May 27, 2009

We &hearts Victory!!!

Hari/Tarikh: Isnin/25 Mac 2009
Lokasi: Ampang Super Bowl, Kajang

Waktu: 8 malam



Linda, Pnut, Lyn, Wiwie

Yeyeh! Menang! Menang! Hehe. Kitorang menang bagi kategori perempuan dengan markah sebanyak 13++. Lupa angka belakang pula. Sebenarnya, ini kali pertama aku involve dalam aktiviti-aktiviti kolej. Masuk kelab bowling nie pun atas paksaan bekas pemain selangor, Linda. Hehe. Tapi no regret ok. Bowling sukan yang paling best! Walaupun kena pakai banyak duit. Huhu.
Kartun-kartun yang screen nie tunjukkan lepas kita strike, spare atau miss sangat kelakar. Kadang-kadang lupa turn sendiri sebab syok tengok kartun tu.


Ada ball speed juga tau. Sangat best tengok bola siapa paling laju! Hahaha!


Second game

Third game. Markah sikit sebab dah keletihan.
Akhir sekali. . . . .

Aku bangga dengan pasukan bowling aku!!!

Linda = 374
Afeeqa = 370
Lyn = 318
Pnut = 303


*Agak kecewa dengan sikap sambil lewa pihak pengurusan Ampang Super Bowl Kajang nie. Hello management! Kitorang buat competition, bukan suka-suka main. Kitorang main bayar, bukan free ok!

**Disebabkan staff bowling yang pemalas tu, result untuk semua game bagi team aku, dorang tak print out. Mentang-mentanglah group kitorang group last, suka suki kau je tak nak print out ea! Yang handle tournament nie pun satu, bukannya nak tegas sangat. Hak korang ok untuk dapatkan result semua tu.

***Disebabkan hal nie juga, dorang pilih perempuan mana tah menang bagi kategori single perempuan. Nasib baik kitorang check, kalau tidak memang kitorang bangang habis-habisan. Jauh beza kot mata 331 dengan 374.

May 24, 2009

Pasar Malam Semarak

Kelas MA habis pukul 6 petang. Lihatlah pemandangan kolej yang seperti dalam kawasan hutan nie. Hehe. Tipu je. Sebelum balik rumah mesti kitorang fikir dulu nak makan apa. Then, we decide mahu beli makanan dekat pasar malam Semarak. Baru aku tahu yang pasar malam kat sini bentuk U. Jakun tak aku? Dah 2 tahun stay Mantin nie, tapi baru 2 kali pergi pasar malam Semarak nie. Makanya, amat wajib untuk kitorang usha setiap gerai yang ada. Makcik nie dengan suami dia buka gerai dekat pasar malam kolej aku juga, tapi just jual cendawan goreng. Tapi dekat Semarak nie dia jual macam-macam. Aku cuma beli mee hoon sup. Tiba-tiba macam tertarik dengan rojak buah dia. Sumpah banyak isi rojak tuh! Makcik nie siap bagi kitorang rasa dulu kuah rojak tu (siap tabur kacang sekali ok) then boleh potong sendiri buah mana yang kita nak try. Sangat sporting ok makcik nie. So, aku pilih.........aku lupa! Lengkuas mungkin. Hehe. Cara aku pegang pisau pun dah ada ciri-ciri orang yang jual rojak. Memang ada bakat aku nie. Haha! oh! Si Pnut memang suka meng'interframe'kan muka dia. Haha! Lepas dah sedap cuba macam-macam buah baru kitorang pergi kedai lain pula. Kek nie kitorang tak beli. Kakak yang jual kek nie muka dia macam Kak P'pot aku yang duduk Indonesia. Kak P'pot, rindu banget sih sama kamu!!! Jalan sebelah gerai Yong Taufu nie, Linda perasan makanan bentuk star tu. Then dia terus snap. Dulu masa beli dekat pasar malam kolej nie, Linda beli bentuk bear. Linda agak fobia mahu beli Yong Taufu lagi rasanya sebab masa tu dia beli nampak macam sikit, sekali kena RM7! Aku rasa benda nie bukan Yong Taufu sebab dia tak ada kuah sup macam dekat JB tu, tapi orang-orang kat sini yang panggil benda alah nie Yong Taufu. Kalau aku, aku lebih selesa panggil celup-celup! Siapa yang dulu-dulu selalu makan celup-celup nie dekat Pantai Lido mesti tahu. Dulu murah, sekarang mahal cam hape je. Lastly, aku hidangkan gambar pakcik yang buat benda alah nie. ChaKuey aku rasa. Aku lupa. Pakcik nie pemalu ok. Aku rasa teruja bila tengok orang melayu yang buat makanan nie. Sebab kalau kat JB ramai cina je yang jual. Kalau ada pun, dekat dengan office ayah aku je la yang aku tahu.


*pasar malam Semarak setiap hari selasa.

May 22, 2009

Keranamu Assignment

Semester kali ini amat teruk. Memang teruk yang teramat. Kena banyak buat kerja luar dan banyak keluar duit. Sumpah aku tak tahan. Sekarang aku rasa macam nak memuntahkan huruf-huruf plus ayat-ayat untuk assignment aku. 7 assignment untuk 1 bulan lebih. Cubalah korang bayangkannnnnnnnn!!!!!!!


Bergaya tak driver aku nie? Hehe.



Gempak tak photographer aku nie posing? Haha!


Aku lapar. Waah! Tiba-tiba je. ;)



Budak sekolah yang kena tangkap untuk jawab questionaire Marketing Intelligence kitorang.





Well, photographer kena snap picture dia dulu sebelum dia snap picture orang lain. Hihi.

Last but not least, kami yang berada di dalam class Management Accounting.




*Aktiviti lepas nie........Mari ke pasar malam Semarak!!!

May 21, 2009

Cendol! Cendol!












Sila cuba makan cendol di sini. Dekat Taman Semarak, sebelah jalan saja. Kami test cendol saja. Full cendol, cendol tak nak kacang apa-apa dan cendol pulut. Lepas nie Linda tak boleh makan lagi cendol pulut sebab nanti dia pengsan lagi karang.

Last sekali tu gambar owner gerai cendol nie. Dia bagi kami keropok lekor terengganu!! Hehe. Bagi means free taw.

Situasi masa pakcik nie malu-malu nak bagi keropok lekor free. . . .

Pakcik tu tiba-tiba datang meja kitorang, then letak satu piring keropok.

Kitorang tercengang.

"Ada order tadi?"

"Tak ada. Tak ada."

"Haaa. Tak apa la. Makan je, pakcik belanja."

"Terima kasih pakcik!!!"

*sebenarnya pakcik nie fikir kitorang orang majalah kot sebab kitorang siap bawak buku dengan camera godang sekali. hihi. apa-apa, thankz ya pakcik. sebab pakcik la baru kitorang tahu macam mana nak pergi KTM Nilai.

**rasa macam nak pergi makan cendol hari-hari la pula. cuaca panas teramat!!!!!

May 20, 2009

DiGi Prepaid. New Prepaid I Like.


Kami ada number DiGi!!! quek!


Bersamamuuuu, bersama walau ke mana juaaa.....!!! Hehe. Sekarang lagu tu akan kerap aku dendangkan. Suka tak suka, lantak pi.

Kenapa 'kami' sedangkan ada gambar aku sorang saja? Sebab aku, linda & pnut dah beli pack DiGi Prepaid yang baru.

Number kami semua cuma 2 nombor terakhir saja yang berlainan.

016-98100xx

Sebab musabab kami beli nombor Digi nie ialah untuk memudahkan kami bertiga keep in touch dengan kos yang lebih murah semasa monsoon assignment.

Yang kami rasa tentang kelebihan Digi nie ialah, call untuk FnF 8sen & Free SMS. Kami ada dapat free give sekali. 3 beg untuk simpan CD setiap seorang, keychain & beg silang.

Nie kira kali ke-2 aku pakai nombor DiGi sejak berkurun lamanya. First nombor DiGi aku,

016-7069065. Try la call nombor DiGi lama aku nie, usha siapa yang pakai. Hehe.


*Gambar Pnut & Linda tak ada. Well, macam mana nak ada gambar dorang berdua kalau sorang tu jadi driver dan sorang lagi tu photographernya. Aku?? I follower je youu.

**Mata agak lebam. Tak cukup tidur.

May 18, 2009

Bila aku ada duit...Say no to Maggi!

Last week, memang aku pokai gila. Maggi saja la peneman bagi santapan hari-hari aku. So, mesti lah paham kenapa aku makan maggi kan. Yang tak paham confirm-confirm sound aku, 'maggi tak bagus untuk kesihatan'. Aku dah tua bangka. Takkan lar aku tak tahu effect maggi tu. Kalau betul tak bagus, aku nak sarankan kerajaan supaya letak tanda AMARAN dekat plastik maggi, 'MAGGI MEMBAHAYAKAN KESIHATAN'. Confirm rakyat tak layan kan?? Sebabnya rokok ada tanda amaran juga, orang tetap beli.

Bila ayah bagi RM50, kira adalah sikit duit untuk aku menyambung nyawa sampai hujung bulan. So, malam tadi keluar kejap dengan Odah. Pergi isi perut dulu. Then baru pergi kedai.

Aku beli. . .

  • biskut Munchy's
  • epal hijau
  • mushroom soup
  • roti Gardenia, Wholebrain fibremeal


Maggi? Tak pandang.

Sebab? Aku ada duit, boleh beli makanan berkhasiat. Puas hati aku.

Maggi hanya di makan time aku mengalami krisis wang. Hidup perlu pandai bajet. Makanya, sebelum tengok Destinasi Budjet (Qi sangat sempoi!) untuk budjet-budjet pergi bercuti, baik lah pandai budjet-budjet duit untuk kehidupan seharian dulu.

Memang maggi tak bagus untuk kesihatan. So??? Sendiri boleh fikir kan. Duit tak ada, nak kerek makan mahal-mahal tak guna juga. Nanti keperluan yang utama tak dibeli, benda yang tak penting kau sauk.

"Kenyang ke kau beli benda tuh??"- ayat yang selalu ibu aku pakai untuk sound anak-anak dia.

Kalau orang tanya macam tu kau nak jawab apa?? Aku ajar. Kau cakap je, "kenyang banget!". Titik. Muka kesian tak diperlukan untuk situasi sebegini. Muak.

Kesimpulannya, bila aku ada duit. . . Say no to Maggi!

Ada paham??

ENTRI INI TIADA KENA-MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU ATAU YANG SEDANG MELEPAK 7 KAKI DALAM TANAH.

May 17, 2009

Haaa? Hurmm. . .

Aku serba salah dan keliru.
Baru aku ingin rasakan bahagia, dengan sekelip mata kekecewaan meragut jiwa.
Aku berteka-teki.
Kalaulah mereka boleh menyelami isi hati aku.

Tidak boleh bukan?
Aku redha.

Tatkala hari ini, detik ini, waktu ini. . .
Aku berasa kosong.
Sistem saraf otak bagaikan tidak berfungsi seperti sedia kala.

Mana satu harus ku pilih.

Tapi yang pasti, JANGAN PILIH JALAN HITAM.



**termasuk pula tema movie Bohsia nie. ;)

Tahniah untuk Kau, si Sepet.


Dulu.


Beberapa hari nie, ibu selalu mesej aku cakap pasal si Atat nie punya perkembangan sukan hoki.

Aizat johan hoki.

Wah! mesej berbaur pengumuman gitu. Apa-apa pun, tahniah untuk kau, Aizat Ramlee. Darah hoki aku dah mengalir dalam badan kau nampaknya. Haha! Kau tak percaya kan aku dulu main hoki sama level macam kau sekarang nie? Sebab itu masa sekolah rendah, kau kecik lagi. Bukti ada dalam gerobok bilik aku, sila perlihatkan medal itu ok.

Hoki hanya masa sekolah rendah. Walaupun ada penyakit asma (cikgu Ley cakap asmara), aku tetap lari 20 round padang besar ok. Masa tu Hang Edzhar Shah (tak tahu la betol ke tak eja name dia) selaku ketua kami yang handle sesi latihan. Dia kecil molek dan dengar cerita dia dah main hoki untuk Malaysia. Kalau betul bagus lah, tak sia-sia ilmu yang cikgu Ley salurkan tu.

Adik aku yang sorang nie memang busy dengan sukan. Kalau aku dulu masa sekolah menengah ketagih netball & sofbol, dia pula ketagih pada bola sepak & hoki. Lepas habis bola, main hoki pula. Muka naik hitam, badan makin kerempeng! Beli minuman untuk gemuk pun membazir bagi kat kau. Penat je aku memerah tenaga buat ice blended kau tuh. Nah nie ambil daging aku sikit, buat otot untuk badan kau. Haha!

Sekarang.



"wie, aku dah bawa balik stick hoki. ada belakang pintu"

Aku pun dengan pantas la pergi cari stick hoki tuh. Bila tengok. Larrrr, satu je ke. Macam mana nak main nie? Aku ambil stick, ambil bola, main timbang bola je. Mengong punya adik, kalau boleh bawa balik satu stick je baik tak payah bawa balik. Kau nak suruh aku main sorang-sorang dekat taman tuh ke?

"Wi aizat pasal pandai main hoki cikgu antar nama dia kat utm atau uitm pas spm cikgu akan uruskan smuanya sbab universiti perlukan budak berbakat cam aizat.wi tak tengok dia main hoki cam lipas kodong."

Iya Bu Hasni, gue enggak kesempatan melihat aksinya di padang karena gue enggak ada masa mau pulang ke JB. Ibu betul-betul excited pasal sport anak-anak dia. Kau cakap je la kau main kat mana, parents aku mesti pergi tengok kecuali masa Aizat main bola dekat Sabah or Sarawak & tempat - tempat yang jauh sangat.

Nampak bola bowling tu? Bola tu Abang Mie bagi sebab dia dah tinggalkan zaman kegemilangan sukan bowling dia. Hehe. Maybe bola tu kot aku akan pakai untuk tournament bowling inerschool nanti. Hope School Of Business Management akan menang! Yeaah!

Untuk Aizat, main hoki betul-betul. Aku tahu kau boleh pergi jauh dalam sukan nie. Kalau menang peringkat daerah nie, nanti kau akan ada peluang untuk peringkat yang seterusnya. Tapi jangan asyik dengan sukan, pelajaran kau abaikan. Tahun nie kau SPM. Buat yang terbaik untuk diri kau, family and Meme si jantung hati. Hihi.

Tag 4

Mari memulakan hari ahad dengan tag dari Khairul.

1. at what age do you wish to marry?
erm.. 23 maybe. wait for my bf decision.

2. what is your most favourite thing to do?
call my bf time dia masih tidur. haha! masyuq2!!

3. if you have a close close close close friend since childhood who loves to take away whatever you like, including guys/girls, and he/she always wins, will you still consider him/her your friend?
kawan ke macam tu?

4. what would you give up in return to eat all you want in the world and not get fat ?
sumpah tak nak ngetah dengan member masa PLKN. malam-malam makan nasi lemak + burger.

5. if you can have 1 dream to come true, what would it be?
aku nak tengok bf aku gemuk & happy hidup dengan aku sebagai satu family.

6. do you believe you can survive without money?
no! no! no!

7. what are you afraid to lose the most?
my family and my bf.

8. what do you feel like doing, right now?
breakfast, i'm hungry.

9. if you meet someone that you love, would you confess to him/her?
hahaha! hurmm. nope!

10. list out 3 good points of the person who tagged you.
  1. he's cute.
  2. he's love football.
  3. he's from Kedah.
11. what are the requirements that you wish from your other half?
nothing. just be your self.

12. What is your ambition?
having my own company.

13. what is the thing that will make you think he/she is bad?
do something without think about anybody feeling.

14. what do you think is the most important thing in your life?
my future.

15. if you have a choice to be rich or happy, which one would you pick ?
happy first. kadang-kadang orang kaya tu bukannya happy pun.

16. if you have a chance, which part of your character would you like to change?
entah ek. aku dah bersyukur dengan apa yang aku ada.

17. who is the person that you can share all your problems with?
Mohd Faizal Md Zin

18. what is the one thing you love about yourself?
senang berbual dengan orang baru kecuali la he/she tu orang yang pendiam.

19. do you think your style actually reflects your personality?
not personality but based on the event.

20. what does life mean to you?
banyak memerlukan pengorbanan dan persaingan.


and now i tag.

abg topeq, pnut, syiera, tqa, hajar, zuryna, yana, qodoq, edan coba, ein & chort.





May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru seluruh Malaysia. Bakal guru boleh pun boleh juga ambil ucapan nie. Member aku yang bakal jadi cikgu ialah Wan Nadiah & bf dan Fauzan (member Wan).


Guru yang banyak dengan aku ialah:-

Cikgu Sinar Suria (SKTDJ) - Aku ingat dekat dia sebab dia coach netball. Masa latihan dia pijak kaki aku supaya tak gerak.

Cikgu Kamisah (SMKTDJ) - Cikgu nie sanggup berkorban masa, mengajar aku yang lembab dalam sains. Aku jarang masuk class dia sebab selalu pergi latihan netball.

Cikgu Suraya (SMKTDJ) - Cikgu PPI yang sangat best. Aku agak manja dengan dia dan pernah masa latihan kawad kaki aku terrrrpanggil dia 'ibu'. Malu giloz! Semua budak-budak kawad kaki gelakkan aku.

Cikgu Rosli (SMKTDJ) - Guru disiplin yang sangat best. Dia dengan aku sporting je. Aku hormat dia. Perkara yang dia tak percaya kat aku bila aku cakap aku tak ada couple. Ngeee~

Cikgu Zaleha (SMTTP) - Cikgu Kimia dan penasihat group netball. Aku tak teror sangat bab kimia nie. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bab hari nie yang aku belajar, aku boleh ingat satu minggu je. Minggu depan jangan tanya soalan yang sama. Hehe. Sekurang-kurangnya aku dah menggembirakan cikgu Zaleha sampai mengalirkan air mata bila aku dengan budak-budak junior menang tempat ke-3 untuk pertandingan netball. Walaupun tempat ke-3, tapi itu kemenangan kali pertama sejak berkurun SMTTP hantar wakil team netball.

Cikgu Zambandi (SMTTP) - Guru kelas + guru disiplin. Aku suka cara dia ajar subjek LK. Sangat senang menusuk ke kalbu ku. Hihi.

Sir Pillay (Lecture CIELP) - Lecture nie bahasa pedas giloz! Kau bagi essay suruh dia baca. Jawapan dia, RUBBISH! USELESS! Tapi aku tak pernah lar kena sound sampai macam tu sekali. Sekarang dia tak ada ajar aku lagi, tapi bila jumpa dia mesti aku tegur lepas tu borak-borak kejap. oh! Walaupun kata-katanya amat kasar, tapi dia baik hati. Dia bagi aku coin seringgit untuk beli air tin. Hehe. Nanti I belanja you breakfast ea sir.

Untuk semua guru dan lecture yang pernah mengajar dan memberi bimbingan kepada aku, terima kasih daun keladi. Kalau aku jadi lecture atau cikgu akan ku didik anak-anak kalian pula. InsyaALLAH. Tak lupa juga pada cikgu-cikgu di PLKN Kem Lagenda, Jasin Melaka.



'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'


Her : Young Mummy

Saya kakak wiwie, dulu saya tak boleh kalau tak ada puteng. Adik saya cool, dia tak isap puteng.





Hari nie nak pergi jumpa kakak aku lagi. Sangat suke ok! hehe. 3 gambar yang di edit itu adalah hasil kerja kakak aku. Banyak lagi gambar aku yang Rai edit masa tahun lepas. Maybe sebab dia rindu aku kot, sebab tu selalu edit gambar aku. Hehe. Gambar-gambar yang dia edit itu semua adalah masa-masa yang aku habiskan bersama family aku kalau aku ada kat JB.

Rai, kat sini aku nak senaraikan perkara-perkara yang aku rindu nak buat dengan kau :-

  1. Bila kita nak tidur sama-sama lagi? Cerita macam-macam sebelum tidur, gelak sampai kena sound dengan ibu & buat cerita kalau dengar bunyi lock pintu dari bilik parents kita. Haha!
  2. Bila kita boleh main netball lagi? Lagi-lagi bila kau kena guard aku. Sebab kau pendek, kau kena lompat lebih sikit. Kita main netball lagi & buat Cik Ani geram dengan kita sebab main-main bila di gandingkan sama-sama. Rindu moment nie. :(
  3. Bila kita boleh pergi kenduri kahwin orang sama-sama lagi? Aku tak suka la pergi kenduri kahwin kalau tak ada kau.
  4. Bila kita boleh pergi Jusco sama-sama lagi? Pimpin tangan macam orang baru bercinta, aku paw kau, kau paw aku.
  5. Bila kita nak pergi bercuti satu family sama-sama lagi? Dulu kita selalu dapat bilik sendiri, berdua je. Tapi sekarang nie, aku kena kongsi dengan mamat-mamat durjana yang akan berebut comforter dengan aku. Tapi sekarang dah tak boleh dah, sebab kau dah ada Abang Mie. Ahh! Tak kira. Abang Mie pergi tidur dengan anak-anak jantan.
  6. Bila kau nak jemput aku kat Larkin kalau aku balik JB?? Tahun depan aku dah nak habis study. Takkan lah tahun lepas kali terakhir kau jemput adik kesayangan kau nie balik rumah??

Rai, kalau lah kau tau aku ada blog nie an, kau terharu tak kalau kau baca semua cerita pasal kau yang aku tulis? Agak-agak kau penuhi tak list yang aku buat kat atas tu? Rai, sekarang nie kalau aku tulis cerita pasal kau, fikir pasal kau dan ingat kenangan kita bersama dulu, aku mesti nanges. Nanges macam gaduh dengan bf aku. Rai, aku betul-betul rindukan kau. Bila kau dah kahwin, aku terasa sangat kau jauh dengan aku. Aku tak ada transport nak pergi rumah kau. Kau pun belum ada transport nak jenguk aku dekat kolej.

Rai, aku tahu kau dah ada tanggungjawab yang lebih besar, masa kau lebih banyak tertumpu pada hal rumahtangga kau, tapi aku nak ucap ribuan terima kasih sebab kau tetap boleh luangkan masa dengan aku & dengar luahan adik kau yang gembeng nie walaupun dalam telefon saja. Aku doakan hidup kau supaya bahagia selalu, ada improvement dari semasa ke semasa dan tabahkan hati sebagai anak, kakak, isteri, & mummy. I love you so much!



May 15, 2009

Drop Out | D.O



D.O or Drop Out adalah sebuah filem indonesia oleh Winaldha E. Malalatoe. Aku tak tahu tahun bila cerita nie keluar sebab aku just ambil dari Pnut. Movie nie 18SX ok. Simpan elok-elok, molek-molek bagi sesiapa yang punya adik kecil. Sex dalam cerita nie tak ada la show sangat, tak nampak apa-apa pun tapi kalau mereka-mereka yang masih kecil tengok agak tak molek.

Memang dah jadi habitat (upsz! tabiat sebenarnya. pengumuman, BM saya hanya dapat B3 ye kak wa, sorry di sebabkan kesalahan yang mudah itu. haha!) aku, sebelum tengok sesuatu movie tu wajib skip-skip. Mula-mula tengok sikit starting cerita tu, then skip kat climax story tu and baru la usha ending cerita tu best ke enggak.


Sinopsis.

Drop Out nie berkisarkan tentang Jemmy dan rakan-rakan bilik sewa yang sukakan sex. Tanter or makcik yang empunye bilik sewa untuk dorang semua pun sukakan sex. Tanter nie anak dara tua kot. Berlainan dengan Liya, dia langsung tak mengetahui tentang sex malah tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki. Dia menjadi kolot kerana hasil didikan mama & papa nya. Disebabkan Liya yang lambat sangat kahwin, Asri (adik Liya)nekad hamil 4 bulan dengan lelaki yang dicintainya. Sebab Asri hamil, Liya juga yang dipersalahkan.

Liya menjadi lecture di tempat belajarnya dulu. Pertama kali nampak Liya, Jemmy terus cucuk jarum. Rupa-rupanya Jemmy junior Liya yang 2 angkatan tapi masih tak lulus-lulus lagi. "Astagfirullahhal azim, begonya mintak ampun, belum lulus-lulus juga,"-Liya.

Liya butuh kursus kilat, makanya dia meminta Jemmy untuk mengajarnya tentang sex secara teori, tapi tak pakai praktik. Sebagai balasan, Liya akan mengajar Jemmy sampai lulus!

Hubungan suami isteri yang dingin disebabkan tiada kelainan dalam melakukan hubungan kelamin juga penyebab kepada si suami untuk mencari pasangan hidup yang baru. Peringatan untuk sang isteri, jika anda merasa suami anda agak kurang memberikan layanan pada anda, jangan selalu menuduh yang mereka ada perempuan lain. Kalau sang suami itu merasa bosan dengan tuduhan sang isteri, mereka akan merealisasikan tuduhan anda itu.


Jemmy diserbu oleh junior-juniornya kerana membelasah seorang junior yang salah angkat tangan masa berbaris. Pada muka! haha!


Jika anda mahu menonton cerita Indon yang ada unsur kelakar & ada pengajaran tentang sex serta akibat yang akan berlaku jika berlebihan mengambil viagra, boleh la menonton cerita ini. Harus nonton ya!

ASIK TERUS SAMPAI MAMPUS


**kesiannya lelaki yang kena rogol dengan lelaki masa dalam penjara.

May 13, 2009

Permintaan aku mengarut. . . aku sangat sedih. . .

Pukul 4 tadi ada class Management Accounting, Costing & Budgeting. Pertengahan class tu, ibu mesej.


Wi pejal duk umah tu juga ke.


Tanya pasal bf aku rupanya. Risau benor la ibu angkat bf aku nie.


wi tuari ayah ada janji kalau dapat projek buku teks tu nak belanje pejalkan doalah rasanya cam dapat je.


Nak belanje pejal apa bu? Wie pun cam ada request for birthday present kat ayh. Sebab ayh da lama xbagi wie adiah ari jadi. Hehe.


*mood happy gile time nie. kalau dapat projek tu alhamdulillah lah, tak sia-sia doa aku lepas solat tu.


Yg kau ngarut ni kenapa kalau dapat projek tu belanje mkn jeklah.


*ngarut?? On the spot ok air mata aku terus berjurai. Menanges macam orang putus cinta.


Huhu. . Tapi. . Huhu. . *dalam mood belas kasihan.


Wi nak hadiah apa hari jadi wi.


Tak nak pape.


Habis tadi kate nak merajuk ke nyampahlah ngajuk2 ni.


Tak nak dah. Merajuk memang.


Hi bencinya org kuat merajuk ni.oklah ibu nak buat kuih koci ni bye.wi bila balik gi.


Wie balik bulan 6. Bye.


Macam tu la berakhirnya mesej ringkas aku dengan ibu. Da lama tak touching dengan ibu, tapi hari nie memang rasa sedih sangat-sangat. Pula tu teringat masa dulu-dulu, memang lagi menangis la.


Kesat air mata, kesat air mata. Tak tahan sedih, lentok kepala atas bahu Pnut. Huhu.


Kalau orang lain tak tahu, mesti dorang fikir aku menangis sebab tak dapat nak buat soalan cost budgeting yang susah tu. Huhu.


Kenapa la aku sedih sangat kan? Maybe sebab benda tu aku baru nak minta, belum beritahu lagi apa bendanya, mentah-mentah kena reject. Benda yang aku nak memang la bukan keperluan asas, tapi kalau ikut dunia teknologi sekarang nie memang di perlukan sangat. Since last year memang aku asyik di timpa masalah dan musibah dari benda nie, dan memang duit aku dah banyak berhabis untuk benda nie, dan bila aku give up baru aku nak minta parents aku belikan, alih-alih tak bagi. Sangat sedih ok.


Kenapa aku beriye sangat minta benda tu? Sebab tahun nie umur aku 20. Ini bermaksud aku dah meninggalkan zaman belas-belasan aku. Lagi pun, aku rasa memang dah lama parents aku tak bagi aku hadiah. Selalunya belanja makan KFC. Last birthday party masa aku darjah 6, tu pun kongsi dengan Rai sambut 8hb bukan 20hb.


Aku rasa sedih giloz. . .


Call cik bf jap.


>>>>>>>> 6 minit kemudian.


Muka basah dengan air mata + sedu-sedu.

Aku rasa malas nak huraikan hal nie dengan lebih lanjut. Apa yang bf aku cakap tu ada betulnya.

Tapi sebagai anak yang tak selalu dengan parents nya, mesti lah sangat sedih bila sesuatu permintaan di tolak.

Aku suka barang yang orang bagi dekat aku. Biasa orang cakap sebab kita tak beli dengan benda tu dengan duit kita, sebab tu kita tak jaga dengan elok. Dalam hidup aku itu semua berlainan. Benda yang orang bagi lah aku akan jaga bagai menatang minyak yang penuh. Contoh, jam Franck Muller & beg LV yang ayah belikan. Jam tu aku jaga gila-gila sebab ayah gantikan jam tu bila jam yang aku baru beli, berapa hari je pakai cerminnya pecah sebab kena keychain housemate aku. Terkena sikit kat meja or mana-mana tempat aku dah belek-belek, belai-belai tengok ada calar tak. Aizat nak pinjam 1 hari pun aku risau gila sebab takut hilang. Beg pula ayah sendiri perasan kan, still nampak macam baru lagi. Beg LV nie memang design yang menarik perhatian aku bila first time aku tengok beg tu. Nak beli sendiri, tak mampu. Mahal. Esoknya ajak ayah pergi kedai tu balik, ayah kata boleh beli. Suka sangat-sangat!


Tapi untuk kali nie, aku tak nak mengharap. Sebab aku jenis yang cepat menangis tersedu-sedu bila apa yang aku nak tak dipenuhi. Tapi jauh dalam sudut hati aku, aku nak sangat!!! (T_T)

May 11, 2009

Bowling selection

Jam 710pm tadi kami ramai-ramai pergi Seremban Parade. Keluar class awal. Thankz Mr. Tan! Tapi tu pun dia ugut aku, Linda, Pnut, Yasaq & Lyn kalau tak dapat wakil untuk school jangan harap dapat pass assignment. Huhu.

Rasa gugup giloz! Yelar. Ada yang bawa bola sendiri. Nampak macam pro & selalu main je. Aku nie dah la jarang main. Time balik JB je baru main bowling nie. Sampai-sampai je dekat Seremban Parade, terus serbu McD. Lapar beb. Makan sarapan tadi je kot hari nie. Agak hangen la dengan orang yang masak burger aku nie, lembab nak mampus. Yasaq yang datang lambat pun burger dia sampai dulu. Aku menunggu burger tu sampai fries aku dah habis, pastu sampai aku makan lebih-lebih sos.

Tapi serius first time aku tengok orang ambil sos sampai tangan-tangan sekali penuh sos. Gempak kau Yasaq. Tabik spring aku bagi! hehe. Pnut pula . . . ??Haha! Dia susun sos sampai ke lengan. Dah nak sampai meja da nie . . . . kelepek! sos jatuh baik punyerr. ;p

First time juga aku main bowling dengan member-member kolej. Serius happy giloz! Lain kali kita main sendiri-sendiri pula taw. Tak ada la nervous macam hape nanti kan. Result keluar esok. Siapa lah yang dapat jatuhan pin paling tinggi an.

Ini saja berita sukan untuk lewat malam nie. Heeeee. . . .


**sebelum main call ibu dulu. minta tips dari orang yang berpengalaman. hihi.

May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Seawal 1:46am aku dah wish Selamat Hari Ibu dekat satu-satunya insan yang telah meminjamkan perutnya untuk menghidupkan aku selama 9 bulan dan alhamdulillah aku agak senang dilahirkan dan ibu tak rasa sakit pun.

Siapa ibu saya??

  • Dia seorang wanita yang telah dilahirkan dari perut Puan Hamidah.
  • Berasal dari Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor.
  • Diberi nama Hasni. Ringkas dan cukup mudah untuk diingati. Selalu panggil Seni je.
  • Juara nasyid masa sekolah, kot. Ibu ajar aku & rai lagu nasyid bunga seroja & pahlawan apa tah masa kami ada pertandingan nasyid. Kira aku dah hafal dulu lirik lagu Seroja tu sebelum Jamal Abdillah nyanyikan aw.
  • Sharp shooter netball. Aku telah mewarisinya. *senyum dengan lebar.
  • Di gilai ramai masa muda-muda dulu. *tapi banyak lelaki yang atuk reject, lagi-lagi yang kerja askar.
  • Sebabkan kehidupan dulu yang susah, ibu sekolah sampai f3 saja & lepas tu tolong atuk potong buah kelapa sawit. *alhamdulillah, ibu ada jodoh dengan orang yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari UKM.
  • Ibu yang mempunyai 5 orang anak.

Aku sangat beruntung sebab punya ibu kayaqnya. Sempena hari ibu bagi tahun 2009 ni, aku rasa cam nak bagi ucapan dekat ibu aku. =)


Ibu,

terima kasih banget ya sebab jaga wie. Dulu, kita tak rapat seperti sekarang nie. Mungkin dulu wie masih bersifat keanak-anakkan makanya wie jarang banget kongsi cerita sama ibu. Dulu ibu selalu bertanyakan wie soal cinta. Siapa couple kau? Ada masalah ke dengan dia? Kongsi la dengan ibu. . Tapi, wie tak pernah kongsi dengan ibu semua tu.

Tapi, bila umur wie semakin tua, lagian udah mau masuk 20, wie sudah banyak bercerita dengan ibu. Wie baru sedar fungsi ibu dalam hidup wie. Ibu sangat senang dengar cerita cinta wie dan adik beradik yang lain malahan sanggup membantu. Thankz ibu sebab selalu open perihal siapa pilihan hati wie. Wie tau ibu risau wie selalu tukar-tukar couple, tapi, kali nie wie janji wie tak kan buat hal dalam masalah cinta supaya ibu tak risau. *thankz ibu sebab sudi jadi Ibu untuk Faizal.


Ibu,

dulu anak ibu nie nampak macam tomboy kan?? wie tengok gambar dulu-dulu pun wie rasa malu sendiri. Tapi ibu slow-slow jinakkan wie dengan benda yang lebih kepada sifat ke perempuanan. Ibu tahu yang wie tak suka pergi shopping. Masa cari baju untuk hari raya, wie cuma duduk dalam bilik persalinan then ibu dengan rai cari baju untuk wie. Ibu hulurkan wie skirt! haha. Tapi wie pakai juga walaupun jarang. Ibu rajin hulurkan wie lipstick. Wie ada beli lipstick sendiri tapi rasa tak best. Wie lebih selesa dengan lipstick yang ibu bagi. Ibu suruh wie pakai lipstick sebab bibir wie nampak pucat kan? bibir je pucat, tapi wie sehat.


Ibu,

ibu tak penat pun cakap wie lawa + cantik walaupun hakikatnya wie tak ada potongan badan yang langsing. Bila wie cakap tak ada siapa yang akan suka dekat wie, ibu terus marah dan membebel. Hehe. Wie tahu ibu membebel semua tu sebab nak wie ada keyakinan diri. Ibu, wie tahu ibu nak tengok wie cantik, tapi ibu tak pernah paksa wie untuk diet. Ibu cakap, "kalau dah tak boleh tu tak apa la, sekarang pun kan dah comel". Ibu cerita kat wie yang anak cik Lily dah kurus sebab ikut petua Aizat AF tu. Wie tahu dalam hati ibu, ibu nak wie cuba juga kan? Sebab wie nak gembirakan hati ibu, wie sanggup diet ikut cara Aizat tu. Lepas wie dah tak makan nasi 6 hari, berat wie da turun 2kg. Ibu happy sangat bila dengar berita tu then ibu cakap nanti ibu tanya lagi cik Lily apa petuanya.


Ibu,

wie doakan semoga ibu sehat selalu dan panjang umur. Ibu kan nak tengok cucu yang keluar dari perut wie kan? Walaupun wie kahwin lambat, wie nak sangat ibu dengan ayah sempat tengok cucu yang wie hasilkan. Haha! macam nenek & atuk sekarang ni ;p. Ibu, bukan untuk hari ibu nie saja wie hargai ibu. Hari-hari pun wie hargai ibu dan sayang ibu. Walaupun kadang-kadang wie tak dengar cakap ibu, tapi wie tetap sayang ibu. Wie tak nak jadi macam orang lain yang menyesal dengan apa yang dorang dah buat dekat ibu dorang masa ibu dorang masih ada atau pun masih sehat dulu.


Lastly, Nur Afeeqa binti Ramlee yang selalu di panggil Wiwie oleh Puan Hasni Sarkah, ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada omma tercinta - Madam Besar Hasni, sunnie ku si Mummy Rai, kedua-dua nenek ku, Sunbae Hamidah - kepala tak hempok & Sunbae Moq Ainah - cheek kiss. Aku sayang banget sama semua wanita dalam hidup ku!!!!


**

mesej yang di balas oleh ibu:


Terima kasih cayangku kalau sayang ibu kene blajar betul2 n jgn tingal solat.smalam mi n aizat hadiahkan ibu kuih donat yg bermcm jenis sedap2.


*ibu aku kalau mesej memang suka tak letak tanda noktah.
*donut yang dimaksudkan ialah Big Apple Donut.
*mi ialah gf Aizat. mi tua setahun dari Aizat.



mesej yang di balas oleh kakak ku:


Tq my dear sister...hehehe swonok dpt wish mother days..


*first time dalam hidup kot dia dapat wish mother's day. hehe.

May 09, 2009

1 girl 2 boys

Girl = Aku *;p

Boys = Aizat & Aizam


Kami bertiga diseret, ditolak, dihumban ke dalam pesawat pejuang oleh parents kami. Tapi, Atam di tolak keluar semula disebabkan dia ada tugas untuk di selesaikan. Rela atau tidak, memang tuh la tugas dia sebab dia yang paling muda! Hehehehe. .


Tugasan yang menanti Atam ialah. . . . .


Waaaa! sempat posing gitu!

Nyah! lari nyah! lari! hahahaha!


Tutup pagar saja. Hehe. Hujan lebat dowh, tak kuasa aku nak melencunkan diri semata-mata nak tutup pagar. Mengalah lar ea. Kau kan adik. Lalala~


Memang basah la baju seluar dia semua. Aku dengan Abang pun dengki la kat Atam, tak kasi dia duduk. Ibu pula support. Memang dia tak duduk pun, dengar kata beb. Last-last aku suruh dia duduk sebab seluar tang bontot tuh tak basah pun. Heeeeeeee~


Sepatutnya anak yang paling kecil la rajin ikut parents dorang kemana-mana kan?? Tapi kali ni Adham tak ikut sebab dia dah menyelinap keluar pergi rumah member dia tanpa sorang pun orang dalam rumah yang tahu. Si pendek yang nakal!


Kami boring. Makanya, kami pun mengadakan gay photoshoot. Haha!

Smile baby smile! Haha! Nampak tak rantai yang Atam pakai?? Rantai tu sebenarnya Rai punya, siap ada buah rantai beras Raihanah luv Salimi ok. Buah rantai tuh buat dekat Bukit Merah. Aku pun ada juga, tapi dah kena campak. Sebab masa tu aku couple dengan orang lain, makanya nama di beras tu bukan la cik bf aku yang sekarang ni. Hehe. I wonder. . . Atam pakai rantai tu sebab rindu Rai or just gatal-gatal doq pakai gak rantai yang dah berkarat tuh.


Oh! Aku tak tahu nie pic yang ke berapa sebabnya banyak yang tak jadi. Pencahayaan terlampau kat bahagian Abg so nanti muka dia jadi cam pic kat atas. Kurang nampak dan menarik sangat. Atam je la banyak buat muka "comel". Suka Mak tengok Nyah posing macam tu tawwww!! ;p

Finally, ni la pic yang digunakan untuk cover magazine GAY. Haha! Kau gila! Adik-adik aku ni masih suka perempuan. Aku yang suruh dorang posing macam ni. Pic agak lawa sebab Ayah tengah berhenti isi minyak.



Pic di snap oleh Ayah. Sanggup melayan kerenah anak-anak dia. 1st snap tak jadi, then cakap ngan Ayah, dah tak yah la. Tapi dia tak puas hati, nak try snap kali ke-2. Hehe. That's my dad!! Baru aku perasan pic ni cam kureng sikit. Atat! Kau patutnya letak tangan kau cam kitorang gak, nanti baru nampak sepesen je. Hehe.



Nampak brutal tak aku? Aku perlu jadi sebegitu sebab aku adalah kakak untuk 3 orang adik lelaki yang akan bernaung di bawah ketiak aku walaupun aku tahu yang mereka akan meninggi melebihi ketiak aku. *korang cepat sangat la membesar. huhu. =(. Tapi aku bukan la garang sangat, cuma tegas je sebab tak nak korang pijak kepala aku. Well, itu sudah terbukti sebab kalau dulu-dulu Rai marah kat korang tak jalan, on the spot dia jerit nama aku aw, "Wiwie!! tengok Atat or Atam or Adik nieeeeee...............!!"


Ucapan for my boys,

hye boys! saya Afeeqa a.k.a wiwie yang memegang watak sebagai kakak ke-2 korang dalam dunia nie =). Well boys, pejam celik pejam celik, korang semua dah membesar dengan atttitude yang berbeza, ketinggian yang semakin menggunung dan selera makan yang melampau. Abang lebih focus dekat sport, Atam dengan shuffle and Adik pula berlumba-lumba nak jadi the best dalam class. Walau apa pun yang korang minat, aku sebagai akak tetap support. Aku nak tengok korang berjaya dalam hidup dan menjadi orang yang berguna untuk family, bangsa dan negara.

Boys, nanti kalau aku dah bekerja, hidup aku dah stabil semestinya tugas ayah yang selama nie ditanggung sorang-sorang akan menjadi tanggungjawab aku pula. Kalian pun sedia maklum yang Rai dah ada family sendiri dan bakal menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Makanya, aku yang masih membujang dan lama lagi untuk menempuh alam perkahwinan nie akan mengambil tugas-tugas ayah untuk menjaga korang. Aku akan sedia upaya menyediakan wang yang cukup supaya korang boleh sambung study dekat tetap yang bagus. Tak cukup dengan satu kerja, aku akan buat 2 3 kerja yang lain. Aku tak kisah kalau aku tak cukup rehat asalkan keperluan korang dipenuhi. Tapi Abg, kau jangan perasan la kau dapat kahwin dulu sebelum aku. Tapi kalau betul benda tu jadi, aku nak kau bagi aku cincin emas! Wahahaha!

Btw, aku nak sangat tahu sama ada korang happy tak dapat kakak macam aku nie? Aku nie funny tak? Adik cakap aku funny. Korang bangga tak sebab aku nie kakak korang? Kalau aku lama tak ada kat rumah korang rindu aku tak? Tapi yang paling penting, korang sayang aku tak?

Ermm. Mungkin aku tak akan tahu jawapan bagi semua tu sebab aku malu nak tanya kat korang. Tapi aku nak korang tau, yang aku sangat-sangat sayangkan korang. Aizat, aku tau kau lebih selesa beritahu rahsia or problem kau dekat Rai yang jauh di mata tu. Habis aku nie bukan kakak kau juga ke nak beritahu perkara tu? Mungkin sebab kau takut aku marah kan kau. Memang aku marah! tapi marah sebab kau tak terus-terang dengan aku. *yang lain tak ada secret maybe sebab kecil lagi. ;p

Lastly, I Love You All's Fucking Much babe!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...