May 16, 2009

Her : Young Mummy

Saya kakak wiwie, dulu saya tak boleh kalau tak ada puteng. Adik saya cool, dia tak isap puteng.





Hari nie nak pergi jumpa kakak aku lagi. Sangat suke ok! hehe. 3 gambar yang di edit itu adalah hasil kerja kakak aku. Banyak lagi gambar aku yang Rai edit masa tahun lepas. Maybe sebab dia rindu aku kot, sebab tu selalu edit gambar aku. Hehe. Gambar-gambar yang dia edit itu semua adalah masa-masa yang aku habiskan bersama family aku kalau aku ada kat JB.

Rai, kat sini aku nak senaraikan perkara-perkara yang aku rindu nak buat dengan kau :-

  1. Bila kita nak tidur sama-sama lagi? Cerita macam-macam sebelum tidur, gelak sampai kena sound dengan ibu & buat cerita kalau dengar bunyi lock pintu dari bilik parents kita. Haha!
  2. Bila kita boleh main netball lagi? Lagi-lagi bila kau kena guard aku. Sebab kau pendek, kau kena lompat lebih sikit. Kita main netball lagi & buat Cik Ani geram dengan kita sebab main-main bila di gandingkan sama-sama. Rindu moment nie. :(
  3. Bila kita boleh pergi kenduri kahwin orang sama-sama lagi? Aku tak suka la pergi kenduri kahwin kalau tak ada kau.
  4. Bila kita boleh pergi Jusco sama-sama lagi? Pimpin tangan macam orang baru bercinta, aku paw kau, kau paw aku.
  5. Bila kita nak pergi bercuti satu family sama-sama lagi? Dulu kita selalu dapat bilik sendiri, berdua je. Tapi sekarang nie, aku kena kongsi dengan mamat-mamat durjana yang akan berebut comforter dengan aku. Tapi sekarang dah tak boleh dah, sebab kau dah ada Abang Mie. Ahh! Tak kira. Abang Mie pergi tidur dengan anak-anak jantan.
  6. Bila kau nak jemput aku kat Larkin kalau aku balik JB?? Tahun depan aku dah nak habis study. Takkan lah tahun lepas kali terakhir kau jemput adik kesayangan kau nie balik rumah??

Rai, kalau lah kau tau aku ada blog nie an, kau terharu tak kalau kau baca semua cerita pasal kau yang aku tulis? Agak-agak kau penuhi tak list yang aku buat kat atas tu? Rai, sekarang nie kalau aku tulis cerita pasal kau, fikir pasal kau dan ingat kenangan kita bersama dulu, aku mesti nanges. Nanges macam gaduh dengan bf aku. Rai, aku betul-betul rindukan kau. Bila kau dah kahwin, aku terasa sangat kau jauh dengan aku. Aku tak ada transport nak pergi rumah kau. Kau pun belum ada transport nak jenguk aku dekat kolej.

Rai, aku tahu kau dah ada tanggungjawab yang lebih besar, masa kau lebih banyak tertumpu pada hal rumahtangga kau, tapi aku nak ucap ribuan terima kasih sebab kau tetap boleh luangkan masa dengan aku & dengar luahan adik kau yang gembeng nie walaupun dalam telefon saja. Aku doakan hidup kau supaya bahagia selalu, ada improvement dari semasa ke semasa dan tabahkan hati sebagai anak, kakak, isteri, & mummy. I love you so much!



2 comments:

durianjawa said...

lama sudah aku tak komen blog kaw..
maaf,sakit kat kepala aku ni buat aku xleh nk fikir lama2..
hurmm
entri kaw nampak sarat..
seputar aku teringat uda aku..
now, im standing on ur shoes,wie..
i feel it too..

aku pura2 gembira bila gembira masa hari besar dia..
dlm hati..aku menangis..
kaw taw x..aku xpenah balik kg lepas uda kawen..
it so hard..
xde sapa2 kat rumah dah..xde lagi masa untuk uda teman aku tido..
cerita pasal masa dia kecik2..masa dia keje kedai dlu..masa dia ngn ex2 dia..
xde lagi tempat aku nak bermanja2..peluk2..
dia da ade hubby dia..
aku x kan nak tunjuk sume ni depan dia..
tp jauh dlm hati..
aku rase terkoyak hati aku bila uda jalan pimpin tgn ngn abg ayin tu..
masuk bilik and tutup pintu ngn abg ayin tu..
semua yg dia buat ngn abg ayin..aku trase ati..
hummm..
maaf komen pjg..hehe..delete je kalo kaw nak..hehe..

Afeeqa said...

yup2!

semua tuh kite akan rs tp ak xde la smpi jelez tgk akk ak jln ngn abg mie.

lol. wtpe plak ak nk delete.

xkesah. tu luahan ati ko.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...