June 26, 2010

Bayu Beach Resort, PD

tarikh: 22 Jun 2010
lokasi: Bayu Beach Resort, PD


akhirnya, sampai juga hari untuk bersuka-ria tanpa memikirkan exam atau pun assignment. yeeeehaaaa! seawal 11am kitorang dah berkumpul di blok sc07.


linda, kak lin & aku gerak dari hostel tanpa pnut. dia tunggu dekat Ampangan, area rumah dia. ops! kucing lalu. tak fokus nak ambil gambar.


sesampai je di PD, kami mencari tempat untuk lunch. Tat Tok Kama Cafe menjadi pilihan. makanan dekat sini ok la. lebih sedap dari restoran yang deret bundle tu. Tat Tok Kama Cafe ni berdekatan dengan pasaraya The Store.



aktiviti yang aku paling suka. bola tampar pantai. linda & pnut VS wiwie & kak lin. game untuk hari ini dimenangi oleh kak lin & aku!! pheewittt!!! hahaha.



ok. tiba pula game yang membuatkan aku rasa nak muntah. mana tak nya, coffee + coffeemate + pasir (perisa tambahan). serious aku tak boleh blah dengan rasa coffee tu. habis game terus aku berlari ke laut. tsk. air laut yang masin campur dengan kopi. apa jadi?


yes! masuk je laut aku terus kena simpul biawak @ kejang kaki. dua dua belah pula tu. perfecto! setiap kali ambil gambar mesti tengah duduk dan tangan tekan ibu jari. tsk. sedih betul.


terima kasih pada mereka sebab temankan aku lepak tepi pantai lepas kekejangan kaki. xoxo. aktiviti kami ialah membina istana pasir bulat (tak jadi sebenarnya). 


testing testing. berlari di gigi pantai. alright ! kaki aku dah ok semula.



kelas mengapungkan badan oleh cikgu pnut. percuma. tiada bayaran di kenakan.






apa beza "laut" dengan "pantai" ? aku tak dapat bezakan. sebab tu aku guna kedua-dua perkataan tu dalam entri ni. ermm. aku perlu buka buku dewan bahasa ni.

2 comments:

~LoVE PiNk~ said...

heee...org xsempay nk update lgi..ehehehe nice post..
:) ada pic in lagi..hahaha

health-beauty-slimming said...

CANTIK NYE GAMBAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...