August 31, 2009

Lucky i'm in love with my best friend.

lucky ke? kebarangkalian, ya. kemungkinan besar? tidak!

sebagai kawan, aku hanya boleh mendengar dan memberi pendapat. mungkin baru 2 kes yang masuk court cinta aku. tapi tu-lah. pengakhiran kedua-dua kes nie tak happy. yang satu, dah confirm clash tapi masih berkawan baik. yang lagi satu, kisahnya tergantung, masih kawan atau masih ada hubungan percintaan tu pun aku tak tahu.

yang kes tergantung nie, 2 2 kawan aku. dah 11 tahun kitorang kenal. walaupun jauh tempat menimba ilmu, tapi bila ada cuti yang sama mesti jumpa walaupun sehari saja. mungkin disebabkan mereka berdua budak 'u' dan aku cuma 'kolej', cuti aku dengan diorang tak sama. dan semestinya masa yang ada lebih kepada berdua, bukan bertiga. aku pasti dari situ diorang start ada feeling.

cinta diorang nie susah. bercinta dengan kawan baik dan pada masa yang sama, cinta diorang ialah cinta 3 segi. perempuan mana yang sanggup di dua kan, kan? walaupun kawan lelaki aku nie sayang sangat-sangat dengan kawan perempuan aku nie, dia tak boleh tamak sampaikan nak pasang dua. mungkin dia dah tak cinta kan awek lama, tapi clash dulu baru lah declare yang baru.

entah la.

bagi aku, bercinta dengan kawan baik tak akan ada sesuatu yang baru. aliran hidup kita akan sama dan takat tu saja sebab kita dah tahu apa yang dia suka dan tak. tak adventure. kebaikannya cuma kita dah tahu hati budi dia yang sebenar. itu saja.

August 24, 2009

Laluan petir.

malam puasa kedua, aku tidur lambat. bila dah hujan dalam pukul 1 pagi tu, aku off PC sebab ibu marah kalau hujan-hujan buka PC atau tv. malas nak masuk bilik, tidur je dekat hall dengan adik-adik lelaki aku. mata dah layu. tiba-tiba. . .

bangggg! <---- bunyi petir. hahaha!

terus terkujat aku. cepat-cepat pegang tangan adik aku, takut dia takut. tapi dia tidur mati aku rasa. aku ke yang takut? dah semestinya. mpv ayah aku pun takut, sampai berbunyi tu.

kali kedua.

kebangggg booommmm!!! <---- bunyi petir yang maha dasyat. cuba bayangkan ye. :))

rasa takut gila-gila dah. tidur pun tak senang. ayah turun bawah cabut semua plug. mpv ayah berbunyi-bunyi dengan lamanya macam ada orang nak curi. masa tu aku memang tak berani nak bangun dari tempat aku baring, takut kalau-kalau petir menyambar lagi. alarm rumah jiran-jiran aku pun ada yang berbunyi.

esok paginya, adik aku yang jadi "rela" dekat kawasan taman aku nie melaporkan bahawa 3 kemalangan berlaku, pokok tumbang & bumbung sekolah dia terbakar.

rupanya lepas petir kuat tu ibu aku tak boleh tidur. terus dia solat dan mengaji. pukul 4am terus masak untuk sahur. pagi tu memang tak bangun sahur. mengantuk.

kesimpulan yang ayah buat, " malam tadi dah banyak la hantu kena tembak ". ihiii. :P

August 21, 2009

Terawih.

pada awalnya, aku memang tak plan nak balik memandangkan poket kering. tapi, bila ibu mesej suruh balik sebab nanti aku tinggal sorang-sorang je dekat rumah, aku pun cepat je packed barang. hehe.

malam pertama terawih.

siap bertelekung dari rumah menuju ke surau, aku tersenyum sendiri. akhirnya, aku tak keseorangan pada awal puasa. alhamdulillah. untuk permulaan, 8 rakaat je la yang den mampu. panas dong! lelaki pakai air-cond, memang-lah boleh bertahan sampai 20 rakaat. yang bahagian perempuan nie confirm-confirm mandi peluh masa solat terawih. huhu. tak apa-lah, yang penting. . . . keberkatan! :)

selamat menyambut bulan Ramadhan semua.

* terima kasih daun keladi kepada kak fiza, unie, saadah, & kd dengan wish salam ramadhan korang. :)

August 20, 2009

Confirm Sabtu.

anak bulan dah nampak. sabtu nie confirm puasa. aku baru lepas teropong bulan ikut tingkap bilik aku nie. tapi. . . .

aku sedih.

sebab ibu tak call pun cakap sabtu nie dah start puasa. walaupun wakil raja dah inform, tapi aku still nak ibu yang inform. sebabnya. . .

aku first puasa sorang-sorang dekat hostel. :(

ibu, tak kesian dekat wie ke?

selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang berpuasa dengan family yang tercinta. ucapan untuk diri aku, first puasa buka biskut saja la ye. :)

August 18, 2009

Menyampah

assignment.
internet college.
talam dua muka.
hati busuk.
ayat manis.
hipokrit.
selipar pink.
rambut kerinting.
key chain purple.
duit.
degil.
tak dengar kata.
call tak angkat.
salah nombor.

semua aku MENYAMPAH!

August 13, 2009

Bunga Kubur.


nenek chort cakap, nie bunga kenanga. lawa! ada colour purple sikit-sikit. so, bunga nie aku rembat sebelum diorang carik-carik untuk ditabur atas kubur arwah pakcik chort nanti. aku letak bunga nie dekat dalam kereta naim.

sampai kolej malam.

" naim, sebab kau tak dapat ikut, aku bawakan kau bunga dari kubur "

muka naim terus berubah. dia takut sebab dekat hostel dia duduk sorang-sorang. terus dia ambil bunga tu then bagi aku balik. tapi aku pass dekat chort suruh letak dalam kereta dia juga.

pesanan penaja untuk naim,
bunga tu belum sempat bawa pergi kubur sebab aku dah rembat dulu. jangan takut ya! :)


* walau pun aku tak kenal arwah pakcik chort, tapi aku sedih masa arwah di letakkan di dalam keranda untuk di bawa ke masjid & saat sekujur tubuh yang kaku berada di dalam tanah. saat itu-lah memberikan makna pada ayat, "kubur masing-masing".
** takziah pada Ustaz Asri. insyaAllah ustaz akan tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. aminnn. semakin ramai yang meninggalkan dunia nie. :(

August 12, 2009

Petir.

perut lapar. keluar rumah, hujan renyai-renyai dan menjadi semakin lebat. aku masuk rumah balik dan ambil payung.

jalan beli jalan beli jalan beli. ya! memang aku suka melaburkan duit dekat pasar malam. amal jariah. support mereka nie berniaga. *heeee.

masa balik. tiba-tiba ada satu cahaya yang terang gila memancar betul-betul depan mata aku.

petir!

aku: oh my God!
saadah: A'udzubillahi minas syaiton nirrajim

seriously, aku punya tergamam sampaikan lupa untuk mengucap. bila dengar saadah mengucap kalimah Allah tu, aku pun turut sama mengucapkannya. lepas tu, terus jalan dengan sepantas kilat dengan seluar yang dah basah.


fuhh~~ selamat pun sampai rumah. alhamdulillah. :)

August 11, 2009

Aku ingin tahu.

lepas kelas advertising & promotion, aku dapat mesej. mesej nie pending sebab dalam class tak ada line agaknya. so aku dapat mesej tu lepas si pengirim dah tak ada dalam class.

" wie, bak sini pencil case ko. aku nak bagi something. :P "

aik? peliknya. bila aku bagi linda baca, dia pun hairan.

sekarang nie, aku rasa dia macam annoying sikit. maaf, itu cuma apa yang aku rasa. aku tak datang class pun dia mesej aku. semalam keluar class awal pun dia tanya kenapa. maybe dia nak ambil berat pasal aku semula. tapi lepas dah lama dia tak ada dalam hidup aku, lepas tu aku diperlakukan sebegitu. aku cuma berfikir,

kenapa?

muslihat atau ikhlas?

ayah aku selalu pesan, " kita jangan buruk sangka sangat dengan orang. tak baik. " pengakhirannya? dengan niat suci ayah aku tu lah dia kena tipu dengan orang. sebab orang dalam dunia sekarang nie susah nak tafsir. muka baik, hati?

mungkin bila korang tahu aku fikir macam tu, korang rasa aku nie jahat. orang dah minta maaf tak nak terima dengan ikhlas. aku cuma mengambil langkah berjaga-jaga. kawan boleh, rapat tidak. sebabnya? air mata aku dah banyak tumpah untuk dia.

S, mungkin kau akan cuba sedaya upaya untuk curi hati aku semula. mungkin je. ya atau tidak aku tak tahu. tapi aku harap kau tak putus asa. kalau kau betul-betul nak kawan semula dengan aku, mesti kau cuba jaya sampai dapat kan?


* bla bla bla~

August 10, 2009

Apology accepted

lokasi: SI03
masa: 0800


lepas hampir 10 bulan tak bertegur sapa, akhirnya dia minta maaf. dia minta salam dan peluk. sedar kesilapan sendiri tapi masih tak boleh nak beritahu kesilapan aku pada dia. aku tidak sebaik Nabi untuk tidak memaafkan dia. makanya, maaf diterima.

walaupun,

kau telah menodai kejujuran aku berkawan dengan kau. dan kau telah banyak memperburukkan aku dekat classmate kita. tapi, entah la. bukan nak kata aku cair bila kau ungkapkan kata-kata maaf tu. tapi aku rasa yang kau minta maaf dengan aku bila ada something happen dekat kau. dulu, sebab kau accident. sekarang, mungkin sebab dah nak berpuasa kan? apa-apa pun, aku memang ikhlas maafkan kau. sumpah.

girl, i can be your friend, but not 'baik' like before.

* sayang, thankz for the kiss. i ♥ u.
**takziah untuk chort. semoga roh pakcik kau aman disana.

A.T.A.S.I.N.C.H.I

lokasi: tangga kecik blok A5, tingkat 2.




"wiee!! apsal ko beli atasinchi nie?! mak dia bodoh kot. hahaha!"
"sebab mak dia bodoh la aku beli. hahaha!"

penceritaan episod demi episod kartun atasinchi pun bermula.

August 09, 2009

Jelek

hidup nie susah. banyak dugaan. dan sekarang nie, lagi banyak benda yang membuatkan aku senang untuk berasa jelek dalam segala hal. tapi semua perasaan jelek itu hanya untuk seketika. mungkin aku akan memaki hamun di dalam hati. keesokan hari aku akan kembali normal. sebab aku rasa, hari-hari benda yang lain akan berlaku.

ada juga benda yang sama berulang dan tiada perubahan. contohnya, si tua yang mengidap penyakit amnesia yang membiarkan saja sagu kering atas fridge. sebab dia ada penyakit amnesia, makanya dia lupa yang sagu tu dia punya.

apa yang aku nak sekarang ini ialah putaran waktu yang cepat. aku mahu bulan 7 tahun depan hadir dengan lebih pantas. aku dah mula bosan dengan semuanya.

aku penat dengan rutin harian aku sekarang ini. aku mahu berehat untuk seketika.
aku jelek dengan kawan yang memalukan kawan. aku mahu berseorangan.
aku baran dengan lecture yang cakap tak serupa bikin. aku mahu dengar kata ibu saja.
aku muak dengan makanan yang ada. aku mahu rasa air tangan ibu selalu.
aku pening dengan kitaran udara di sini. aku mahu hirup udara kampung halaman.

aku cuba untuk menceriakan hari-hari aku. mungkin kegembiraan luaran dapat dilihat. jauh di sudut hati.....cuma aku saja yang tahu.

argggggghhhhh!
hidup biar sedap! fighting!


August 08, 2009

Gadis Melayu Musim Ke-2

GM baru saja start. tapi dah ada gossip liar pasal Sharifah Jasmine Soraya. gossip ke realiti? haaa, itu kita tak tahu. tapi bila tengok gambar-gambar yang tersiar dekat internet, kita boleh fikir sendiri. ada yang bagi komen, kalau rasa perangai macam bukan GM, jangan-lah datang audition. bila gambar-gambar macam tu dah tersebar, sendiri dapat malu-kan? sebab dalam dunia nie, orang sentiasa akan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kita. tapi, mungkin selepas masuk GM, akan lebih terserap-lah kemelayuan dalam diri dia. harap-nya begitu. apa-apa pun, selamat maju jaya untuk semua peserta.


yang hampeh masa audition GM ialah,

  • Najib ialah PM yang ke-8. haha! nampak sangat tak tahu perkembangan politik dekat negara sendiri.
  • bla bla bla cakap GM sepatutnya tahu pakai kain batik, tapi dia pakai kain batik lipat macam kain pelekat.
  • GM yang pakai tudung agak labuh la juga, tapi cerita cakap dulu dia nie play girl. motif? hot ea?
  • buat catwalk yang langsung tak melambangkan GM.
  • GM ke bila marah hempas pintu?

* ramai nak tv9 kick out Sharifah Jasmine Soraya.
** go kak Putri! go kak Uya!

August 06, 2009

Diamond

aku melihat dia menangis kegembiraan.
akhirnya dia dapat apa yang dia mahu.
alhamdulillah.

aku hanya mampu berdoa untuk kemenangan bagi dirinya.
walau pun hanya melihat di alam maya.
aku tahu yang dia boleh.

aku rindu kan gadis itu.
harapan aku,
semoga di kemudian hari,
dia masih seperti dulu.

seperti yang aku kenali di waktu yang lepas.

=)

August 05, 2009

My library card


lokasi: library

" akak, saya nak ambik kad library yang saya baru buat "
" dah berapa lama tak ambik? "
" seminggu 1 hari " *heeeee
" tuari ada pergi lawatan ke library? "
" kak, saya bukan budak baru. "
" habis tu bila awak masuk sini? "
" 2004. eh! 2007. hehe. "
" kenapa lambat sangat baru buat kad library?! " <--- she's getting angry. ihii.
" sebab tak ada gambar la kak. "

bla bla bla bla. kakak tu membebel lagi sebab alasan aku lambat buat sebab tak ada gambar. it's true la kan. no picture, no library card. buat nie pun sebab ada gambar lebih masa buat lesen tuari. yang paling penting, gambar dekat card tu dia lekat baikkkkkkkkk punya! aku dah tak boleh tanggalkan. huhu. damn! gambar tak lawa kot. :(

* akak nie nampak macam dah tua sebenarnya. tapi dia marah kalau panggil dia makcik.

August 03, 2009

Salah set jam...bas rentung...

berita jam 2300.

0725: tersedar dari tidur dengan sendirinya. kelas pukul 0800. set jam pukul 0630. tapi tak ada bunyi. pelik nie. bangun, mandi. walau pun lambat, tapi sempat tukar-tukar baju. baju ke-3 baru rasa cam ok.

ding dong ding dong. bunyi jam berdetik.

1030 kot: rest sekejap untuk kelas QM. pergi beli cempedak goreng luar kolej + buah tembikai susu. makan tepi tangga. gerek! masuk kelas, nganga mulut lepas tu sebarkan bau cempedak dekat budak kelas. haha! kekwat! hari nie kelas QM bersurai awal. tak pernah-pernah kot. maju da lecture aku nie. suka!

stret! stret! stret! bunyi selipar (macam tu ke?). pergi food court jenguk-jenguk makanan. tak berkenan. pergi kedai beli air kotak, roti dan biskut.

1100: kelas SPO start. masuk-masuk yana cakap, "jangan bagi wie weh!". dengan pantas hidung aku dapat bau cempedak goreng. haha! yana balas dendam beli cempedak goreng gak. makan biskut masa lecture tengah mengajar. wow! syorrrga! proses pembelajaran sangat selesa seperti kelas diadakan di tepi tasik perkelahan.

1600: pergi Giant. rm105 habis. cuci rantai dan cincin, rm6. total = rm111. good number wie!
tengah drive tiba-tiba hp bunyi. padan lar! aku set alarm jam 063oPM

1800: gerak dari Giant. fuhh~ jem la! lupa pula beli roti kosong tadi. meneka-neka dengan dorang sama ada roadblock, accident atau keretapi tergelintir pergi atas jalan raya. sampai tempat kejadian, bus sekolah terbakar beb! rentung!

itu saja laporan untuk hari ini, dari saya

nur afeeqa binti ramlee.


* best la borak dengan akmar yang percaya aku akan dapat lesen kekal minggu depan! ihii. it's just a joke taw akmar. jangan ambil hati ya?

** tadi masak "termasin". damn! makin naik-lah darah aku. huhu. :(


August 02, 2009

Hidung berdarah. Aizat dah matang.

bukan hidung aku yang berdarah, tapi adik aku. dah 19 tahun 9 bulan aku hidup tapi aku tak pernah alami situasi hidung berdarah. sakit ke ek? tapi yang pasti mesti rasa tragis je kan bila bab-bab darah nie. itu apa yang aku rasa. tak tahu la orang lain macam mana.

aku tak tahu kenapa hidung aizam berdarah. aku rasa hidung dia start berdarah masa aku cuti semestar lepas. time tu dia balik sekolah, then baju sekolah dia habis kena darah. dia cakap kena masa dekat sekolah. huhu. kesian adik aku.

kali kedua pula, masa kitorang satu family holiday dekat PD. pagi-pagi masa aku terkebil-kebil nak celik mata, dia tunjukkan aku seluar pendek dia yang ada kesan darah. aku buat bodoh. orang tengah mamai, cakap apa pun tak masuk dalam kepala. masa aku tengah mandi, aku nampak dekat sink ada satu titisan warna chocolate. fikir. keluar toilet.

"ibu, dekat sink ada titik kaler coklat. hidung atam berdarah ke?". terus aku jerit panggil dia.

aku rasa cuaca malam tu bukan lah panas pun. tapi tah kenapa la hidung dia tu kan. kali ketiga pula, pagi tadi dalam mpv masa kitorang dah sampai restoran abadiah dekat dengan kolej aku untuk sarapan. masa dah masuk kawasan kolej aku, dia cakap, "ibu, off kan air-cond". ibu pun terkial-kial la mencari button off. lepas je aku park depan restoran tu, adham jerit,"hidung abang darah!". aku toleh belakang cepat-cepat. aku tengok atam tundukkan kepala dia sambil tadah tangan. then ibu pun memulakan kuliah pagi ahadnya, "tu lah bantai minum ais lagi. bla bla bla bla bla. kau korek hidung ea?! asek korek hidung je mana tak darah hidung tu. bla bla bla bla." aku nyampuk sikit, "jangan minum milo" *sengeh.

bila dia tekap hidung tu, cepat je tisu tu penuh dengan darah. patutnya balut pakai kotex je kan? hehehe. agak lama la stay uruskan si atam sampaikan ada lelaki india kepochi tu jenguk-jenguk kitorang dari luar kedai. so, atam rest dulu dalam mpv sementara kitorang pergi order makanan dulu.

oke. sekarang nie nak masuk part yang aku rasa sangat terharu.

aku rasa aizat dah membesar sebagai abang yang sayangkan adik dia. tapi dalam part berfesyen, dia tak boleh mengalah dan nak yang mahal dari adik dia. what-so-ever. aku rasa terkedu. abang yang suka mengejek adik dan buat bodoh je kalau terserempak dengan adik dia even diorang satu sekolah, tapi tadi dia yang uruskan adik dia tu. wow! aku rasa macam. . . . bersyukur-lah! aizat basahkan tisu kasi dekat atam. lepas tu dia basahkan tisu lagi, then lap kan seluar atam yang terkena darah tu. lepas tu kibas-kibas sikit seluar atam yang ada sisa tisu tu. masa aku jenguk dorang tu aku fikir aku kakak, so maybe aku boleh tolong apa yang patut. tapi bila benda macam tu jadi depan mata aku, aku rasa adik-adik aku masih ada pelindung walaupun kakak-kakak mereka tidak ada di sisi. mungkin aizat dah sedar tanggungjawab dia sebagai seorang abang lepas kakak-kakak dia dah tak selalu dengan mereka. terpanjang pula entri nie. padahal pasal hidung berdarah dengan aizat je.

"weh! kau amek duit ayah eaaaaaa." *lebihan duit tol yang ada dalam desk.
"aku nak cukupkan rm30. kau bukannya nak bagi aku duit belanja"
"ceh!" aku buka atasinchi aku, then hulurkan rm1 dekat dia.
"hahahaha! seringgit je?"
"jadi la tu. hehe."

atam yang dah duduk belakang pun aku hulur seringgit juga. nanti cakap aku tak adil pula kan.

"wangi seh duit nie"
"duit kepit kat ketiak memang bau wangi. haha!"

adham tak ada dalam mpv, so tak payah hulur. lagi pun duit tabung dia banyak! hehehe.

*ayah tertinggal charger dekat rumah rai.
**bila family aku dah gerak, aku dah online, baru aku sedar kad matrik aku yang aku selitkan tadi.
***konklusi untuk hari ini: bapa borek, anak rintik. lalala~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...