October 07, 2009

Penjagaan rambut ketak-ketak dengan Sunsilk Smooth & Manageable

ini rambut baru bangun tidur. memang tak terurus kan? sekarang sudah jam 8 pagi. lagi 1 jam saja lagi kelas akan start! cukup ke masa untuk bersiap-siap nanti ek? :) <---- senyum sampai ke telinga. aku tidak bimbang dengan adanya...........................


Sunsilk Smooth & Manageable!!!!! yeahhh! dengan hanya 1 minit, rambut ku akan menjadi terurus dan lembut seperti belaian si ibu. choy~ ibu aku tak ada masa nak uruskan rambut aku, oke. ibu cuma cakap, " kau curl kan je la rambut kau sebab rambut bawah kau melentik. tak lawa". naaahhhhhh! terang-terang cakap rambut aku tak lawa. makanya, sehari sebelum raya aku curl kan rambut aku. tak curl sangat, lebih kurang ketak-ketak saja. rambut ketak-ketak nie tak tahan lama. amoi tu cakap, kena hari-hari pakai krim pengeras rambut yang adik lelaki aku pakai. maksud amoi tu ialah WAX. amoi rrr, saya ada wax saya sendiri marrrr.


ok. ini rambut selepas di cuci dengan shampoo Sunsilk Smooth & Manageable dan di susuli dengan pemakaian Nourishing Conditioner dari Sunsilk Smooth & Manageable juga selama 1 minit.

cara pemakaian Nourishing Conditioner:-
1. urut setiap urat rambut dengan menumpukan perhatian pada bahagian hujung rambut.
2. biarkan selama satu minit.
3. BILAS!

bilas jangan tak bilas. aku bold kan perkataan bilas sebab ada kawan adik aku pakai Nourishing Conditioner nie, lepas tu tak bilas. mesti dia confuse Nourishing Conditioner dengan Leave-On Conditioner.

untuk adik-adik, sila baca cara pemakaian yang Sunsilk dah terangkan di bahagian belakang pack tu dahulu sebelum menggunakannya, ok? sebab nanti kalau tiba-tiba rambut korang jadi dawai, mesti korang cakap, "elleh! tipu je Sunsilk nie. konon kata rambut boleh jadi lembut". walhal kamu menggunakan product itu dengan salah. step by step itu amat penting yer anak-anak.



perhatian! bagi rambut ketak-ketak seperti aku, sila jangan keringkan rambut anda seperti mengeringkan rambut lurus. kenapa? sebab tadi kan aku dah cakap yang rambut ketak-ketak nie tak boleh tahan lama.

tips pengeringan rambut ketak:-
1. follow cara saya pegang rambut dengan towel seperti gambar di atas.
2. sila kepam-kepam rambut anda dari bawah ke atas.
3. ELAKKAN dari pengeringan paksaan iaitu menggunakan HAIR DRYER. kalau korang nak pakai hair dryer, sila pakai yang hujungnya bulat besar dan berlubang-lubang kecik. hihi.



kemudian, huraikan rambut anda dengan sikat yang bergerigi besar-besar tu. kalau tak ada, pakai jari pon boleh. macam yang aku buat kat gambar atas tu. hehe. kita buat macam tu sebab nanti tak ada-lah rambut ketak-ketak kita nie nampak macam kusut masai macam orang tak sikat rambut. sila sikat sepuas-puasnya sebab lepas sapu krim, korang tak boleh gatal-gatal tangan nak huraikan rambut pula yer.



settle step penghuraian, kita sapukan pula Leave-On Conditioner. amoi saloon tu tak cakap pun suruh pakai Leave-On Conditioner, dia cuma suruh aku pakai wax. tapi sebab aku pakai wax, aku akan pakai Leave-On dulu supaya rambut aku nampak terurus sikit dibahagian atas dan bawah. bila pakai Leave-On Conditioner nie, iainya akan menampakkan lagi rambut ketak-ketak aku yang semakin nak pupus nie. sila sapukannya rata-rata oke. jangan berat sebelah nutrisi yang korang bagi dekat rambut korang tau. macam mana kuantiti untuk rambut di bahagian tepi, macam tu juga-lah rambut bahagian belakang. ok? last sekali, sapukan wax dengan rata, ok? aku pakai wax Smash fixer from Lucida-L. sebenarnya wax nie untuk push up kan rambut. aku beli sebelum curl-kan rambut nie. untuk mengelakkan pembaziran, pakai saja yang dah sedia ada. habis wax nie baru aku beli yang khas untuk rambut curl. tu pun kalau rambut aku curl lagi.



ok siap! its time for Business Decision Making class. so, adakah anda sudah membuat pilihan yang tepat untuk penjagaan rambut anda? jangan ragu-ragu! pakai saja barangan penjagaan rambut dari Sunsilk. korang boleh pilih mengikut jenis rambut korang. senarai product Sunsilk akan di cerita kemudian hari. kena gerak sekarang sebab kawan-kawan dah tunggu tu.

sila jaga rambut ketak-ketak anda dengan cermat yer!!!

* bau Sunsilk nie wangi. i likeeee!!!
** voucher sudah habis di edarkan. jangan lupa beli ok kawan-kawan. hanya di WATSON, ok?

12 comments:

durianjawa said...

wahhh..rambut mcm aku boleh x pakai ni? dia berminyak x?
sbb kepala aku jenis berminyak..so, harus cuci selalu.. :( kalo cuci selalu, rambut aku dah jadi lembut habis..nk ikat pon payah..ade tak bnde untuk mengkasarkan balik rambut aku?


semoga ko berjaya dlm contest ni..aminnn...

yanalolu'xx said...

emm..

yana slalu bgn tdo x mandy..

terus gi klas..

camne ek?

perlukah gunakan shampoo2 ni sume..

ahahhaah..

Putri Ramlan said...

haha. adik ni kelakar lah. tp bagus tips ni. thx for sharing. tp akk suggest dah alang2 awk pakai sunsilk pakai lah yg curl, wavy apa tah. confirm rmbt lg cantik n ikal! :D

Afeeqa said...

chort: boleh. tak ada masalah. :)
dia xberminyak pun. act, rambut licin nie lagi bagus dr nampak kusut masai & berminyak. bila berminyak sure2 rambut melepet je dkt kepala kan? so, ko boleh cuci rambut 2 hari sekali klo nak elakkan dr lembut sgt. klo rs rambut dh lembut & susah nak pakai tudung pula nanti, beli sepit rambut banyak2 k. :) utk tutorial menyepit rambut, aku boleh tunjukkan dekat ko. hehe. FOC lagi. :P

yana: haha! klo xsempat nak basuh rambut utk pergi kelas, yana boleh pakai Leave-On Conditioner je. dengan bau wangi Leave-On tu paling koman org anggap yana dah mandi. hehe. :D

akak: hehe. my pleasure kak. :)
adik rs yang sunsilk color oren tuh kan? Sunsilk Damage Repair Solution. :) masa adk beli Sunsilk Smooth & Manageable tu, adk belum curl kan rambut. so, utk jimat, kita pakai apa yg ada dulu je la kan. hehe. :P

UmiMia said...

wahhhhhh...ni mmg leh jadik duta sunsilk nih....bagus bagus...

Mia pakai Loreal Elseve...dah try sunsilk kat dia tapi dia lebih sesuai ngan elseve...

tapi leave on conditioner kadang2 pakaikan dia sunsilk gak..sbb sunsilk ada yg size kecik senang nak letak dlm bag...

Afeeqa said...

kak rose: sy xlawa la kak rose nak jadi2 duta nie. :) lain la mia. comel gitu! hehe.

senang kan kak rose? sy pon just bwk yg size kecik pny contidioner je bila keluar mana2. jimat ruang gituuu. :D

durianjawa said...

wie..aku kalo basuh 2 hari sekali, memang x berikat rambut la gamaknye..terlalu licin..serabai..
aku bajet nk potong pendek, bia senang nk cuci 2 hari skali tu..lembut ke ape ke, x ganggu kerje aku..hurmm..kalo aku rajin, aku try la pki..aku ni bukan istiqamah pon..
seminggu dua je pki..sok2 harammm..hahaha

Afeeqa said...

ok gak klo potong pendek. senang nk handle. lagi pun kita kan student lagi. :)

xpe. slow2. mula2 maybe kau akan jarang pakai. tapi bila dah lama2, dah jadi kebiasaan, mesti kau rajin pakai punya. kalau 1 hari xpakai rasa macam xkena je nanti. hehe. :P

andy said...

cantiknya...... :)

Afeeqa said...

haha! tq andy. :)

Unknown said...

Sy nk tye knp sy gn treatment wax watson honey tu ksr? Ke sbb xssuai dgn rmbut?? Sy try pn tgok dlm google last mngecewakn hmm tp sympu herbs esesces dgn condisioner tu lmbut

Afeeqa said...

Hi Noor Annz,

Saya tak pasti ye sebab saya tak pernah guna watson punya brand. Mungkin juga rambut awak tak sesuai dengan produk tu. Oh yeke? Maksudnya awak sesuai dengan syampu herbs essence. Saya pon akan cuba nanti ya. Tq! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...