October 17, 2009

Contest Gembira di Hari Raya 2009.

contest nie di anjurkan oleh adikmanis. first time aku buka blog kak ain nie. tengok-tengok je ada contest. rasa macam nak cuba nasib la kan. hadiahnya? dapat duit raya RM50 taw. kalau menang, boleh lah tambah sikit duit nie bila dah hujung-hujung bulan nie kan. kalau dah namanya student, memang macam nie. hujung bulan confirm sesak. tak tau lah student lain kan. hehe.

korang nak cuba nasib untuk contest nie? macam nie taw caranya.

  1. Buat satu entry dalam blog korang tentang contest ni dan letakkan link nye sekali.
  2. Dalam entry tu letakkan SATU GAMBAR RAYA KORANG YANG PALING RIANG, CERIA,HAPPENING, GILA-GILA or anything la. X kisah la, gambar ngan family ke,gambar korang bakar lemang, kacau dodol, main bunga api ke..ape2 la yang korang buat masa raya nih.
  3. Finally, daftarkan penyertaan. Leh letak kat komen or email.

Tu je! kacang kan? kalau kacang sila lah cuba. tengok jadi kacang ke bacang. ngehehe~

* Tarikh tutup pertandingan adalah 30 Syawal.

hari nie baru 17 oct, kira belum sampai 30 Syawal lagi la kan? apa lagi, korang pun sempat lagi nie submit contest nie. cepat tau. jangan takut kalah, sebab dalam hidup nie kita perlu mencuba. kalah menang tu adat permainan lorh. apa yang penting? cuba & cuba & cuba & cuba lagi. :P

olrite.

gambar yang aku pertaruhkan ialah .....................

yeahhh! Rock N Roll di pagi raya. gambar nie adik aku snap masa pagi raya pertama. kitorang baru balik dari kedai. jalan kecik, so jalan kaki je la k. nak drive sangat malas. sebenarnya sebab kereta dah tak boleh keluar, kena block sudah dengan kereta uncle-uncle yang lain. hehehe.

actually nie kira first time aku keluar jalan-jalan di pagi raya dekat kawasan kampung aku. udara segar. sebab tu-lah hati pun jadi gembira di hari raya tahun ini. tahun depan korang pun cuba-lah yer merayap di pagi raya. tapi kalau nak merayap pergi collect dekat jiran-jiran rumah nenek pun boleh. asal korang happy kan. tapi i tak buat oke. i malu. ngehehe.

erm... nak letak 2 gambar boleh? gambar ke-dua ialah gambar cousin & adik aku.

bergambar di atas tanah gambut. dorang ringan, so tanah tu cuma gegar-gegar sikit je, tak ada-lah sampai terjerobos. lokasinya di Pontian ya. rumah cousin nenek aku. budak kecik memang suka bab-bab beraya nie. see see. lihat-lah tangan adik aku tu. tengah genggam duit raya. bila dapat duit raya nie, of course adik aku tersangat happy sebab tahun nie dia puasa penuh. aku sendiri tak puasa penuh. hehe.

aku suka gambar dorang nie sebab lepas 4x snap, baru gambar nie jadi. dorang gigih tau ambil gambar lompat-lompat nie even tengah panas terik. kalau aku, huh! tak kuasa mak. ngehehe~

* raya tahun nie banyak rumah uncle-uncle, kawan-kawan, cikgu-cikgu yang aku tak dapat beraya. ini semua gara-gara kolej yang kedekut cuti. huh! tak nak kawan!

2 comments:

yanalolu'xx said...

oh.. letak la pic yana..

kompom wie menang..

nnti adiah kite bahagi 2 k..

:P

agaga..

Afeeqa said...

hahaha! pic raya yana pon wie xtgk lorh. klo yana nk yana try la masuk contest nie jugak k. hehe. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...