May 28, 2010

Air tebu ubat untuk Denggi

yes!!!

ehem. Alhamdulillah. selepas 4 hari aku berulang-alik dari kolej ke Klinik Kesihatan Mantin, selepas 4 botol darah aku di uji di makmal, selepas 6 jarum yang lengan aku terpaksa terima, akhirnya, hari ni aku dah tak perlu datang KKM dan ambil darah lagi. woot woot!

semalam darah aku turun, 160. disebabkan aku takut kalau kena masuk air, aku amalkan petua dari member aku yang pernah kena denggi iaitu dengan meminum air tebu. aku rasa, sekarang ni perut aku ada bergelen-gelen air tebu agaknya. semalam je aku dah minum lebih kurang 2 jug air tebu. sebelum nak pergi ambil darah, aku minum lagi secawan. dan alhamdulillah, hasilnya, aku keluar dari makmal dengan muka yang ceria. PLT aku naik, 199!!! phew~ tak sia-sia kan?

sekarang ni aku kena minum air masak banyak-banyak dan perlu elak dari demam. senang hati aku nak balik JB. tapi aku tetap akan terus minum air tebu sampai lah aku rasa badan aku dah pulih sepenuhnya. air tebu tu perlulah yang asli ok, dan bukan berais. 

:)

May 26, 2010

Journal sakit - #2. add on: Rafif

hari ini sama seperti hari-hari yang lepas. rutin pagi aku, mesti berkunjung ke Klinik Kesihatan Mantin. lokasi wajib, bilik nombor 6, untuk ambil darah, dan kemudian ke makmal. hari ni doktor handsome yang ambil darah aku. nampak pro. tak susah payah cari urat aku semata untuk ambil darah. 

terima kasih Linda & kak Lin, sebab sanggup teman aku ke klinik selama 3 hari berturut-turut ni. esok? kena pergi lagi. sebab ujian darah aku hari ni turun. 161 > 170 > 160. hampa. jatuh satu anak tangga dari hari pertama ujian darah. salah aku ke? aku cuma makan ubat Ascorbic Acid, sebab manis seperti gula. tapi aku tinggalkan ORS sebab rasanya seperti air laut mati. 

aku sedih sebab sekarang ni benda yang aku boleh buat amat limited. aku sentiasa cepat rasa letih. bila dah letih, aku akan berbaring dan tertidur. sampai aku tak terbangun nak pergi kelas Research Project. assignment tak bersentuh. hampa lagi.


aku perlukan energy yang dulu. aku nak sambut kedatangan Rafif untuk pertama kalinya, ke rumah nenek dan atuknya di JB. aku perlukan energy, sebab aku nak bawa Rafif ke setiap sudut rumah, nak ajak main lompat-lompat atas katil aku, nak bawa dia main taman, nak main kejar-kejar sampai air liur Rafif menjejes jatuh ke lantai. mungkin masa tu aku hanya mampu melihat saudara-mara aku yang lain bermain dengan Rafif, nenek & atuk (moyang Rafif) confirm join dua kaki. aku? 






hakikatnya, aku tak larat. aku penat. mungkin aku juga tak larat nak dukung Rafif nanti. tak boleh nak lambung Rafif. Rafif, makcik rindu Rafif. kuchi kuchi, pampers heyy ! 

aku seakan loser kan?

May 24, 2010

Journal sakit - update -

minggu lepas.

selasa
aku nampak status facebook Chort cakap pasal nak demam. tapi sekarang tengah banyak kerja, jadi tak boleh lah nak demam-demam. dalam hati, "aku pun sama. berlambak ni kerja". malam tu. terussss, D E M A M ! walaupun cuaca sekarang gila panas, tapi malam tu aku rasa seeeeejuk gila ! bangun slowkan kipas. masih sejuk juga. mati kan kipas pun sejuk juga. bangun lagi, pergi pakai sweater. selimut tu balut satu badan kalau boleh sikit pun kulit tak boleh kena angin. tapi sumpah sejuk juga. tapak tangan dah menggigil. leher panas. terus tidur sampai ke pagi tapak tangan tekap dekat leher.

rabu
ada talk keusahawanan dari orang-orang besar KFC. gagahkan diri untuk pergi. dari pagi sampai tengahari duduk dekat kerusi keras tu buat aku sakit-sakit badan. makanya, talk sesi petang aku tak pergi. aku tidur dari jam 1 petang sampai nak ke maghrib dengan tuala basah atas kepala aku. suhu badan, boleh tahan panas. minta tolong Saadah belikan panadol extend & panadol activfast. malam nak tidur pun still tuam lagi. 

khamis
tak datang kelas rasanya. tidur. tuam. toilet. tidur. toilet. tidur. toilet. tuam. tuam. sebab aku minum banyak air masak, jadi hari aku banyak ke toilet. zzzzzz. toilet. zzzzzz. toilet.
ok. demam dah kebah.

jumaat
pagi tu pergi klinik college. tak tahan sebab hari-hari pening kepala. kelas Taxation burn gitu. pergi klinik pun makcik  nurse bagi Paracetamol je. pergi kelas petang. budak-budak tanya, dah sihat ke? muka pucat la. tapi aku dah rasa lebih sihat dari yang dulu.

sabtu
rasa ada tenaga sikit. gigih bersihkan toilet. setiap ceruk nak di sental. lepas mandi, tengok badan merah-merah. bagi aku, tu perkara normal. sebab badan aku allergic air, mesti merah-merah. sambung kemas bilik pula. basuh baju. dah lama tu, tengok merah-merah dekat badan ada lagi. malam, demam balik. seperti biasa, sejuk gilaaaaaaaaa. sampai tak boleh tidur. nasib baik ada J, teman borak-borak.

ahad
siang, dah tak demam.  merah-merah dekat badan still tak hilang. dekat bahagian gusi macam ada darah berkumpul. sentuh pakai lidah nanti darah tu keluar. macam pelik. biasa time berus gigi baru gusi berdarah. malam call ibu, bagitau la itu ini. ibu bising sebab tak pergi klinik. janji dengan ibu esoknya pergi klinik. zzzzzz.


minggu ini

isnin
badan masih merah-merah. tak demam. lepas kelas terus cari klinik area Mantin. jumpa ! Klinik Kesihatan Mantin. phew~ nasib kerajaan. jimat duit aku. sampai-sampai je . . . 

nurse lelaki-  "datang pukul 2 boleh? semua dah keluar pergi makan tengahari".
aku- *blur. "haa. ok ok."
nurse lelaki- "sakit apa nie? demam ke?"
aku- "dah tak demam dah. badan ada bintik-bintik merah. lepas tu gusi macam berdarah"
kak lin ada menyelit sikit rasanya, cakap yang aku ada demam minggu lepas.

nurse lelaki- "haaa! pergi ambil darah. kita kena ambil pesakit ni. bla bla bla. dia gitu gini. bla bla bla. dia kena nie rasanya nie. bla bla bla"

doktor handsome keluar. yes ! saat seperti ini lah yang di tunggu-tunggu. hahaha. doktor tanya itu ini untuk confirmation. ok sah ! bagi IC dekat kaunter pendaftaran. terus masuk bilik 3. ambil darah. tau la bilik nombor 3, 3 kali cucuk baru dapat darah. nurse cakap, urat lengan aku halus sangat. takut tak ada darah. memang betul, 2 kali nurse try cucuk jarum dekat lengan kanan aku, dapat angin je. lepas tu nurse pergi cari orang lain yang boleh ambilkan darah aku ni. tak ada siapa. 

nurse kata, try lengan kiri pula. lengan kiri lagi tak nampak uratnya. tapi nurse tu cuba juga. haaaaa. dapat ! merahnya darah aku. masa nurse tu ambil darah aku, aku tanya dekat nurse, "rasanya aku kena ke penyakit tu?". nurse jawab, "tak tau la dik. awak datang lambat sangat. nak dapatkan result bukannya sekejap". air mata aku dah bergenang dah. lepas dah dapat result darah dari makmal, terus pergi jumpa doktor. 

bukan doktor handsome tadi, doktor tua. garang! tapi lama-lama tu ok. dah rasa macam atuk aku pula, sebab dia pakai kopiah. hehe. ok, check suhu badan, check tekanan darah, kena minum 3 botol besar air masak, baca symptom-symptom penyakit tu. 

ok. esok pagi kena datang klinik lagi, ambil darah. sakitttttttttt!!!

mood: sedang cuba menghabiskan 2 jug air tebu dalam masa 24jam. petua dari orang yang pernah mengalaminya.


selasa - 25/5/2010
sampai je Klinik Kesihatan Mantin (kerajaan), tunjuk surat semalam. salah satu dari surat tu sebenarnya surat ubat, tapi semalam lupa ambil. sorry. tak biasa. hehe. tunggu sekejap. cerita pasal assignment, pasal gelak khas, lepas tu baru di panggil masuk. ambil darah. fuhh! darah aku pekat. berani dah aku tengok darah kena sedut. 


pergi hantar tabung darah ke makmal. tunggu result. ada budak pakai baju kemeja biru tu pun kena ambil darah juga. tunggu result lama lagi. aku kepoh pergi tanya dia,


"dari mana nie? pakai baju color biru" -sebab ada lagi 2 orang kat luar tu pakai baju color biru.
"saya student KPJ"
"owhh. nie KPJ yang duduk mana ek?"
"sri blablabla(aku lupa)."
"dekat mana tu?"
"yang dekat dengan kolej legenda tu"
"owhhh."
"awak dari mana?"
"saya student kolej legenda. hehe." senyum lebar.


haha! mesti temper je rupanya aku budak kolej legenda tapi tak tau nama kawasan tempat tinggal kat sini. ok. result dah siap. jumpa Doktor Atuk. blablablabla. aku beritahu kat Doktor yang aku lupa ambil ubat semalam. phew~ nasib baik Doktor tak marah. dia suruh ambil nanti. 


"esok datang lagi. ambil darah"
"haaa? kenapa?"
"haaa. kenapa?" <---- Doktor repeat ayat aku.
"ok ok. saya datang"
"banyakkan minum air. minum air 100plus. lepas tu minum air masak...."
"3 botol besar"


tunggu giliran ambil ubat. jumpa lagi dengan budak KPJ. borak-borak. dia dah tak payah kena ambil darah lagi. dia kata, darah aku ada apa tah, sebab tu kena ambil lagi agaknya. dia budak medical imaging tapi ada belajar sikit-sikit pasal darah. 


aku dapat 3 jenis ubat. Paracetamol (makan bila sakit), vitamin (1 hari, 1 kali makan), Oral Rehydration Salts (1 hari sekali). *ORS sangat masin. baru teguk sekali, aku rasa nak muntah kan balik. tak nak minum ORS.


bye-bye adik KPJ yg handsome. indah sungguh ciptaan Tuhan. hehehe. 

May 22, 2010

Pac-Man dekat Google homepage



banyak-banyak search engine, saya memang suka pakai Google. sebab dia besttt. perkataan Google dekat homepage pun selalu bertukar-tukar. sebab tu saya rasa tak boring dengan Google. 

untuk hari ini, terbaru dari Google, Pac-Man ! wakawakawakawaka. <----- bunyi Pac-Man makan biji-biji kuning kecik. 

try lah main ! sumpah susah. :))

May 20, 2010

musim demam

saya demam. 


saya tak larat nak taip banyak-banyak. urat sendi sakit gila. tak pernah demam macam ni punya teruk. demam ni datang tak kena masanya tau. saya banyak kerja la 'demam' oiiiiiiii.


:(

May 14, 2010

adham & rafif





sejak akhir-akhir ni, ibu & kakak selalu beritahu yang Adham dah makin kurus sebab rindukan anak buah dia, Rafif. asyik menangis rindukan Rafif. dan yang terbaru, dia mimpi kena langgar lori tapi dia selamatkan Rafif. mimpi tu bertajuk, My Uncle My Hero. hehe. sambungan cerita dari My Boss My Hero 2.

dari pemerhatian aku, Adham boleh menjadi pakcik yang baik & boleh menjaga Rafif dengan baik. Adham nampak matang. manja tu tetap ada sebab dia anak bongsu. disebabkan jarak umur yang berbeza, tak ada maknanya abang-abang dia nak main dengan dia. dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah, teman ibu. balik sekolah pukul 6:30pm, main taman sekejap kalau sempat. bila aku ada dekat rumah, baru lah aku teman dia main badminton, kejar-kejar, bla bla bla.

satu benda yang aku sangat-sangat adore dengan adik aku ni, dia suka mengalah dengan aku bila kitorang main apa-apa game. masa tu mula lah bertukar status. aku adik, dia abang. woot~ woot~ tapi, perangai dia yang aku rasa nak jentik dahi dia, aha ! dia suka tau curi makanan @ minuman aku dekat dalam peti sejuk tu. hahaha. aku tak marah, cume terus jerit, adikkkkkkkkk!!!!! lepas tu dia tersengih-sengih macam kerang busuk.

bila rindu, adik text aku. nanti bila aku sentap dengan soalan mesej dia tu, dia call aku terangkan benda yang sebenar, ibu yang suruh tanya lah, bukan adik yang buat. bla bla bla. i dont care. haha ! buli membuli perlu ada walaupun adik tak ada depan mata kakak. lalala~

so, adik ! hari ini dah 14 Mei, maknanya tinggal 14 hari je lagi adik dah tak perlu nak rasa rindu-rindu bagai tu semua. pergi ambil kalendar, pangkah pangkah pangkah sampai 28 Mei tu tiba. on that day, adik naik KL, pergi jemput Rafif dan bawa balik JB, ye sayang. bila masa tu tiba, aku harap assignment aku semuanya dah settle, dan aku boleh follow diorang balik JB. awesome ! dah lama rasanya tak kumpul satu family dekat rumah kelabu kami.

tolong jaga Rafif baik-baik dik, sebab kelak kakak akan jaga adik.

:)

May 12, 2010

Cloud Girls di Rootz

lokasi: Rootz
masa: 3:00 petang - 8:00 malam (kot)

kami ialah, Cloud Girls!

linda, afeeqa, pnut, lin.

linda & afeeqa (curls hair). pnut & lin (straight hair)

kami cuma menang kecil malam tu. tapi kami tetap bersyukur.


4 orang supporter yang hadir untuk hari itu- alyssa, farah, rasyidah & mim. :)

terima kasih kepada penyokong yang sanggup datang walau pun masa tu hari kerja. :)

terima kasih juga kepada budak-budak kelas yang mengundi kami tiap-tiap hari tanpa jemu. kalau lah MYC benarkan ajak ramai lagi supporter, confirm dah ajak satu kelas. baru happening ! :)

sekali lagi, terima kasih banyak-banyak. tapi tak dapat la nak belanja. menang kecik je kan. hehe.

kak lin, tadi dalam kelas cakap dah lama tak makan pizza ea? jom kita makan pizza! hehe. tapi sebelum tu kena pergi Jaya One dulu, collect cheque! yeayy! finally, selepas 5 bulan menunggu. phew~

May 10, 2010

ibu & mummy



ibu seorang yang sangat-sangat concern dengan hal anak-anak dia. ibu tak kisah nak dengar apa-apa cerita yang kita nak kongsi dengan dia. tapi, cuma i yang berat mulut untuk menceritakan semuanya pada ibu. itu dulu. 4 tahun yang lepas.

saban tahun, umur i semakin bertambah. fikiran i semakin matang. dan sekarang, i lebih open untuk bercerita apa-apa cerita dengan ibu. dari kisah cinta, putus cinta, kawan, kolej, bla bla bla. rasanya lebih banyak bab cinta. i pun tak tau kenapa ibu suka sangat nak tau pasal hal cinta i. kalau tak tanya direct dengan i, dia akan suruh adik i yang tanya. ibu, i'm single. kalau ada anak kawan ibu yang perangainya macam Adam, boleh lah ibu jodohkan kitorang. hehe.


ibu suka beli barang untuk i. kebanyakkannya barang cosmetic sebab kawan ibu yang jual. i suka pakai barang yang ibu beli untuk i. tapi ibu tak suka bawa i pergi beli barang dapur dekat Giant/Econsave/Jusco sebab takut lari budget. tapi i suka follow ibu beli barang dapur ! :P

ibu suka paw i. contohnya suruh i belanja chicken chop. belanja ibu bermakna belanja satu rumah. tapi i tak kisah, sebab harga chicken chop tu baru RM5. ibu suka suruh i belikan topup. nanti bila sampai rumah, ibu cakap, "wie belanja ibu je la. hehe". itu pun i tak kesah sebab ibu selalu belanja i topup kalau i rajin tolong ibu kemas rumah. lagi-lagi bila ibu keluar dating berdua dengan ayah (pergi kerja kahwin).


ibu i berani. ibu i cikgu mengaji i. ibu i cikgu nasyid i. ibu i seorang mekanik @ technician sebab benda-benda rosak dekat rumah semua ibu yang betulkan. ibu i handal bersukan, terutamanya bowling dan netball. ibu suka lawan cakap dengan i. agak-agak nak kalah, nanti ibu kata i ni memang selalu je nak menang. lepas tu ibu angkat bendera putih, i julang bendera kemenangan. yes! yes! haha. abang bergurau. . .

ibu. wiwie sayang ibu. dengan adanya anak yang panas baran, degil, tak dengar cakap macam wie ni lah punca kedutan muka ibu semakin berkembang pesat. apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat. tapi satu je yang ibu perlu tau, dalam hati wie tak pernah kurang pun rasa sayang wiwie dekat ibu.

i ♥ u ibu. i ♥ u. u ♥ me tak?

ibu, dekat negeri sembilan ni kan, diorang tak jual laksa johor tau. hehe. nanti wie balik JB, ibu masakkan laksa johor boleh? ermmm ermmm. tapi nanti ibu suruh i asingkan isi ikan yang dah di rebus tu. tak nak lah macam tu. cancel cancel. bye bye.

ibu bintang hati ku. StarKing! StarKing!

pssstt. hari hari, hari ibu.


dalam rumah i nanti ada ibu dan mummy. tapi mummy yang ni tak melahirkan i. dia lahirkan Rafif dan bakal deliver baby (nak gegirl pleaseee) lagi September ini. Rai, semalam Rafif call i, dia suruh sampaikan wish Happy Mother's Day dekat ekaw. cara lah Rafif, moden sungguh kamu. terkejut beruk la makcik kalau benda tu betul. hahaha. ♥ u Rai & Rai Jr.

May 07, 2010

duit? mana pernah cukup.


sekarang dah masuk bulan baru, May. insyaAllah, my Higher National Diploma (HND) akan habis dalam akhir bulan enam, Jun. dalam bulan tujuh, Julai, i mungkin akan menjadi penganggur yang berjaya. mungkin juga driver yang terhebat. kebarangkalian untuk menjadi nanny tersohor juga amat cerah. tapi, itu semua boleh di fikirkan kemudian. masalah sekarang ni, duit sara diri.

duit Mara dah nak habis. dan May ni bulan terakhir Mara support. mungkin. dah last semestar ni i rasa i lagi banyak pakai duit, melabur dekat benda kecik-kecik je tapi bila check akaun bank, kering dah! i pakai untuk print assignments, print notes for exam, photocopy assignments, files, fasteners, lecture notes, books (komik sebenarnya. hehe), foods, topups, bla bla bla. pelik la. tak kan lah benda macam tu boleh buat i pokai bulan ni. ehem! ada udang di dalam telur dadar niiiii.

cuba bayangkan.

sekarang baru awal bulan May. i kena duduk sini, sampai akhir bulan Jun, dengan sumber kewangan yang agak terhad. memang ayah ada masukkan duit, tapi i tau, benda ni dah jadi beban untuk ayah. i kena buat part time ke? dekat mana? tapi i rasa i tak akan ada free time nak buat part time job. buat assignment pun tak cukup masa, ini kan pula nak tambah lagi kerja. tsk.

jimat. jimat. jimat.

ok. lepas ni dah tak ada dah nak makan sedap-sedap. budget untuk makanan akan di kurangkan, peruntukan untuk kertas-kertas akan ditambah. kedai uncle dekat food court tu kalau boleh i tak nak pergi sebab nanti i mesti nak beli komik. begitu juga dengan MPH or Harris.

moneyyyyy, please come to me.

May 05, 2010

kak fiza dah tamat UEL


hari ni hari pertama kak fiza tak ada lagi dalam rumah ni sampai bila-bila. bila bangun pagi, pintu bilik depan tertutup rapat. tak berpenghuni. housemate kak fiza balik kampung. lepas ni tak ada dah bahan rujukan i. orang yang bising-bising suruh i siapkan assignment, suruh study. dah kurang seorang chef kat dapur. dah tak ada dah orang paksa housemate i, chort, habiskan makanan yang ada.

kak, wie doa kan akak cepat dapat kerja & dapat kerja yang bagus-bagus. fighting !
kita jumpa konvo nanti ye. jaga diri ! :)

May 04, 2010

1 2 3, I ♥ U

satu satu

saya sayang ibu

dua dua

saya sayang ayah



tiga tiga

sayang adik, kakak, abang ipar, anak buahhhhh~

satu dua tiga

sayang semuanyaaaa~

Ya Tuhan, ku mohon kau permudahkan lah semestar akhir ku ini. hilangkan lah segala rasa malas dalam diri ku ini. kalau tidak, hancur lah hati ku ini nak bersuka ria dengan seluruh ahli keluarga ku ini, di dalam satu rumah, di hujung bulan 6 ini.

yang ikhlas,

diri ku ini.

May 01, 2010

berwebcam webkii

mereka belum ready.

buat muka.

candid katanya.

kiri. bawah. kanan. atas.

lokasi: ice room, Nilai
menu:-
  1. tropical snow ice - RM9.90
  2. spaghetti with mushroom creme sauce RM8.90
  3. hot & spicy mee - RM7.90
  4. deep fried durian tempura - RM5.00
  5. lemon coke - RM3.50
total RM36.20 (termasuk tax) yang i habiskan dekat ice room saja. i lepak ice room dari pukul 1pm sampai 10pm. pergi toilet tu sampai dah tak terkira dah berapa kali. no food picture since table penuh dengan 4 biji laptop & entri pasal ice room pon dah penah buat. cuma kami sempat berwebcam sesama sendiri.

lain kali memang tak boleh nak buat assignment dekat restoran ke, cafe ke, apa-apa tempat yang jual makanan la. sebab nanti tension je, terus order. lapisan babat semakin bertambah, progress assignment takat tu juga. alhamdulillah, semalam dah selamat submit research project assignment. phew~ sir, kami doa kan hati sir tenang mark assignment kami dengan berbekalkan combo bucket KFC. hehe.

single resit = RM94++

oh ya! selamat hari buruh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...