June 26, 2010

Bayu Beach Resort, PD

tarikh: 22 Jun 2010
lokasi: Bayu Beach Resort, PD


akhirnya, sampai juga hari untuk bersuka-ria tanpa memikirkan exam atau pun assignment. yeeeehaaaa! seawal 11am kitorang dah berkumpul di blok sc07.


linda, kak lin & aku gerak dari hostel tanpa pnut. dia tunggu dekat Ampangan, area rumah dia. ops! kucing lalu. tak fokus nak ambil gambar.


sesampai je di PD, kami mencari tempat untuk lunch. Tat Tok Kama Cafe menjadi pilihan. makanan dekat sini ok la. lebih sedap dari restoran yang deret bundle tu. Tat Tok Kama Cafe ni berdekatan dengan pasaraya The Store.



aktiviti yang aku paling suka. bola tampar pantai. linda & pnut VS wiwie & kak lin. game untuk hari ini dimenangi oleh kak lin & aku!! pheewittt!!! hahaha.



ok. tiba pula game yang membuatkan aku rasa nak muntah. mana tak nya, coffee + coffeemate + pasir (perisa tambahan). serious aku tak boleh blah dengan rasa coffee tu. habis game terus aku berlari ke laut. tsk. air laut yang masin campur dengan kopi. apa jadi?


yes! masuk je laut aku terus kena simpul biawak @ kejang kaki. dua dua belah pula tu. perfecto! setiap kali ambil gambar mesti tengah duduk dan tangan tekan ibu jari. tsk. sedih betul.


terima kasih pada mereka sebab temankan aku lepak tepi pantai lepas kekejangan kaki. xoxo. aktiviti kami ialah membina istana pasir bulat (tak jadi sebenarnya). 


testing testing. berlari di gigi pantai. alright ! kaki aku dah ok semula.



kelas mengapungkan badan oleh cikgu pnut. percuma. tiada bayaran di kenakan.






apa beza "laut" dengan "pantai" ? aku tak dapat bezakan. sebab tu aku guna kedua-dua perkataan tu dalam entri ni. ermm. aku perlu buka buku dewan bahasa ni.

June 25, 2010

make me fresh

hye MMF. i menghilang beberapa hari ni sebab i nak mengisi sisa-sisa masa yang ada bersama dengan kawan-kawan kolej i. 



i tinggalkan semua social networking & u untuk 3 hari 2 malam sebab i nak berjimba dengan kawan-kawan i dekat Port Dickson. u tau tak kenapa tempat ni di namakan Port Dickson, MMF? i tak tau. i cuma ada jawapan yang tak logik je. haha.


dan semalam pun i tak jenguk u sebab semalam ialah malam terakhir i makan angin dalam kereta dengan kawan-kawan i. bergelak sakan sampai tengah tidur pun boleh ketawa. mengigau siot! aishh! hebat betul penangan soal-menyoal & berita 5 kepala ni.

ok. i hapdet u later ya. i nak kena packing barang-barang dulu. bilik dah macam tokang pecah ni. adios amigos bebeh. 

June 22, 2010

Port Dickson yaw

pukul 11 pagi nanti, saya akan bertolak pergi ke Port Dickson. enjoyment days katanya. tapi saya ada rasa something fishy. mungkin sebab tadi baru lepas basuh ikan untuk BBQ malam nanti. tadi tiba-tiba kepala pening betul. darah naik kot. 

aishhh. harap esok semuanya berjalan lancar.

terima kasih selesema & batuk sebab dah pergi sebelum saya pergi vacation. jangan datang lagi ya bakteria. 

webcam dengan K semasa bakteria menyerang. 

June 21, 2010

last exam for HND

 i hope this is my last exam docket for HND. pink color gituuuu.

 exam docket bertukar menjadi roket kertasss!!!

 bye bye docket sayanggg.

let's pack our back and go to Port Dickson babe's. ops! malam ni kena rewang untuk BBQ dulu daaa~ 

mimpi itu petunjuk ke?

"hye wie. tak kan la kau merajuk dengan aku lagi. jom la jumpa."

aku terpinga-pinga. eh! si B. dah lain dia sekarang. tudung pun dah hilang. badan maintain sama. ada apa pula nak jumpa. tak apa lah. semua ex-classmates pun pergi kan. seperti hari yang di janji kan, aku pergi reunion yang member-member aku buat. 

sesampai di sana, eh! budak kolej aku pun ada juga? tak apa lah. mungkin diorang ni berkawan juga. borak punya borak. si B tanya aku, "tak kan lah kau tu tak ada pakwe wie. tak percaya aku." lepas je habis soalan tu, si B langsung tak pandang muka aku. muka dia seperti mengejek. dia berpaling menghadap kawan-kawan yang lain. si B ada awek. eh! aku confuse. si B ni perempuan. tapi aku masih lagi confuse, kenapa dia macam tak suka aku. kenapa aku tak ada pakwe tu jadi masalah bagi dia? 

tiba-tiba, mata aku rasa sakit. macam ada sesuatu yang timbul dekat kelopak mata aku ni. seakan tembel. ish! kenapa tiba-tiba ada tembel ni. time aku dekat luar pula tu. lepas tu, si B terus hilang dengan awek dia. aku ni still kebingungan lagi.

******

hari ni last paper exam aku, insyaAllah. doakan aku boleh jawab dengan tenang dan boleh memutarkan ayat dengan jayanya. tiba-tiba aku terfikir, malam tadi aku mimpi apa ek. owhhh. mimpi pasal si B. dia gitu gini. ok.

eh! tapi kenapa aku mimpikan dia? tiba-tiba je. sedangkan aku tak pernah terfikirkan langsung pasal dia. dan aku tak pernah cari dia di mana-mana social networking. adakah ini petunjuk? dia ke perempuan yang makcik aku maksud kan? ya Allah. tak mungkin. walaupun aku tau yang dia lebih lama kenal aku dari budak-budak sekolah teknik yang lain sebab kami mula kenal sejak sekolah rendah lagi. arghhhhh.

Ya Allah, kau lindungilah aku ya Allah.

June 20, 2010

pria terhebat !


-tahun baru di Melaka-

"happy father's day, ayah. u're the best. hihi"
"tq so much"

yeeeeha! sukanya i sebab dapat juga text ayah cakap u're the best. ehem! ingat lelaki je ada ego. ego i lagi tinggi. kalau tak silap, i pernah kiss pipi ayah i sekali je. tu pun ibu suruh. zzzzz. mak malu la nokkk.

ayah saya memang yang terbaik kerana:-

1- ayah sokong je apa yang saya buat.

2- dulu-dulu ayah mesti belikan saya selipar baru setiap kali ada netball tournament.

3- ayah tak marah dengan siapa saya berkawan. cuma lepas dah putus, dia kata carilah yang bukan muka jawa. ;))

4- sampai sekarang saya rasa ayah saya hebat sebab masa saya kecik, ayah pernah bawa saya ke tengah laut sampai saya rasa benda geli-geli dekat kaki dan saya tak boleh jejakkan kaki dekat pasir. masa tu ayah saya la orang yang paling tinggi.

5- ayah saya tak lokek kasi saya bawa mpv baru dia masa saya baru je dapat lesen. tak macam ayah orang lain, kereta simpan sampai karat dekat garaj.

cukup la 5, simpan untuk tahun depan pula. cuma nak tambah lagi satu, saya suka ayah saya dah tua dan saya yang dah matang dan besar panjang sekarang ni sebab ayah dah cool dan tak boleh nak marah-marah saya sangat dan kami boleh berbincang apa saja topic pasal golf, bola, pelajaran, & etc.

i ♥ u , Pak Ram. :) 

farewell party for business student 2007-2010

















tarikh: 17 Jun 2010
lokasi: Chinese Restaurant @ ALLSON KELANA HOTEL PUTRA NILAI
motif: parti perpisahan untuk Business Student 2007-2010.

batch kami tak ramai. cuma ada 40 something students saja. tak ramai lagi best, sebab dapat study dalam kelas. kalau dalam dewan, tak best sangat, sebab barang yang boleh di letakkan di atas meja tu terhad. insyaAllah, jika tiada aral melintang, kami semua akan graduate dengan jayanya lepas raya nanti.

aku suka sangat bila dapat berkumpul dengan mereka semua di luar kelas. lari dari segala topik pembelajaran. boleh bermain UNO bersama. bergambar tanda kenangan. layanan aku untuk semua kawan adalah sama. siapa kau? kau group mana? semua itu tidak timbul dan tidak menjadi masalah untuk aku.

jika dalam ucapan hazel ada mengatakan perihal "fighting", sebenarnya memang kami "fighting!". aza-aza fighting! :) fighting untuk mendapatkan ilmu dan cuba untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. selepas lectures memberikan makanan kepada otak aku dan rakan-rakan dengan ilmu yang mereka ada, sudah tentu semua ilmu itu tidak boleh di balas oleh kami sampai bila-bila. makanya, hanya jamuan kecil yang kami mampu berikan untuk lecturers kami.

kawan-kawan, jumpa di vacation pula nanti ye. yeayy ! ehem. esok exam. rilex dulu der.

June 18, 2010

packing




minggu lepas, masa ayah hantar aku pergi stesen bus Larkin, we had a conversation pasal pindah randah lepas habis study nanti. 

"banyak ke barang kau?"
"tak banyak sangat yah. baju je la kot yang banyak"
"kat sana kau ada beli baju lagi ke?"
"ermmm. tak la yah. bawa dari rumah tu je"

dulu kan, memang aku rajin beli baju. masuk bulan baru mesti nak beli baju. lagi-lagi bila ada sales. lepas tu mood pada baju dah kurang. dah beralih pada selipar. lepas tu bawa kepada buku & komik. petang tadi aku dah kemas sikit baju-baju kurung, t-shirts, tudung-tudung untuk kelas agama, sarung bantal, tube, yang agak dah boleh di packing. phew~ nasib baik muat satu plastik hitam. kalau tak, confirm Pak Ramlee bising. pakaian yang masih berbaki tu, harap-harap muat la masuk beg hitam tarik yang gedabak tu nanti. 

kena cari kotak untuk isi buku-buku & komik-komik aku pula ni.

June 17, 2010

bola itu orang dewasa, Toy Story 3 itu kanak-kanak

hye MMF.

semalam i pergi tengok bola dekat food court. tengok Spain kalah buat pertama kalinya dengan Switzerland. yang paling membanggakan, goal keeper Switzerland tu bf i. ops? hahaha. tiba-tiba je kan. first time layan bola dengan budak-budak lelaki yang ramai bersorak bila bola sampai ke pintu gol Switzerland plus ada pengulas sukan yang di import khas dari negara yang mungkin berasal dari area-area Africa. gila cool. nak gelak pun ada tengok gelagat diorang tengok bola. siap berdiri, siap garuk kepala, siap angkat tangan, siap ketawa perli (penyokong Argentina punya kerja). pagi buta ni giliran Argentina pula turun padang. good luck yaw~ astro tak ada nak tengok. plus selesema & bersin ni.



hari ni, lepas habis hi-tea dengan lectures & classmates, my friends & me pergi layan movie pula. Toy Story 3! orang ramai. ermm. kanak-kanak yang ramai. ini lagi satu hal, superb habis la! bila layan cartoon, dikelilingi dengan kanak-kanak yang ketawa dengan kuat, rasa macam dalam dunia kanak-kanak betul. kalau lah dapat bawa Adham tengok movie ni, mesti dia suka. movie ni best, korang wajib tengok! i tak tau pula hari ni 1st day movie ni keluar. patut la ramai orang.

Lotso! hati kau sangat busuk. padan muka kena ikat depan lori. makan angin siottt. :))

June 16, 2010

my classmates, jom bersuka ria & bergembira



OMG! linda tak ada gambar dengan invitation card.

so, this is a special picture for Linda. hehe. muka gembira di hari terakhir kelas & of course sebab dapat invitation card seperti kami juga.
tq Sir James Tan sebab jadi model kejap.

boleh nampak alamatnya? kalau nampak, jumpa di sana yaw! hehe. lagi beberapa jam je lagi nie. my classmate yang pergi nanti, siap-siapkan la baju you all yer. dress up gempak-gempak ok. gue rasa macam nak buat Best Dress Competition pula. hadiahnya, tak tau la nak bagi yang sedia ada, atau pun yang baru. yang dah ada tu, dah lama dah simpan & perapkan. tapi tu la, kalau perempuan yang menang, kena lah sedekah hadiah tu dekat bf or adik lelaki korang. tapi hadiahnya tak mahal la. cikai cikai one punya. saja nak bagi competition dekat korang walaupun dah habis assignment. fyi, my classmates ni memang suka compete with each other. active student gituuu. :P

guys, esok i tak boleh nak jadi DJ. sakit tekak la. ngam-ngam choi je sakit tekak ni datang. lalala~

popo di stesen bus Larkin


aku memang tak minat sangat pergi stesen bus Larkin ni. mereka-mereka yang jual tiket ni suka datang dekat-dekat, cakap macam nak berlaga pipi. tsk. aku tau nak pergi kaunter mana untuk beli tiket aku la. tsk.

kena tunggu bus sejam. boring. panas. McD penuh. nasib baik ada Diari Mat Despatch. tengah aku membaca sambil tersengih-sengih, datang seorang popo yang mungking sebaya nenek aku duduk sebelah aku. mata aku masih pada DMP. 

tiba-tiba, popo bersuara, "bla bla bla bla". 
aku tak faham. aku pandang popo sambil tersenyum, "aunty, saya orang Melayu".
popo pun terus tukar bahasa, "mana bus pergi Pekan Nenas aa? saya mau pigi Pekan Nenas. bus 69"
mata melilau-melilau, dan terlihat bus ke Pontian bernombor 96 "itu bus Pontian. rasanya bus tu pergi Pekan Nenas kot aunty"
sambil menyentuh aku, "pigi tanya r"
aku dah sedia nak bangun untuk pergi tanya.
aunty tahan, "tak pa. tak pa. saya pigi tanya"
"haaa. ok aunty ok"

aku hanya melihat aunty pergi. sampai lah dia dapat tempat duduk di dalam bus tu, baru aku angkat punggung dari kerusi kayu pergi mencari air. sakit tekak.

not bad juga ada dekat stesen bus ni. boleh buat pahala dengan tolong mereka mencari bus. 

June 13, 2010

world cup

first of all, terima kasih untuk my housematechort, & my ex-schoolmateiena, sebab buat entri ucapan takziah untuk aku & keluarga. yang pergi, biarlah dia pergi. yang masih hidup ini, perlu di jaga. kan? :)



hari kedua World Cup, Korea menang 2-0 menentang Greece. Argentina menang 1-0 menentang Nigeria.

sebab Rafif pakai baju color biru, kira sokong Argentina la ya. hehe.

korang sokong team apa? i ♥ Messi. :P

siti aisyah




11 Jun 2010/5:19pm
jantina: perempuan
berat: 650gram

semuanya adalah pengalaman pertama bagi aku. kehilangan insan yang mempunyai pertalian darah yang sangat dekat, sumpah aku sangat sedih. aku redha. sebab kematian itu adalah pasti walaupun kita tak tahu bila masanya.

entri ini. memori ini. aku catatkan supaya aku tidak lupa yang aku pernah mempunyai seorang anak buah perempuan.

******
10 Jun 2010
pagi-pagi lagi aku dah dapat panggilan dari ibu. ibu cakap, Rai dah masuk labour room. risau. fikiran  bercelaru. jiwa tak senang. mana hati mahu balik ke JB, tapi assignment terakhir masih lagi belum selesai. pagi tu, entah kenapa aku rasa sedih sangat. sampaikan aku menangis teresak-esak semasa mandi.

petang tu, aku call Rai. dia keluar semula dari labour room. doktor kata, bahagian dalam dia baru buka 2cm. dalam hati, adalah perasaan lega sedikit. rasanya masih ada peluang untuk aku ada di sana masa Rai bersalin.


11 Jun 2010
assignment Taxation & Business Strategy siap pada masanya. Alhamdulillah, walaupun hati aku tengah keresahan, result assignment Taxation aku & the geng telah mendapat respond yang baik dari lecture yang boleh di kategorikan sangat strict. syukur. kami lulus dengan mudah. hilang satu kerisauan aku.

tiket bus cuma ada pukul 830pm. masa menunggu di MarryBrown, ibu call cakap Rai dah bersalin. Alhamdulillah. selepas 2 minggu, semuanya dah selamat.


12 Jun 2010
pagi-pagi lagi kami sudah bersiap-siap untuk ke hospital. pick up Rai & arwah. semasa sudah berada di bilik mayat, aku menunggu dengan gementar jenazah yang akan tiba. berapa besar sizenya? bagaimana rupanya? semuanya terungkai selepas Abang Mie datang ke van dengan membawa arwah yang berbalut dengan kain putih. dia panjang. tidak seperti umurnya. aku sudah mula sebak. air mata bergenang. aku cuba menenangkan diri aku. jenazah ada di depan aku, nanti dia sedih pula kan?

sampai saja di rumah, arwah di letakkan di atas meja, menghadap kiblat. mak usu & nenek membuka balutan kain putih itu untuk melihat arwah. aku dapat tengok sekejap saja sebab aku kena dokong Rafif yang baru bangun tidur. kali ke-dua aku melihat arwah, bermula dari raut wajahnya, badannya, jarinya, kakinya, dan aku kembali tertumpu pada jari jemarinya yang halus dan merah, aku tidak dapat lagi menahan sebak. aku terus menuju ke dapur. walaupun tangisan aku tidak kuat, tapi itu sudah cukup untuk membuatkan ibu menangis sama.

aku sebak sebab aku membayangkan, kalau lah kamu masih hidup sayang, sudah tentu jari jemari mu yang halus itu akan menggengam kuat satu dari lima jari makcik. :)

arwah di mandikan di dalam toilet bilik ibu. aku tidak dapat tengok sebab ustazah tak bagi. jadi, aku hanya menunggu di atas katil. selepas selesai di mandi kan, aku melihat assistant ustazah mengelap arwah. kemudian, tiba saat di kafan kan. Abang Mie sempat melihat arwah sebelum mukanya di tutup terus. Rai tak kuat semangat. tiba di ikatan terakhir ketika di kafan kan, aku dah tak dapat menahan sebak. terus keluar dari bilik dan menangis. 

arwah tidak perlu di sembahyang kan sebab baru berusia 5 bulan. jenazah di bawa ke masjid. hujan renyai-renyai. kemudian berhenti. selepas solat zohor, kami menuju ke tanah perkuburan Ar-Raudah, Mount Austin. tanah perkuburan baru. jalan kecil juga masih dalam pembikinan. kemudian, kamu menuju ke hujung sudut di tepi jalan. di bahagian kanak-kanak, arwah merupakan baby ke-5 yang di kebumikan di situ.

semasa bacaan doa, aku menitiskan air mata lagi. bertambah sebak bila melihat daddy arwah turut menangis sama.

rai- "doktor. baby saya hidup lagi ke? saya rasa dia macam bergerak-gerak"
doktor- "tak. baby awak dah meninggal. saya paham perasaan awak. awak banyakkan bersabar ya"
* beberapa hari sebelum baby di lahirkan.

aku sebak bila ibu ceritakan situasi seperti dialog di atas.

Al-fatihah.

June 09, 2010

saya akan rindukan awak, Mantin

lokasi: belakang hostel SC02, Mantin
waktu: pagi, tengahari, petang

 selamat pagi, Uncle.

 selamat tengahari, yang mendung.

 selamat hujan, yang lebat sikit. 

selamat petang ! 

minggu ni ialah minggu terakhir untuk kelas semestar kali ini, tahun ini, dan 3 tahun yang lepas. phew~
insyaAllah, kalau semestar ni tak ada aral melintang, aku boleh lah graduate lepas raya nanti. aku cuma ada 2 minggu saja lagi untuk mencuci mata melihat perubahan cuaca, suasana, dan menghirup udara dekat Mantin ni. 

ada 2 lagi assignment yang perlu di submit by this friday. tangan dah lenguh gila sebab asyik menaip saja. dah 2 hari tidur 2 jam je. nasib baik semalam internet tak ada. pukul 8 dah naik katil. hari ni, terus tak tidur rasanya.

oh mak eden! eden tak larat dah niii. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...