masa zaman dahulu, nenek moyang aku telah membela kerbau ini. kerbau-kerbau ini hidup dengan memakan rumput yang ada di belakang rumah.
peredaran zaman berlaku..........
dan....
aku telah menyambung tradisi membela kerbau-kerbau ini. pagi-pagi kerbau nie akan kejut aku dengan bunyi yang datang dari perut diorang. tq kerbau. dan yang paling penting, najis kerbau-kerbau nie memang bersepah-sepah kat atas jalan. maaf lah ye. aku bukan tuan kerbau yang berjaya.
meow~ meow~ si kucing putih tompok hitam nie. lapar ye? aku share la makanan aku dengan dia. dia ambil bau je. mahal kot muffin aku tu, kau tak nak makan pula ea. dia kucing, mana la tau makan muffin kan? hehe. ngek!
aku pun berlari la pergi ambil ikan bilis dekat ice box. bila aku jenguk balik dekat tingkap, kucing nie dah menghilangkan diri. sentap la tu dengan aku. tak pe, lepas nie aku sediakan ikan bilis banyak-banyak untuk kau ye kucing.
Kerbau & Kucing (K & K) nie dua-dua bukan pet aku. k & k nie 2 binatang yang aku boleh lihat bila jenguk ke luar tingkap. tapi kalau ada rezeki lebih, dapat la tengok anjing buat project. hahaha! tembel mata mak nanti. sekarang tengah cuti sem, so, kepada binatang-binatang yang ada di kawasan kolej, sila jada diri elok-elok. makan cukup-cukup, ok?
* nenek moyang aku tak pernah jadikan kerbau sebagai pet diorang. hehe. :D
No comments:
Post a Comment