May 14, 2010

adham & rafif





sejak akhir-akhir ni, ibu & kakak selalu beritahu yang Adham dah makin kurus sebab rindukan anak buah dia, Rafif. asyik menangis rindukan Rafif. dan yang terbaru, dia mimpi kena langgar lori tapi dia selamatkan Rafif. mimpi tu bertajuk, My Uncle My Hero. hehe. sambungan cerita dari My Boss My Hero 2.

dari pemerhatian aku, Adham boleh menjadi pakcik yang baik & boleh menjaga Rafif dengan baik. Adham nampak matang. manja tu tetap ada sebab dia anak bongsu. disebabkan jarak umur yang berbeza, tak ada maknanya abang-abang dia nak main dengan dia. dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah, teman ibu. balik sekolah pukul 6:30pm, main taman sekejap kalau sempat. bila aku ada dekat rumah, baru lah aku teman dia main badminton, kejar-kejar, bla bla bla.

satu benda yang aku sangat-sangat adore dengan adik aku ni, dia suka mengalah dengan aku bila kitorang main apa-apa game. masa tu mula lah bertukar status. aku adik, dia abang. woot~ woot~ tapi, perangai dia yang aku rasa nak jentik dahi dia, aha ! dia suka tau curi makanan @ minuman aku dekat dalam peti sejuk tu. hahaha. aku tak marah, cume terus jerit, adikkkkkkkkk!!!!! lepas tu dia tersengih-sengih macam kerang busuk.

bila rindu, adik text aku. nanti bila aku sentap dengan soalan mesej dia tu, dia call aku terangkan benda yang sebenar, ibu yang suruh tanya lah, bukan adik yang buat. bla bla bla. i dont care. haha ! buli membuli perlu ada walaupun adik tak ada depan mata kakak. lalala~

so, adik ! hari ini dah 14 Mei, maknanya tinggal 14 hari je lagi adik dah tak perlu nak rasa rindu-rindu bagai tu semua. pergi ambil kalendar, pangkah pangkah pangkah sampai 28 Mei tu tiba. on that day, adik naik KL, pergi jemput Rafif dan bawa balik JB, ye sayang. bila masa tu tiba, aku harap assignment aku semuanya dah settle, dan aku boleh follow diorang balik JB. awesome ! dah lama rasanya tak kumpul satu family dekat rumah kelabu kami.

tolong jaga Rafif baik-baik dik, sebab kelak kakak akan jaga adik.

:)

1 comment:

Ah Moy said...

sila amik award anda di sini yer

http://syukornurul.blogspot.com/2010/05/ada-org-bagi-awardker-dia-suh-amik.html

hehehe..jgn luper amik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...