game nie kadang-kadang boleh buatkan kita jadi jahat. menjadikan kita seorang yang suka mencuri, mempunyai hasad dengki, bunuh membunuh & yang paling penting semangat untuk menang. 1 tu je yang bagus. tapi aku tak suka main game bunuh-bunuh. adik aku suka. bila aku tanya kenapa suka main game bunuh-bunuh nie, dia tak jawab pon. fokus beb. bagus3! bila bab belajar tak nak pula fokus. hampeh je.
nak tau aku main game apa?
game dekat facebook je.
Barn Buddy!!
sangat kanak-kanak kan? tapi banyak orang tua je main game nie. budak-budak sekarang belum pandang facebook. diorang masih meroyan dengan myspace. adik bongsu aku je advance, tak ada myspace tapi terus main facebook. gerek lah kau adham. yeahhh! hehe.
nak tahu tak. habis puasa tuari, aku dah niat memang tak nak mencuri lagi dekat game nie. orang curi tanaman aku pun aku fikir tak apa. aku halalkan. sanggup nie aku tak buka tanaman orang lain. tapi bila sekali dah buka, kena pula tanaman dorang baru je harvest & ranum-ranum gitu. tangan aku memang gatal je nak mencuri. dan akhirnya, sampai sekarang nie, aku masih mencuri. kepada kawan-kawan dalam fb aku, sila jaga tanaman anda dengan cermat. on time tu sangat penting ye. itu tips bagi sesiapa yang nak dapatkan duit banyak-banyak dalam game barn buddy nie.
pesanan untuk diri sendiri, mari kita mencuri tanaman oranggggg!!! yeeeeehaaaaa!
* kadang-kadang anjing dalam barn buddy nie macam tak berfungsi je. membazir aku beli makanan kau sampai 240$. huhh! aku tak bagi makan karang baru tau.
No comments:
Post a Comment