May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Seawal 1:46am aku dah wish Selamat Hari Ibu dekat satu-satunya insan yang telah meminjamkan perutnya untuk menghidupkan aku selama 9 bulan dan alhamdulillah aku agak senang dilahirkan dan ibu tak rasa sakit pun.

Siapa ibu saya??

  • Dia seorang wanita yang telah dilahirkan dari perut Puan Hamidah.
  • Berasal dari Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor.
  • Diberi nama Hasni. Ringkas dan cukup mudah untuk diingati. Selalu panggil Seni je.
  • Juara nasyid masa sekolah, kot. Ibu ajar aku & rai lagu nasyid bunga seroja & pahlawan apa tah masa kami ada pertandingan nasyid. Kira aku dah hafal dulu lirik lagu Seroja tu sebelum Jamal Abdillah nyanyikan aw.
  • Sharp shooter netball. Aku telah mewarisinya. *senyum dengan lebar.
  • Di gilai ramai masa muda-muda dulu. *tapi banyak lelaki yang atuk reject, lagi-lagi yang kerja askar.
  • Sebabkan kehidupan dulu yang susah, ibu sekolah sampai f3 saja & lepas tu tolong atuk potong buah kelapa sawit. *alhamdulillah, ibu ada jodoh dengan orang yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari UKM.
  • Ibu yang mempunyai 5 orang anak.

Aku sangat beruntung sebab punya ibu kayaqnya. Sempena hari ibu bagi tahun 2009 ni, aku rasa cam nak bagi ucapan dekat ibu aku. =)


Ibu,

terima kasih banget ya sebab jaga wie. Dulu, kita tak rapat seperti sekarang nie. Mungkin dulu wie masih bersifat keanak-anakkan makanya wie jarang banget kongsi cerita sama ibu. Dulu ibu selalu bertanyakan wie soal cinta. Siapa couple kau? Ada masalah ke dengan dia? Kongsi la dengan ibu. . Tapi, wie tak pernah kongsi dengan ibu semua tu.

Tapi, bila umur wie semakin tua, lagian udah mau masuk 20, wie sudah banyak bercerita dengan ibu. Wie baru sedar fungsi ibu dalam hidup wie. Ibu sangat senang dengar cerita cinta wie dan adik beradik yang lain malahan sanggup membantu. Thankz ibu sebab selalu open perihal siapa pilihan hati wie. Wie tau ibu risau wie selalu tukar-tukar couple, tapi, kali nie wie janji wie tak kan buat hal dalam masalah cinta supaya ibu tak risau. *thankz ibu sebab sudi jadi Ibu untuk Faizal.


Ibu,

dulu anak ibu nie nampak macam tomboy kan?? wie tengok gambar dulu-dulu pun wie rasa malu sendiri. Tapi ibu slow-slow jinakkan wie dengan benda yang lebih kepada sifat ke perempuanan. Ibu tahu yang wie tak suka pergi shopping. Masa cari baju untuk hari raya, wie cuma duduk dalam bilik persalinan then ibu dengan rai cari baju untuk wie. Ibu hulurkan wie skirt! haha. Tapi wie pakai juga walaupun jarang. Ibu rajin hulurkan wie lipstick. Wie ada beli lipstick sendiri tapi rasa tak best. Wie lebih selesa dengan lipstick yang ibu bagi. Ibu suruh wie pakai lipstick sebab bibir wie nampak pucat kan? bibir je pucat, tapi wie sehat.


Ibu,

ibu tak penat pun cakap wie lawa + cantik walaupun hakikatnya wie tak ada potongan badan yang langsing. Bila wie cakap tak ada siapa yang akan suka dekat wie, ibu terus marah dan membebel. Hehe. Wie tahu ibu membebel semua tu sebab nak wie ada keyakinan diri. Ibu, wie tahu ibu nak tengok wie cantik, tapi ibu tak pernah paksa wie untuk diet. Ibu cakap, "kalau dah tak boleh tu tak apa la, sekarang pun kan dah comel". Ibu cerita kat wie yang anak cik Lily dah kurus sebab ikut petua Aizat AF tu. Wie tahu dalam hati ibu, ibu nak wie cuba juga kan? Sebab wie nak gembirakan hati ibu, wie sanggup diet ikut cara Aizat tu. Lepas wie dah tak makan nasi 6 hari, berat wie da turun 2kg. Ibu happy sangat bila dengar berita tu then ibu cakap nanti ibu tanya lagi cik Lily apa petuanya.


Ibu,

wie doakan semoga ibu sehat selalu dan panjang umur. Ibu kan nak tengok cucu yang keluar dari perut wie kan? Walaupun wie kahwin lambat, wie nak sangat ibu dengan ayah sempat tengok cucu yang wie hasilkan. Haha! macam nenek & atuk sekarang ni ;p. Ibu, bukan untuk hari ibu nie saja wie hargai ibu. Hari-hari pun wie hargai ibu dan sayang ibu. Walaupun kadang-kadang wie tak dengar cakap ibu, tapi wie tetap sayang ibu. Wie tak nak jadi macam orang lain yang menyesal dengan apa yang dorang dah buat dekat ibu dorang masa ibu dorang masih ada atau pun masih sehat dulu.


Lastly, Nur Afeeqa binti Ramlee yang selalu di panggil Wiwie oleh Puan Hasni Sarkah, ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada omma tercinta - Madam Besar Hasni, sunnie ku si Mummy Rai, kedua-dua nenek ku, Sunbae Hamidah - kepala tak hempok & Sunbae Moq Ainah - cheek kiss. Aku sayang banget sama semua wanita dalam hidup ku!!!!


**

mesej yang di balas oleh ibu:


Terima kasih cayangku kalau sayang ibu kene blajar betul2 n jgn tingal solat.smalam mi n aizat hadiahkan ibu kuih donat yg bermcm jenis sedap2.


*ibu aku kalau mesej memang suka tak letak tanda noktah.
*donut yang dimaksudkan ialah Big Apple Donut.
*mi ialah gf Aizat. mi tua setahun dari Aizat.



mesej yang di balas oleh kakak ku:


Tq my dear sister...hehehe swonok dpt wish mother days..


*first time dalam hidup kot dia dapat wish mother's day. hehe.

4 comments:

Mr. Saint said...

oyeahhh... 1st commentor.

1. haa.. btoi². Kalo tuka kapel agik tataw la nak kate ape. ngee ~

2. oyeahhh... adik shayew nehh mmg sangat la shehatt... jangan mare aaa..

3. hohoho. 6 ari x mam nacik ? makaih. pas2 mam ape je lew ?

4. & & & i lap mai MUM tooo...

hihi :P lambat wish la yang. abg x sampai kol 12 agik da wish. yAY!

Afeeqa said...

haha! tahniah2! sbb abg 1st komentar, adk nk ucap time kaseh byk2 sbb bc entri yg pjg nie. or, xbc smpi abez sbenonyer nie?? hehe.

1. insyaALLAH xkan bertuko ag. doa2 kan la supaya kitorg kekal selamanyer.

2. haha! ngak mrh pon mmg tuh pon kenyataan nyer. ;p

3. yup2! 6 ari xmkn nasi. mkn mee hoon or roti nan.


hehe. klo wish sbelom pkol 12 dikire disqualified. haha!

yanalolu'xx said...

wie..
mak u besh,..
tp my mum lg besh..

nk promote mak saya nih..
pat usha blog then puji mak saya oke..

mak sy yg paling baek didunia tau..!!

wek..

;p

Afeeqa said...

haha!

ade ibu sendiri wajib r puji ibu sendiri lol.

k k. akan ku terjah ke page ko jp g.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...