

♥ from Nana.

March 18, 2011

nagging

sedih.
sumpah sedih.
ya. aku seorang kakak yang suka membebel. suka marah.
tapi aku tak rasa mereka ambil itu semua untuk kebaikan mereka.
bila aku cakap, respond dorang, MENGELUH!
mengeluh dengan kuat.
kecik hati.

ingat. walaupun kakak awak ni muda, ajal menjemput tidak kira waktu.
jangan menyesal kalau tak sempat minta maaf nanti.
walaupun awak buat akak macam tu, akak akan sentiasa memaafkan awak.
buka mata luas-luas, pandang sekeliling, dan ambil iktibar dari setiap benda yang berlaku.

remember.
sometimes you can make a jokes with me and sometimes you need to listen to me.

March 17, 2011

belasungkawa Zurina Kalthum




2005, tingkatan 4 PKA 1, SM Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru

"hai ! nama siapa?"
"hai ! zurina. awak?"
"afeeqa. panggil je wiwie"

cerita punya cerita, kitorang satu kelas. kebetulan dia duduk Johor Jaya, dekat sangat dengan rumah aku masa tu, Desa Jaya.

"ina, nanti kita duduk sama nak?"
"alaaa, dia dah cakap dulu" aku lupa siapa, tapi yang semestinya bukan aku. so, aku end up duduk dengan Fazreen binti Mokhtar Zahid. :)


2006, tingkatan 5 PKA 1, SM Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru

kalau tak silap aku, awal 2005, aku plan nak jadi outsider. sebab, warden dah tukar. aku bagitau Zurina minta pendapat sebab dia pun outsider & rumah kitorang lepas kurang sama je jarak nak ke sekolah.

"ina, aku nak duduk luar la"
"haaa! jom la. nanti kita boleh pergi sekolah sama-sama"
"haaaa, kan? tak apa. nanti aku fikirkan"
"jom la wie, jom laaaaaaaa"

ok. entah bulan berapa, aku dah jadi outsider. yeayyy!
mula-mula, perkara ni sangat susah untuk aku. seawal jam 5 pagi, aku dah kena bersiap. jam 6 pagi, dah kena gerak pergi bustop. masa mula-mula aku jadi outsider, aku selalu pergi dengan Raja Mohd Faridul Hakim. lepas tu, aku start pergi sekolah dengan Ina pula.

biasanya, tiap-tiap pagi waktu sekolah, ayah & ayah Ina akan bergilir-gilir hantar kitorang ke bustop. kalau ayah Ina keluar kerja awal, ayah Ina akan jemput aku dekat rumah (Ehsan Jaya), dan hantar kitorang dekat bustop yang berdekatan. kalau tak, ayah aku pula yang akan jemput Ina dekat rumah, dan hantar kitorang pergi bustop.

so, semenjak tahun 2005 ni, aku semakin rapat dengan dia. biasanya kitorang akan bersama sebelum matahari terbit dan hanya akan bersurai bila mana matahari akan terbenam. kitorang jadi otai toilet level 2, sebab kelas kitorang sebelah toilet. bila aku dating, Ina rilex je teman aku dating, bertikam lidah dengan bf (waktu tu lah) aku, aku cuma ketawa, sebab perangai dia memang macam tu.

dia cool. dia selalu ikutkan je apa yang aku nak. kalau aku kata nak balik ambil bus dekat City Square, sedangkan bf dia waktu tu, Eddy, nak ambil bus dekat Depoh je, dia sanggup beta dengan Eddy dan sokong pendapat aku. haha. dah semestinya kitorang menang. 

haha! sekarang, aku teringat time kita tunggu bus dekat Shell untuk ke bandar. bus kat situ selalu penuh. tapi kitorang tetap berasak-asak untuk memuatkan diri dalam bus. haha. dan yang paling kelakar, bila bus penuh, Botak nak juga masuk bus, last-last beg dia tersangkut dekat pintu bus. gelak besar kita time tu kan Ina? oh ya! kadang-kadang kitorang lepak CS tak tentu hala semata nak balik saing Emy, abang Ina. dan semestinya Emy jadi bahan umpatan dalam bus bila dia tengah tidur. hehe.

satu hari, masa waktu exam, pencil case aku tertinggal. aku bagitau Ina.

"ina, aku lupa bawak pencil box!" :(
"nah! ko pakai pencil aku ni. ni pencil bawa tuah aku tau. nanti mesti ko senang nak jawab nanti"
"hehe. thank you Ina!"
"hehe. ur'welcome"

tau tak Ina, sampai aku sambung belajar dekat kolej, aku masih pakai pencil kau masa exam. sebab aku rasa macam spirit kau ada dalam pencil tu. maaf, sebab aku lupa pulangkan pencil tu dekat kau. dan maafkan aku lagi, sebab pencil tu entah ke mana pulak lepas aku habis study ni. :'(


2007, City Square


Ina, kau ingat tak lagi baju ni? baju ni aku beli masa kita pergi CS. kalau tak silap, sebelum aku pergi PLKN atau selepas balik dari PLKN. kau kata, baju ni lawa, so, aku pun beli sebab kau suka. sampai sekarang aku masih simpan baju ni, Ina.

April 2007, sebulan selepas aku habis PLKN, aku sambung belajar dekat kolej. kau tau tak Ina, masa aku ketuk pintu housemate aku, dia tengah mandi, so dia jengulkan muka dekat pintu je. terperanjat aku sebab muka dia iras-iras muka kau masa pertama kali aku tengok dia.

masa dekat kolej, aku tak lupa untuk contact kau. untuk tahu perkembangan kau. aku happy bila dapat dengar suara kau.


2010, Johor Bahru

kita sama-sama sudah habis belajar di peringkat Diploma.


kalau kita nak bermabok-mabokan selalu, memang senang. sebab rumah kita dekat. tapi ada saja halangan untuk kita berjumpa kan?


2011, Johor Bahru

aku pernah post dekat twitter berura-ura untuk sambung belajar.
kau reply, 



ina, kalau lah aku tau, aku mesti register MUET sama-sama dengan kau. so, kita boleh belajar sama-sama lagi. maafkan aku. :((

dan sebagai kawan yang baik, kau sentiasa menyokong segala rancangan yang aku buat atau mahukan.



ina, lepas ni siapa lagi yang nak bagi galakan atau dorongan pada aku?


ina, aku tak sempat nak bagitau kau. memang kita berdua tak pernah serious. tapi kali ni betul. ya, aku akan ke Korea. hujung bulan ni. kalau kau dapat tau awal, mesti kau kongsi rasa gembira ni dengan aku kan? mesti kau minta ole-ole dengan aku kan? :)


March 15, 2011

hidup aku sekarang bukan berkepit dengan si Nokia berat 24/7. bila aku menonton tv, biasanya aku tinggalkan je si Nokia dekat atas. bila aku tengah tengok channel KBS, bunyi hp pun aku tak dengar. lepas habis rancangan dekat KBS, aku naik atas. checked hp. aii, banyak noh missed call. bila tengok, Fydo & Fara yang missed call. dalam hati, dah kenapa budak berdua ni. ada satu mesej. dari fara. bila aku baca, aku terkejut.

"wie.. zuryna dh meninggal?"

hah! aku pelik. tak kan lah. aku called Fara, tak dapat. aku terus checked FB Ina. ya Allah, dah banyak kata-kata takziah. macam mana boleh jadi macam ni Ina?????????? kenapa???????? terlampau banyak persoalan dalam hati aku. tak percaya. sungguh, aku memang tak percaya. tapi, bila aku nampak wall post dari abang Ina, sikit-sikit aku percaya. tak kan seorang abang nak menipu pasal kematian adik sendiri bukan?

lepas maghrib, aku called Emy untuk mendapatkan pengesahan. Emy kata betul. ya Allah, aku rasa macam mimpi. aku menangis dan menangis. bila saat aku turun ke bawah untuk bagitau dekat family members aku, dorang pelik, dan bertanya kenapa mata aku bengkak. bila aku bagitau mereka pasal berita ni, air mata aku terus keluar tanpa henti.

11 malam, aku bersiap-siap untuk ke rumah kau bila Emy text cakap jenazah dah nak dekat sampai. aku pergi dengan Raja. sampainya aku dekat rumah kau, cuma Zamira je yang aku kenal. lepas tu, baru aku kenal wife Eddy, Tyha. tak lama lepas tu, Fazreen datang dengan kawan dia. kemudian, Akmal & Mok. Zaki dengan Apek pun ada datang. 

Ina, bila aku duduk dalam rumah kau, aku teringat masa aku datang rumah kau dulu. masa tu mak kau masak sedap. lepas tu kita tengok movie. lepas tu kau main-main dengan hamster kau, pakai hp baru kau masa tu.


aku tak sangka, kali ni, bila aku datang rumah kau, cuma ada ruang kosong yang luas, dan sudah tersedia sebuah tilam. 


Ina, 2 hari lepas, aku tunggu kau sampai pukul 1:20 pagi. aku tak sabar nak jumpa kau, Ina, kita dah lama sangat tak jumpa. akhirnya, kita jumpa juga. tapi, cuma aku saja yang boleh melihat kau. kau baring, dan aku duduk. duduk berteleku melihatkan kau yang sudah memejamkan mata. Ina, lama aku tatap mata kau. dalam hati, kau mesti main-main kan? buka lah mata dan cakap, "aku prank kau la wiwie! hahaha!". 
ya! aku nak sangat waktu-waktu macam ni kau cakap macam tu, sama seperti last kita bertwitter pasal kau kena prank.

last tweet.

last FB status update di pagi hari kejadian.


keadaan kereta arwah.


March 16, 2011

seawal jam 8 pagi, wan & aku sudah berada di hadapan rumah arwah. jenazah sedang di sembahyangkan. aku hanya menunggu di luar sementara wan pergi melihat arwah buat terakhir kalinya. bila wan keluar, wan menangis. sayu hati aku.

selesai semuanya, jenazah di bawa ke tanah perkuburan islam Al-Raudhah Mount Austin, bersebelahan dengan Hospital Sultan Ismail. di saat mereka membawa masuk jasad mu ke dalam tanah, aku dah tak dapat nak menahan air mata aku ni, Ina. seperti yang lain, cuma esakan yang aku dengar. semua kenangan kita bersama muncul sedikit demi sedikit di otak fikiran aku.

aku redha, Ina. kerana mati itu sudah dijanjikan oleh Allah s.w.t
dari tanah kita di jadikan, dari tanah kita di kembalikan.


Ina, pada hari aku menerima sijil penyertaan untuk festival layang-layang sedunia buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku juga terima sijil kematian kau, seorang sahabat yang akan meninggalkan aku buat selama-lamanya.

lepas arwah Aznira, kau pula yang tinggalkan kami semua. kalau kami semua kembali masuk ke dalam kelas, kelas kami tidak akan cukup, tidak akan sempurna, dengan ketiadaan kamu berdua.

Zurina Kalthum binti Abdul Majid
10 April 1989 - 15 March 2011
Al-fatihah

Ina, insyaAllah, aku tak akan lupa melawat kau. bila aku melawat arwah anak buah aku, aku akan melawat kau juga. :)

kau jangan risau Ina, kau tak ada dosa dengan semua budak kelas kita. kawan-kawan kita semua halalkan makan minum kau dan Ina, maafkan lah kami juga walaupun kami semua tidak sempat meminta ampun dan maaf dari kau.

akhir sekali, Emy, tolong jangan delete blog zurina. itu je lah satu-satunya kenangan yang ditinggalkan oleh arwah untuk kami semua. please Emy. Ina bersungguh-sungguh untuk mencantikkan blog dia. kalau Emy delete, mesti dia sedih. habis lah semua hasil kerja dia. tengok ni:


please Emy. jangan delete. T__T

March 16, 2011

Wordless Wednesday #2

March 09, 2011

penyakit misteri di Pulapol

sepupu aku, zizi, baru je masuk Pulapol, March 1st tuari. tadi baru je call mokde, mama zizi. suara mokde tadi dengar pun macam tak bermaya. aku yang dengar ni pun rasa sedih & risau.
sebab mokde cuba call zizi, tak dapat. call pihak pengurusan, dorang cakap semua terkawal. tapi berita tadi seorang dah mati/meninggal. siapa? pihak Pulapol tak ada bagitau pon siapa. laaaagi lah mokde aku risau.
kalau korang seorang mama, ibu, mak, mummy, ummi, omma, mesti rasa risau bila anak berada di dalam kawasan tempat yang ada virus yang membawa maut kan?

mokde, kami sekeluarga cuma boleh berdoa sepaya tidak ada apa-apa yang buruk akan berlaku pada zizi.
dan zizi, jaga diri. antibodi tu kasi kuat sikit. lawan virus tu ok? fighting!!!
harap-harap mokde dapat berita baik dari pihak Pulapol malam nanti.
amin.

Wordless Wednesday #1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...