hari terakhir untuk tahun 2010. bagi aku, tahun ini banyak pengalaman manis & pahit yang aku alami. aku memulakan tahun 2010 ini sebagai status single dan pelajar tahun akhir HND in Business. entri tahun ini juga berkurangan disebabkan 2 faktor di atas. tiada cerita mengenai kekasih & bertungkus-lumus mencapai target sebelum berakhirnya HND nanti.
Januari
sebab itu aku tak kisah berkawan dengan sesiapa pun. tetapi selepas kejadian panggilan stim, aku lebih berhati-hati untuk berkawan dengan sesiapa.
Mac
family day yang di anjurkan ART UDSB sememangnya di nanti-nantikan. tahun ini, mereka memilih Pahang sebagai lokasi percutian. kami menginap di Sempurna Resort, Kuantan Pahang, resort yang tiada pemandangan yang indah sebenarnya. mungkin disebabkan infrastruktur yang belum siap di bina lagi. bagi kami semua, semestinya tidak memilih resort ini lagi untuk percutian akan datang. security yang kurang memuaskan. kami stay sama bangunan dengan perompak !
bagi sesiapa yang ingin bermandi-manda, aku syorkan sesangatlah korang pergi Bukit Gambang Water Park. korang tak akan menyesal punya ! dan korang semestinya akan stay di bahagian Coco Beach.
Mei
bulan 5 merupakan bulan untuk pelajar tahun akhir bergelumang dengan project assignment. internet kolej pula selalunya tutup pukul 12am dan internet pula sangatttt lah lembab. disebabkan boring dengan internet kolej dan situasi tempat belajar, group assignment aku memilih untuk membuat assignment di Ice Room , dan itulah resit paling mahal yang kitorang berempat pernah makan. tapi kitorang enjoy !
tahun lepas, group aku cuba untuk memasuki contest dari Sunsilk. alhamdulillah, kami ke final. aku rasa, ini lah moment yang sangat berharga untuk kami berempat apabila kami bersama-sama berusaha dengan kudrat yang ada untuk preparation di final yang akan diadakan di Rootz. adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. kami tidak berpeluang untuk ke Paris tapi kami menang sebagai Most Popular University Blog.
aku tak pernah buat journal sakit. tapi kali ni journal sakit aku ada 2 ( 1 & 2). aku mengalami demam yang teruk. doktor kata, aku mungkin terkena demam denggi berdarah. masa tu, aku rasa sedih sangat. hari-hari berulang-alik ke klinik untuk ambil darah. terima kasih sangat-sangat pada kawan-kawan yang teman aku ke klinik, terutamanya Linda. Linda juga dah bagi penawar untuk demam denggi, iaitu air tebu. alhamdulillah, selepas itu aku beransur pulih. cuma susut 3-5kg.
lagi satu cerita sedih menimpa aku dan juga keluarga aku dengan pemergian anak ke-dua kakak aku. ianya berlaku akhir bulan 5, tetapi aku telah mengabdikannya di dalam blog aku awal bulan 6.
Jun
arwahyarhamah Siti Aisyah selamat di lahirkan di dunia. Al-fatihah. semoga roh mu di cucuri rahmat. (MK5)
selepas 3 tahun lebih aku menggunakan otak kiri & kanan, akhirnya tiada lagi exam yang akan aku duduki. yeayy ! hehe.
farewell party bersama students batch aku & lecturers yang pernah mengajar kami. i ♥ you all.
last but not least, vacation dengan mereka semua di Bayu Beach Resort, PD.
Julai
peluang bekerja di MPH JBCS. salah satu tempat kerja impian aku. sebab aku gila buku.
Oktober
aku convooooo !!! alhamdulillah, BTEC HND in Business sudah di dalam genggaman. sijil je belum keluar lagi. aishhh.
20-10-2010, umur aku genap 21 tahun. akhirnya, selepas 3 tahun menyambut hari ulang tahun aku di negeri sembilan, tahun ini aku boleh sambut dengan keluarga & rakan kerja. aku kongsi ulang tahun yang sama dengan faiz. hehehe.
aku dapat berjumpa face-to-face dengan Kaoru & Keith. sangat terujaaaaa ! untuk mereka yang gila komik macam aku ni la kan. hehe.
aku juga bakal dapat adik lagi. harap-harap baby girl. hehe.
Disember
aku resign dari MPH. inilah keputusan yang amat berat untuk aku buat. terima kasih kak linda, kak aida, kak adilah, kak uma, iswan, abg tariq, abg ard, jeeva, ravi, fatin, qiis, ita, eddy, faiz, khai, suha, kak aisyah, kak gbuwana. sesiapa yang aku tak list, harap maaf. korang tersangat lah best !
pertama kalinya aku rasa bangga dengan diri aku. tahniah wiwie, kau berani untuk mendermakan darah yang ada. walaupun lepas tu ada effect pada aku. tapi itu moment yang indah.
selamat tahun baru, dunia. :)