August 24, 2009

Laluan petir.

malam puasa kedua, aku tidur lambat. bila dah hujan dalam pukul 1 pagi tu, aku off PC sebab ibu marah kalau hujan-hujan buka PC atau tv. malas nak masuk bilik, tidur je dekat hall dengan adik-adik lelaki aku. mata dah layu. tiba-tiba. . .

bangggg! <---- bunyi petir. hahaha!

terus terkujat aku. cepat-cepat pegang tangan adik aku, takut dia takut. tapi dia tidur mati aku rasa. aku ke yang takut? dah semestinya. mpv ayah aku pun takut, sampai berbunyi tu.

kali kedua.

kebangggg booommmm!!! <---- bunyi petir yang maha dasyat. cuba bayangkan ye. :))

rasa takut gila-gila dah. tidur pun tak senang. ayah turun bawah cabut semua plug. mpv ayah berbunyi-bunyi dengan lamanya macam ada orang nak curi. masa tu aku memang tak berani nak bangun dari tempat aku baring, takut kalau-kalau petir menyambar lagi. alarm rumah jiran-jiran aku pun ada yang berbunyi.

esok paginya, adik aku yang jadi "rela" dekat kawasan taman aku nie melaporkan bahawa 3 kemalangan berlaku, pokok tumbang & bumbung sekolah dia terbakar.

rupanya lepas petir kuat tu ibu aku tak boleh tidur. terus dia solat dan mengaji. pukul 4am terus masak untuk sahur. pagi tu memang tak bangun sahur. mengantuk.

kesimpulan yang ayah buat, " malam tadi dah banyak la hantu kena tembak ". ihiii. :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...