Beberapa hari nie, ibu selalu mesej aku cakap pasal si Atat nie punya perkembangan sukan hoki.
Aizat johan hoki.
Wah! mesej berbaur pengumuman gitu. Apa-apa pun, tahniah untuk kau, Aizat Ramlee. Darah hoki aku dah mengalir dalam badan kau nampaknya. Haha! Kau tak percaya kan aku dulu main hoki sama level macam kau sekarang nie? Sebab itu masa sekolah rendah, kau kecik lagi. Bukti ada dalam gerobok bilik aku, sila perlihatkan medal itu ok.
Hoki hanya masa sekolah rendah. Walaupun ada penyakit asma (cikgu Ley cakap asmara), aku tetap lari 20 round padang besar ok. Masa tu Hang Edzhar Shah (tak tahu la betol ke tak eja name dia) selaku ketua kami yang handle sesi latihan. Dia kecil molek dan dengar cerita dia dah main hoki untuk Malaysia. Kalau betul bagus lah, tak sia-sia ilmu yang cikgu Ley salurkan tu.
Adik aku yang sorang nie memang busy dengan sukan. Kalau aku dulu masa sekolah menengah ketagih netball & sofbol, dia pula ketagih pada bola sepak & hoki. Lepas habis bola, main hoki pula. Muka naik hitam, badan makin kerempeng! Beli minuman untuk gemuk pun membazir bagi kat kau. Penat je aku memerah tenaga buat ice blended kau tuh. Nah nie ambil daging aku sikit, buat otot untuk badan kau. Haha!
"wie, aku dah bawa balik stick hoki. ada belakang pintu"
Aku pun dengan pantas la pergi cari stick hoki tuh. Bila tengok. Larrrr, satu je ke. Macam mana nak main nie? Aku ambil stick, ambil bola, main timbang bola je. Mengong punya adik, kalau boleh bawa balik satu stick je baik tak payah bawa balik. Kau nak suruh aku main sorang-sorang dekat taman tuh ke?
"Wi aizat pasal pandai main hoki cikgu antar nama dia kat utm atau uitm pas spm cikgu akan uruskan smuanya sbab universiti perlukan budak berbakat cam aizat.wi tak tengok dia main hoki cam lipas kodong."
Iya Bu Hasni, gue enggak kesempatan melihat aksinya di padang karena gue enggak ada masa mau pulang ke JB. Ibu betul-betul excited pasal sport anak-anak dia. Kau cakap je la kau main kat mana, parents aku mesti pergi tengok kecuali masa Aizat main bola dekat Sabah or Sarawak & tempat - tempat yang jauh sangat.
Nampak bola bowling tu? Bola tu Abang Mie bagi sebab dia dah tinggalkan zaman kegemilangan sukan bowling dia. Hehe. Maybe bola tu kot aku akan pakai untuk tournament bowling inerschool nanti. Hope School Of Business Management akan menang! Yeaah!
Untuk Aizat, main hoki betul-betul. Aku tahu kau boleh pergi jauh dalam sukan nie. Kalau menang peringkat daerah nie, nanti kau akan ada peluang untuk peringkat yang seterusnya. Tapi jangan asyik dengan sukan, pelajaran kau abaikan. Tahun nie kau SPM. Buat yang terbaik untuk diri kau, family and Meme si jantung hati. Hihi.
4 comments:
tahniah untuk adik ko :)
nnt soh die bwk stick untk ak gak.
bley ak men ngn ko..
:P
hehe.
tawu xpe. akan ku kerahkan dye supaya bwk blk byk stick. hehe.
ishhh..
nk tukar husband la..
xnk yg form1 tuh..
nk yg ini la,kakak ipar..
haha!
amek2. dye xde hal klo cpl ngn gurl yg ag tua dr dye.
hihi. ;)
Post a Comment